IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Tuesday, October 26, 2010

reban ayam musnah





salam,

nak bgtau reban ayam yg kami buat menggunakan atap kanvas telah musnah sepenuhnya.. kejadian ribut yg berlaku pada pukul 5petang 23/10/2010 adalah berpunca dari pokok cempedak yang telah menghempap sebahagian reban tersebut dan menyebabkan hampir kesemua tiang konkrit patah. ada beberapa puluh ank ayam umur 2-3bulan terperangkap dan beberapa ekor mati bukanyer disebabkan dihempap oleh reban tetapi hanyut dibawa arus deras semasa hujan.

mula2 ingat reban tu musnah disebabkan atap kanvas yang kami gunakan, tapi setelah diselidiki rupa2nye punca kemusnahan adalah disebabkan pokok cempedak.. kire kuat jugak ler atap kanvas tu.. tapi angin masa kejadian tu mmg kuat sampaikan beberapa atap zink rumah tercabut dan menyebabkan air masuk ke dalam rumah..

dalam keadaan yg kelam kabut, ayid plak bleh rilek bermandi hujan menguruskan napier yg baru diambil dan induk & anak2 aym yg tak reti2 nak cari tempat berteduh. aku plak bergegas bawa anak2 aku ke bahagian rumah yg lebih selamat.

hujan reda 2jam berikutnya. dari apa yg abg halim cerita banyak rumah di kg sesapan bt minangkabau dan rembau rosak dan tak kurang juga pokok2 yg tumbang melintang ditengah jalan. hampir separuh kg takde letrik disebabkan tiang letrik dihempap pokok.nasib baik kat area kami letrik ada.. kalau tak kesejukan ler anak2 ayam.

sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment