IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Showing posts with label kambing. Show all posts
Showing posts with label kambing. Show all posts

Tuesday, June 16, 2009

kambing dan darah tinggi...

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.
Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.
maklumat lanjut tentang terapi kambing boleh layari blog Prof. Dr. Ariffaizal di http://www.rawatankesihatan.com/2007/07/terapi-kambing.html
wassalam

Thursday, June 11, 2009

yang mana pilihan kalbu.. boer atau jamnapari?

nie yg aku pening nie... ada kata boer bagus.. ada lak kata bela jamna laa.. tahan lasak... setelah berdiskusi dengan zul dari bina ternak.. aku plan lepas nie nak breed kambing boer lak. sebab aku rasa nak bandingkan jamna, boer lagi mantoppp... hehehe (mamat2 bela jamna tgh dok jeling2 kat aku la tu)

lgpun mmg dah ada sekor boer dalam kandang. abg halim beli kat borden, serting. ada sekali tu boer tu kene cirit teruk gak.. aku beli dectomax(ubat kutu, kurap & cacing) kat lazuli sekali jab esok terus ok... lagipun nampak kambing tu cepat gemok...
zul ada gak offer kat aku pejantan boer fullblood unregistered rm1500 jer... (zul kompem aku amik kat ko.. tapi pulus tarak time nie... hehehe kalau ada rezeki aku beli kambing champion ko tu)

aku bukan tak suke kambing jamnapari nie.. suke, cume kecewa cket.. sekali kene cirit kurus cam papan (pinjam ayat ameng dari lazuli), daging sikit tulang gedabak besor. ada sekor tu mmg dah kurus giler.. bukan cam papan, dah macam plywood aku tgk... sian2.. nak wat camner aku dah jab ubat cirit, dectomax, antibiotik, dan multivitamin.. macam tu gak... alahai..

aku tau kalau mamat2 yg ternak jamnapari mesti marah kat aku nie.. mesti cakap "aku tak pandai bela nak salahkan kambing" tak pun " ilmu x cukup dah pandai bagi komen mcm2" tapi nie pendapat aku bro...

aku pun ada gak beli sekor pejantan jamna+jawa rando.. mantoppp gak... besar & nampak ganas.. aku beli kambing tu kat lenggeng.. menurut salah sorang penyelia kat situ... kambing tu kureng2 leh berat sampai 80kg (die cakap aa bukan aku cakap tau)... aku beli sebab nak kawen kan ngn induk betina jamna kacuk abg ipar aku... mana tau dapat anak yg mantoopp2... hehehe

beranang dan kawasan sewaktunyer mmg popular dengan kambing baka jamnaparinyer.. mana tak nyer baru2 nie ada org kg baru buka kandang kambing. kambing jamnapari king termasuk induk jamna pure & jamna cross ntah baper puluh ekor ngn anak lagi.. rm 30k lebih.. pergh byk gak duit org kg nie..

apa pun tepuk dada tengok ler duit baper yg ada.. wasalam.