IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Showing posts with label inkubator. Show all posts
Showing posts with label inkubator. Show all posts

Monday, December 14, 2009

terima kasih adi aka hachiroku

relay terbakar

adi dengan heater pembakar rotinyer...

relay rosak sebab selalu on off..

adi sedang menganalisis prob. inkubator nie dgn
menggunakan laptop die..
salam,

ahad pagi kul 9 aku g hantar 5ekor anak ayam belanda kat pasar semenyih tempat adi niaga jual inkubator die... kiteorang dah plan petang lepas abis adi niaga kat sana, aku mintak adi datang ke beranang. tgk2 kan inkubator baru yg abg bedin pinjamkan kat kiteorang rosak tak sampai sebulan pakai...

seperti dijanjikan, pukul 3ptg adi datang.. mula plan nak soh adi bawak terus jer inkubator tu.. tapi memikirkan inkubator tu tak muat nak masuk kat dlm kete adi.. kiteorang bukak jer control panel inkubator kat situ jer..

mula buka control panel, tak perasan relay die terbakar.. kali ke-2 adi belek relay tu baru perasan ada kesan terbakar kat casing die... alhamdullilah dengan sedikit pengubahsuaian inkubator tersebut kembali seperti biasa...

adi juga telah menukar kedudukan thermocouple. sebelum nie kedudukan thermocouple kat bahagian bawah/belakang inkubator. skang nie kedudukan thermocouple tu adi letak direct depan heater. setelah memantau beberapa jam aku tgk bacaan suhu lebih stabil dan perbezaan min. dan max suhu 1-3degree celcius je berbanding sebelum nie. thanks bro pinjamkan ko nyer master thermometer..
p/s lepas settle keje aku ajak adi pekene nasi goreng thai kat beranang tom yam...

Monday, November 9, 2009

ROSAK LAGI...

dengan wayer heater sekali hangus..

nie controller yg dah kong.. sbb kong? contact dlm
controller melekat.. sebab tu tak bleh on/off..
power overload..
Ms. Ng and Mr. Lam


nie kali ke-2 jadi cmnie.. tapi kire kayu plywood
leh tahan ler jugak

nie panel digital temp. controller yg aku dah cabut

camnie ler bekas air nie cair...

nie telur yg tak dpt diselamatkan..
aku tak nak masuk balik dlm inkub.
manualsbbnyer kalau masuk menetas
pun anak ayam tu berkemungkinan
besar cacat/mati.. tak sanggup aku tgk
anak ayam cacat/mati.. sedih wooo..

nie lg telor yg rosak... adoilaa..

salam,

bender yg mmg paling aku takuti dah jadi balik kat inkubator auto kami.. overheating.. khamis 5.11.09 pukul 4.30pm ayid sms "inkubator rosak lagi laaa..." dengan hati panas membara aku call ayid..

aku "rosak camner?"
ayid"rosak cam dulu2"
aku"berapa suhu overheat?"
ayid"last check 66c"
aku"telur?"
ayid"penuh.. tapi dpt selamat laa jugak sket"
aku"teruk sgt ker"
ayid "tray air pun cair cik zul.. tak teruk ker?"
aku"teruk sgt tu.. hmm.. nak kene duit laa... mlm kang cik zul sampai sana"

kul 9.30pm hari yg sama aku sampai sana dengan anak sulong aku.. lagak seperti sorang tecnician yg hampeh aku try tukar seting & selepas 2jam hasilnya seperti dijangkakan mmg hampeh!... camno? dengan hampa aku blah balik seri kembangan...

pagi jumaat hujan lebat.. anak aku lak demam.. hantar g klinik dulu.. nasib baik dpt turn yg 1st sekali.. kul 9.30am settle anta lak wife g keje.. sian die.. hujan2 aku anta die keje naik motor jer.. sampai kat opis die aku terus call ms. ng..

aku"g.morning ms. ng?"
ms. ng "hi! zul"
aku"aik? u ada simpan sy punya no. ker ms ng?"
ms. ng" ada maaa.. u punya no. mesti simpan maa"
aku"camnie senang laa sikit nak citer"
ms. ng"apa pasal?"
aku"omronnyer controller rosak laa ms ng"
ms. ng"mcm mana boleh rosak???? (terkejut!!)"
aku"ntah laa ms ng.. semlm overheat laa itu inkubator"
ms ng"hmm.. cam ini laa. u bawa itu controller n sensor kita jumpa sy bawa tecnical man dtg tgk u punyer controller"
aku"jumpa kat mana? (dlm hati aku jumpa kat kl jer)"
ms. ng"u duduk mana?"
aku"seri kembangan, tmn equine"
ms. ng"kite jumpa sana jer laa. i call u after keje i sudah settle dekat klang"
aku"ok..(ini sudah bagusnyer servis.. beli controller kat autovation yg nk settlekn masalah aku nie org lain??)"

