bintik2 hitam tu la habbatus sauda
nie ler habbatus sauda setelah dikisar
salam,
tengah boring tak tau nak buat apa,baru aku teringat mak aku ada bagi tepung expired untuk diberi kepada ayam. mula2 plan uli tepung pastu rebus.. tapi bile dah rebus cam hampeh jer terus penyekkan dan bakar jer terus..
hmmm hasilnyer macam roti nan.. rasenyer pun agak sedap.. hehehe ok! bahan2nyer adalah(ewah! mcm chef lak):
1. tepung expired 2kilo(banyak tu la mak aku bg)
2. serbuk kunyit sesuka hati
3. garam sesedap ayam rase dan yg paling spesel,
4. habbatus sauda@jintan hitam@black seed@nigella sativa 5sudu(lg banyak lg bagus)
yup! habbatus sauda. rm20-30 sekilo.. bagus untuk diberi kat ayam. aku ada bg sket kat iskandar dari LABEL HIJAU semasa kami borak2 bagai nak rak kat seri serdang. nie maklumat yg aku dapat kalau kite bagi habbatus sauda kat ayam2 tu:
Semua pihak mengakui bahawa Nigella sativa mempunyai kandungan zat yang baik untuk kesihatan. Jadi tidak hairanlah walaupun ia telah menjadi hampas , ia tetap mempunyai khasiat. Di mana hampas Nigella sativa boleh dijadikan sebagai salah satu bahan makanan atau sumber nutrien dan ubatan kepada haiwan terutamanya haiwan ternakan kerana ianya dipercayai dapat memberi kesan yang baik kepada kesihatan dan pertambahan berat badan ternakan. Ini adalah hasil kajian yang telah dijalankan oleh pihak MARDI.
Di mana MARDI telah membuat satu percubaan terhadap ayam belanda yang sedang membesar. Ayam belanda ini telah diberi makanan yang mengandungi 0 , 2.5 atau 5% hampas Nigella sativa tanpa sebarang antibiotik selama 12 minggu. Kumpulan ini tidak menerima sebarang vaksin atau ubat sejak menetas. Pada akhir percubaan , kumpulan yang menerima hampas Nigella sativa mempunyai pertambahan berat badan dan kadar penukaran makanan yang lebih baik berbanding dengan kumpulan kawalan. Terdapat beberapa ekor daripada kumpulan kawalan yang menunjukkan tanda – tanda dijangkiti penyakit seperti mengeluarkan najis berwarna hijau , tiada selera makan dan berat badannya menurun selepas 4 minggu kajian dijalankan. Apabila dietnya ditukarkan kepada makanan yang mengandungi 5% hampas Nigella sativa , tanda – tanda dijangkiti penyakit hilang dan berat badannya kembali meningkat. Pertambahan berat badan dan kadar penukaran makanan yang menggalakkan ini diyakini disebabkan oleh kandungan protein serta minyak lebihan sebanyak 14% yang masih terdapat pada hampas bijian tersebut. Manakala pemulihan kesihatan pula dijangka berpunca daripada kesan antibakteria yang terdapat dalam Nigella sativa itu.
Kajian pada anak lembu yang sedang membesar juga menunjukkan bahawa campuran hampas Nigella sativa pada aras 5% dalam diet dapat memperbaiki pertambahan berat badan sehingga 13% berbanding dengan kumpulan kawalan tanpa Nigella sativa. Malahan pemberian hampas bijian tersebut dalam makanan lembu dapat menyembuhkan penyakit kudis yang kronik.
Nigella sativa juga dilaporkan begitu berkesan terhadap bakteria. Penggunaan serbuk bijian hitam ( Nigella sativa ) pada aras 100mg setiap kg berat badan dapat mengurangkan beban radang tetek pada kambing dan sekaligus meningkatkan pengeluaran susunya.
Kajian di India menunjukkan bahawa kesan Nigella sativa begitu ketara sekali untuk merencat pertumbuhan bakteria Staphylococcus agalactiae. Pertumbuhan bakteria patogen lain seperti Staphylococcus aureus , Pseudomonas aeruginosa dan Escherichia coli juga dilaporkan terbantut apabila terdedah kepada minyak bijian ini. Di samping itu bau yang dikeluarkan oleh bijian ini juga dapat menghindarkan serangga pembawa penyakit atau perosak seperti nyamuk , lalat dan bubuk.
betul ke tidak maklumat nie walallahu alam... dari dulu lagi kami tau ada penternak ayam guna habbatus sauda sebagai ubat alternatif untuk merawat dan mencegah penyakit ayam... so pas nie tidak perlu ler sangat kite berharap kepada ubat kimia yg dah ler mahal pastu ada kesan tak baik bukan sahaja pada ayam tu tapi jugak kepada kite yg makan ayam2 tu..
sekian, wassalam