IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Monday, April 11, 2011

dah lama tak memblog..

salam, lama tul tak memblog blog tak diupdate tidak bermakna kami dah tak berkecimpung lagi dalam dunie ternakan ayam nie.. alhamdullilah.. kami masih bertahan walaupun cabaran makin berganda.. ayam2 yg ada sekarang tak byk seperti dulu sebb ketiadaan orang yg mampu untuk menjaga dengan sepenuh hati. bagi saya memelihara & menternak apa jua ternakan nie kalau tak sepenuh hati baik simpan sahaja niat tu. walau nampak mudah tapi kalau jenis manusia yg 'sehangat2 tahi ayam' ada baiknya simpan duit dalam ASB@bank .. lg byk untong woo.. semua ayam belanda kami skang nie dah diserahkan kepada saudara iskandar dari rembau.. nampaknya beliau jaga ayam2 tersebut dengan penuh 'kasih sayang' dan hasilnya anak2 ayam belanda semakin banyak.. ayam mutiara yg ada skang nie memberikan sedikit kejutan dan menjadi punca utama saya kembali semangat menulis.. tak disangka kumpulan terakhir ayam mutiara yg terdiri dari 9ekor telah menetaskan 13ekor anak aym mutiara.. comel2 belaka.. tapi kami agak kompius kerana 8 dari 9ekor ayam mutiara tersebut menjaga 13ekor anak ayam mutiara. yg seekor lagi kami syaki sedang mengeram didalam semak lot tanah sebelah.. harap2 dapat hasil yg lebih baik.. anak ayam kampung sedang rancak membiak.. dalam jagaan kami skang nie ada lebih 100ekor anak aym kg pelbagai usia. kadar kematian anak ayam dapat dikurangkan dengan penggunaan ENFLOX 100 yg saya beli dari lazuli.. gejala ayam mengalami penyakit pernafasan disebabkan CRD dapat diatasi 99.9%. permintaan pada ayam kg skang nie sgt tinggi sampai tak terlayan.. jadi bagi memenuhi kehendakan pasaran kami merancang untuk memelihara ayam kg kacuk (AKK). teknik pemeliharaan separa lepas & lepas sepenuhnya sesuai untuk memastikan rasa dan keenakan ayam kg dapat dikekalkan pada AKK. masalah yg paling aku menyampah ialah harga dedak yg meningkat. kami atasi masalah tersebut dengan memasak nasi+jagung hancur dan dicampur dengan sisa ikan bilis.. sesuai ketidak itu isu ke-2.. hanya penternak kecil macam aku nie jer paham mcm mana susahnyer bile harga dedak naik mcm tut tut tut.. wassalam

No comments:

Post a Comment