sup kambing (mamak style)
kambing ke-2 sdg disembelih
salam,
ahad lepas selamat kami tunaikan niat puan liana & en. farid untuk akikah 2ekor kambing untuk anak lelaki mereka.
pagi ahad kul 6.45am, en. farid & adik iparnyer seperti dijanjikan dah sampai ke beranang untuk melihat sendiri kambing disembelih. oleh kerana mereka sampai agak awal (janji ngn wak rustam kul 7.00am) aku bawak dierang jalan2 dan buat sedikit penerangan tentang kambing & ayam yg ada kat seri bumi ternak.. kalau tak boring gak dierang tunggu kt situ.
Wak rustam sampai kul 7.15am dan terus terangkan mengenai niat wakilkan akikah kat en. farid. 2ekor kambing tersebut selamat disembelih pukul 7.30am..
kambing segera dilapah dan dipotong kerana kami ditugaskan juga untuk memasak kambing tersebut. sekor buat sup kambing & sekor lagi buat masak kicap. terus terang cakap kami belum pernah buat masakan tersebut. tetapi atas permintaan customer.. kami cube yg terbaik..
Oleh kerana x der sapa yg penah buat sup kambing, aku terpaksa menjadi bidan terjun.. mmg secara asas aku boleh memasak... cume sedap ke tidak yg membezakan.. hahaha. daging kambing masak kicap disediakan sendiri oleh kak lang (ibu ayid)..
kedua2 masakan siap pukul 2.00pm dan selamat tiba di seksyen 17, shah alam pukul 4.15pm.. ngam2 jer sampai.. harap2 puan liana sekeluarga berpuas hati dengan perkhidmatan kami.
wassalam.
No comments:
Post a Comment