IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Monday, November 2, 2009

ayam menetas tapi...

salam,

minggu lepas adalah minggu ke-3 ayam belanda/mutiara/ kampung menetas.. setelah melihat kadar penetasan agak tinggi tefapi ada satu masalah yg agak merungsingkan iaitu ayam yg menetas ada yg bermasalah camnie:

1. kaki cacat samada terkangkang, cripple leg atau jari kaki bentuk mcm kipas (5ekor)

2. selepas beberapa jam/hari menetas mati mungkin disebabkan menetas terlalu awal (5ekor)

3. kulit telur sudah ditebuk tetapi mati dalam telur (2biji)

melalui pengalaman dan pembacaan risalah/artikel dari internet punca masalah di atas adalah disebabkan suhu dalam inkubator yg terlampau tinggi..

melalui pemerhatian yg dibuat dengan menggunakan thermometer suhu min adalah 36.5 dan maksimum boleh mencapai 46.0.. mula2 igtkan thermometer yg problem.. tapi bila dah ada masalah camnie.. sah ada bender yg tak kene dgn controller tu..

pagi sabtu lepas selepas solat subuh aku terus membelek manual controller tu.. dan aku buat semula initial setting inkubator tu.. setelah hampir 2jam buat pelbagai cubaan aku dapati 3 perkara yg boleh menyelesaikan masalah tu:

1. tukarkan mode controller dari on/off kepada PID mode

2. tukarkan control period(CP) dari default setting 20second kepada 30-35second

3. set value (SV) 37.8..

nah! dengan perubahan setting nie thermometer brinsea menunjukkan bacaan suhu 37-39 sama macam controller durostat aku yg rosak dulu.. nie kalau CP 35second kalau cp30second lagi cantik suhu die 37-38...

INSYALLAH.. lepas nie anak ayam yg menetas akan lebih sihat dan tiada kecacatan/kematian.. TAPI.. masih adalah kelemahan (ye ler mana ada bender dlm dunie nie perfect kan?).. mungkin jangka hayat controller tu x panjang sebab heater on/off setiap +-30second..

p/s setting ini hanya untuk penternak yg guna inkubator controller omron dengan sensor rtd100 omron.. kalau guna thermocouple type k maybe boleh adjust control period tu lebih tinggi.. tq

4 comments:

  1. salam... simpati jugak lah dgn apa yg kau alami... tapi bagus lah kau dapat belajar benda yg baru... insyallah.. lepas ni .. rezeki kau akan bertambah lagi..

    ReplyDelete
  2. Tahniah Tuan Helmi. Posting anda membantu saya dan itulah kelemahan saya yang saya amat akui. Sistem tu dah ok, cuma saya tak ada ruang untuk saya membuat analisa. Reban pun tak ada. Sama juga dengan harapan En Junaidi, Semoga Allah limpahkan rejeki yang bertambah-tambah.

    "Ingin aku apply kan apa yang sepatutnya, masa dan keadaan yang akan menentukannya"

    Syukran!

    ReplyDelete
  3. masa abg bedin set controller tu pastu tgk bacaan kat thermometer.. takut wooo.. temp. sampai 46.0.. sy sengaja tak bgtau abg bedin.. maklumla dah byk nyusahkan die.. sy tunggu sampai ayam tu netas.. 1stbatch ok.. tapi bila dah masuk batch ke-2 & ke3 yg netas dah start ada yg cacat.. mmg tak salah suhu inkubator tu prob. tu yg nekad lepas subuh sabtu lepas mesti cari camner nak dpt setting paling cun.. ALHAMDULLILLAH DAPAT!!!

    ReplyDelete
  4. tq junaidi... jd ker ko nak sewa tanah tu???

    ReplyDelete