ptg tu selepas aku hantar kambing aqiqah order dr tuan helmi, putrajaya (controller tertinggal lak kat beranang) dlm kul 5.30pm.. ms ng call.. lg 30-45mnt die sampai sana.. alamak!!.. terpaksa laa aku call ayid mintak die bawak controller n jumpa kat masjid semenyih.. aku sampai kat maybank taman equine kul 6.30pm (giler laju aku bawak..motor jer.. hehehe)

tak sampai 10mnt tunggu ms. ng n kawan die mr. lam sampai... terus aku bagi controller yg rosak tu.. 1st ms. ngn buat kat controller tu.. die cuba bau hangit pada controller tu.. tak ada bau.. n ms. ng bg pd mr. lam.. die tgk nampak mcm ok.. n boleh repair.. borak2 dekat 40minit.. mr lam kata "zul, saya bawa ini barang balik n cuba cek apa problem.. kalau boleh, repair kalau tak u kene beli baru laaa.."

kesimpulan dari pertemuan tu.. ada 2 kemungkinan menatang controller tu rosak..
1. mmg die nak rosak.. (nasib tak baik)

2. sebab wiring heater direct terus ke controller menyebabkan controller tak dapat nak tampung aliran power dari heater.. dari kiraan ms. ng controller tu kene tampung 4.6amp power dari 1000w heater.. tapi maksimum amp yg bleh controller tu tampung maybe rendah dari 4.6.. (korang paham ker nie?? ntah aku pun paham sikit2 jer.. hahaha)

solutionnyer?? kene ler pakai SSR (Solid State Relay) atau Contactor(betul ker aku eje nie??) menatang nie akan mengawal electrical loads masuk ke controller.. dengan ada menatang nie. controller ada akan lebih tahan lama dan anda boleh hidup dengan lebih tenang tanpa stress yg kadang2 boleh capai tahap dewa.. brand yg dicadangkn untuk kedua2 menatang tu ialah 'telemechanique'. aku tanya brader nizam (http://nizamspace.tripod.com/) "penah dengar brand telemechanique? die jawab tak tau.. hahaha die yg power pun tak tau aku lg laa..

sabtu pagi kul 9am brader nizam dtg nak beli ayam belanda.. lama gak borak dengan otai nie.. mcm2 citer kuar.. beliau baru sewa tanah kat semenyih.. nak start balik ternak ayam katanya.. bagus! ada gak otai yg berpengalaman bela ayam kat area beranang senang nak rujuk.. boleh kan brader nizam?? baka yg ekau citer tu kalau dah ada den nak booking dulu...hehehe

kul 11am aku call ms. ng tanya mcm mana dengan controller tu.. die bgtau controller tu comfirm rosak tapi sensor aku still ok.. nampaknya kene beli controller baru laa.. aduh!.. oleh kerana aku dah keletihan mengadap & memikirkan masalah yg tak pernah ada penghujungnyer aku minta jasa baik ms. ng & mr. lam untuk buat satu control system yg boleh digunakan khas untuk inkubator..

memandangkan wayering diagram untuk controller tu takder.. ms. ng n mr. lam setuju dtg ke beranang tgk wayering inkubator tu.. kul 4.30pm dierang sampai.. setelah melihat sendiri inkubator tersebut mr. lam setuju untuk buat control system inkubator tersebut. aku minta die buat back up system sekali.. in case kalau digital temp. controller rosak at least ada menatang lain yg boleh back up.. quotation akan ms. ng email aku hari nie.. harap2 aku tak terkezut dgn harga kat quotation tu.. hehehe

abg halim cakap.. apa yg dikesalkan dah 2kali masalah nie jadi masa inkubator tgh penuh telur.. dan kebanyakan telur ayam belanda adalah yg berkualiti... aku paham perasaan die sbb hari2 die g kutip kumpul telor untuk masuk dlm inkubator.. sabar jer laa.. kita nak yg trbaik.. tapi Allah s.w.t jer tau apa yg terbaik untuk kita.. wassalam

p/s tanpa aku sedari aku dah lebih faham 'peel' controller nie.. dan insyallah pengalaman yg aku dapat nie boleh dikongsi dengan rakan2 lain yg menghadapi masalah yg sama dengan inkubator masing2.. buat ms. ng & mr. lam terima kasih kerana dtg ke beranang...

Monday, November 2, 2009

ayam menetas tapi...

salam,

minggu lepas adalah minggu ke-3 ayam belanda/mutiara/ kampung menetas.. setelah melihat kadar penetasan agak tinggi tefapi ada satu masalah yg agak merungsingkan iaitu ayam yg menetas ada yg bermasalah camnie:

1. kaki cacat samada terkangkang, cripple leg atau jari kaki bentuk mcm kipas (5ekor)

2. selepas beberapa jam/hari menetas mati mungkin disebabkan menetas terlalu awal (5ekor)

3. kulit telur sudah ditebuk tetapi mati dalam telur (2biji)

melalui pengalaman dan pembacaan risalah/artikel dari internet punca masalah di atas adalah disebabkan suhu dalam inkubator yg terlampau tinggi..

melalui pemerhatian yg dibuat dengan menggunakan thermometer suhu min adalah 36.5 dan maksimum boleh mencapai 46.0.. mula2 igtkan thermometer yg problem.. tapi bila dah ada masalah camnie.. sah ada bender yg tak kene dgn controller tu..

pagi sabtu lepas selepas solat subuh aku terus membelek manual controller tu.. dan aku buat semula initial setting inkubator tu.. setelah hampir 2jam buat pelbagai cubaan aku dapati 3 perkara yg boleh menyelesaikan masalah tu:

1. tukarkan mode controller dari on/off kepada PID mode

2. tukarkan control period(CP) dari default setting 20second kepada 30-35second

3. set value (SV) 37.8..

nah! dengan perubahan setting nie thermometer brinsea menunjukkan bacaan suhu 37-39 sama macam controller durostat aku yg rosak dulu.. nie kalau CP 35second kalau cp30second lagi cantik suhu die 37-38...

INSYALLAH.. lepas nie anak ayam yg menetas akan lebih sihat dan tiada kecacatan/kematian.. TAPI.. masih adalah kelemahan (ye ler mana ada bender dlm dunie nie perfect kan?).. mungkin jangka hayat controller tu x panjang sebab heater on/off setiap +-30second..

p/s setting ini hanya untuk penternak yg guna inkubator controller omron dengan sensor rtd100 omron.. kalau guna thermocouple type k maybe boleh adjust control period tu lebih tinggi.. tq

Monday, September 28, 2009

INKUBATOR AUTO SIAP DIPASANG DENGAN OMRON TEMPERATURE CONTROLLER



salam,

jumaat lepas inkubator auto kami telah siap dipasang dengan controller baru... alhamdullilah inkubator dengan jantung barunya berjaya berfungsi dengan baik..

kesimpulannyer suhu dalam inkubator min:36.5 dan max:39.5. dengan fungsi yg pelbagai aku pasti controller tersebut boleh memberi suhu yg lebih baik sekiranya aku dapat memahami keseluruhan isi manual yg setebal 200lebih muka surat tersebut..

dari pemerhatian aku heater cut off bila suhu mencapai 37.5 (heater on-off tidak lebih 10saat) suhu terus menunjuk bacaan menaik kerana kepanasan pada heater masih ada walapun heater telah off. bagi saya ini tidak menjadi satu masalah besar memandangkan suhu kembali ke parameter (36.5-38.5) tidak sampai 60saat..

aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada abg bedin kerana sikap profesional beliau dalam mengatasi masalah inkubator kami.. wassalam

Tuesday, June 9, 2009

INKUBATOR KAMI

tanggal 20 disember 2008.. tarikh nie memang aku teruja sangat sebab first time inkubator yg aku buat sendiri dengan b.chik (biras aku) telah berjaya disiapkan dan beroperasi sepenuhnya. terima kasih tak terhingga kepada b.chik kerana di atas usaha beliau telah dapat siapkan inkubator percubaan ni dalam masa 5hari 4malam (macam penginapan lak.. hehehe).

Tapi... ucapan jutaan terima kasih patut diberikan kepada b.mad, teluk panglima garang sebab dialah orangnyer yg bersungguh2 atau dalam bahasa lain paksa aku sebab die tak nak jual inkubator yg die buat. die suruh aku buat sendiri inkubator... ingat lagi masa awal bulan 11 aku jumpa die kat kebun pak itam, klang.

tak sangka lak pertemuan pertama kali terus b.mad bawa kami ke umah beliau. rupe2nyer b.mad nie dah bela ayam belanda 6 tahun lepas... pergh! kire tahap otai laa nie.. amik ko kat 3 jam die bg ceramah pasal ayam belanda(tapi kire okla tu.. bukan kene bayar pun dengar ceramah die.. hehehe)

selepas pertemuan itu, seminggu kemudian aku buat lagi satu pertemuan dengan beliau tapi kali nie aku bawa b.chik sebab die nie mahir bertukang & kreatif orangnyer.. nak arapkan aku bertukang.. hampeh...hahaha

keesokan harinyer lepas jumpa b.mad.. terus b.chik cal aku.. 'zul, inkubatornyer kotak dah ada... ko beli jer barang untuk wayering'.. ha? biar betik.. kat mana pulak die cilok bender tu... takper2. aku g jalan pasar beli barang semua.. thermostat, kipas, mentol, lamp holder, wayer dan yang paling penting digital hygro-thermometer..

sampai jer kat opis die rupe2nyer kotak inkubator yg die kata dah ada tu..ialah drawer opis yg dah rosak...hahaha.. kreatif betul orang tua nie... respek2.. tu yg best..

yg tak best nyer.. 5 hari aku ngn die bekerja siang malam siapkan & buat testing inkubator tu.. maklumla masing2 bekerja.. petang jer laa masa yg ada nak buat inkubator tu.. sampai 3-4pagi baru berenti..

yg lama tu bukan apa.. nak testing temp. & humidity inkubator tu ok ke tdak.... cabaran yg paling besar bile bacaan pada meter humidity inkubator tu 10-20% jer. sepatutnyer kurang2 pun 50%. puas la aku tutup segala lubang yg ada kat inkubator tu sebab nak pastikan humidity tinggi... cek punye cek rupe2nyer hygro-thermometer tu rosak.. hampeh kunyit tul!!!
Alhamdullilah.. sehingga kini tak kurang dari 200 biji telur ayam kampong/ayam belanda/ayam mutiara telah berjaya ditetaskan dengan inkubator nie... hahaha

rakan ternak yg nak beli inkubator boleh ler buat tempahan dari kami.. ciri-ciri inkubator kami:
Jenis Inkubator: Manual-Air forced Inkubator (saiz kipas 4inchi. kipas tahan lasak buatan nakamichi)
Kapasiti: 40bj telur ayam belanda
Jenis Pemanas: Mentol 4biji 5watt
badan inkubator: Plywood tebal 1/2 inchi
Harga: RM300.00
insyallah inkubator buatan seri bumi ternak amat sesuai untuk menetaskan telur ayam belanda/kampong/mutiara.. wasalam

p/s: kat seblah kanan inkubator tu alat untuk cek telor jadi ke tdak.. buat pakai tin milo jer.. tapi berkesan.. nampak tak mug merah kat atas inkubator tu.. tu mug aku minum lupe nak alih masa amik gambar.. hahaha

Monday, June 8, 2009

adooii laaa.. inkubator lak rosak!

nie aku nak citer lak pasal inkubator yg kiteorang baru beli. fully automatik/kapasiti 300bj telor.. t/hari semalam (ahad) lepas balik dari keje aku buat rutin cek untuk inkubator... aku cek suhu 35c jer. normal temp. 37-39 arrhggg!! sudah.. cek punye cek comfirmed heater die tak berfungsi...

apa lagi aku call la abg bidin yg buat inkubator nie..die kata kul 4 datang amik heater ganti... alamak.. dah badan penat nie semalam g family day pastu g shopping kat jusco w/maju. pagi ahad tu lak aku keje... addooiii laaa... penat wehhh!!!

mau tak mau aku kene g gak punchong amik heater ganti.. pergh! dari beranang ke puchong perdana 45 minit jer naik moto... mmg aku desup abis moto adik ipar aku tu... hehehe (tau die marah kat aku nanti)

dah sampai umah abg bidin, die lak citer bende yg tak best didengar pasal maybe digital thermostat brand durostat yg aku beli dari USA rosak kot.. tu sebab heater tak fungsi.. alamak? biar betik.. x kan thermostat rosak kot.. sepanjang jalan balik ke beranang aku berdoa jangan laa thermostat tu rosak.. mahal siot thermostat tu rm750 sebijik!!!!

sampai jer kat stor.. terus panggil ayid bukak bahagian atas inkubator.. sebab tu jer cara nak bukak pasang heater. dah bukak and keluarkan heater rosak wayer penyambung lak tak ngam... hampeh! terpaksa laa anak buah aku buat wayering lain..

aku bukan risau apa... aku risau pasal telur ayam belanda/mutiara/kampung yg dok ngeram kat dalam inkubator tu.. takut tak jadik lak...

dah ler baru2 nie dekat 30 anak ayam belanda mati sebab air dalam kolah kotor. air paip masuk kat dalam kolah tu keruh & berkarat sebab masa kontraktor syabas repair paip bocor kat simpang jalan beranang kiteorang lupa lak nak ganti air dalam kolah tu...
last2 bile dah siap pasang heater ganti.. on jer terus heater berfungsi.. alhamdullilah... syukur kepada mu ya Allah... nasib baik semua ok..

pukul 5.45pm baru siap. harap2 telur ayam kat dalam inkubator tu sihat2 hendaknya.. amin..

wasalam.