salam,
terlebih dahulu aku ingin ucapkan ribuan terima kasih pada abg bidin kerana telah datang untuk kali ke-2 ke beranang melihat masalah inkubator auto seri bumi pada sabtu lepas.
masalah utama inkubator nie ialah ketidakstabilan suhu dlm inkubator setelah menggantikan durostat yg rosak dengan thermostat brand rainbow.. sejak pakai thermostat tu.. bermula lah episod memeningkan kepala aku apabila suhu dalam inkubator minimum 36c dan maksimum boleh sampai 55c dengan thermostat menunjukkan tanda 35c.. bacaan ni aku dapat bile guna digital thermometer.. bila guna thermometer daichi bacaan suhu stabil lak... apa yg boleh aku buat skang nie aku guna dulu inkubator auto tu.. tgk hasilnyer mcm mana nanti.
sambil2 tu aku sibuk juga mencari pengganti thermostat tu...abg bidin ada cadangkan kat aku guna digital temperature controller buatan jepun brand shinko. sebenarnya ada satu lagi brand dicadangkan iaitu omron tetapi semalam aku call omron kat PJ haram x angkat.. rupe2nyer smlm selangor cuti laa.. hehehe
mungkin bagi sesetengah orang mesti tak setuju kenapa perlu bazirkan duit untuk beli digital temperature controller yg dah tentu mahal.. pakai rainbow pun jadi gak apa... yer mmg telur tu menetas, aku pun ada gak pakai inkubator manual guna thermostat cap ayam tapi bagi orang yg dah biasa guna digital temperature controller mesti tau betapa hebatnya bende tu...
aku dah call wakil pengedar shinko semalam dan harga yg ditawarkan agak menarik.. insyaallah minggu nie aku mesti beli bender tu..
p/s setiap apa yg terjadi pasti ada hikmahnyer.. aku tak kesal/marah/sakit hati atau apa sajer perkataan yg boleh digambarkan... malah aku lebih bersemangat untuk buktikan yg kami boleh berjaya... INSYA ALLAH
Tahniah dan syabas. Saya cukup kagum dengan saudara. InsyaAllah ada hikmahnya. Yang penting itu kesabaran dan usaha. Lepas tu baru tawakkala-alallah.
ReplyDeleteBila dah beli nanti call saya...InysaAllah saya bantu pasangkan temperature controller.
caya la bro, semangat mcm ni yg aku suka :)
ReplyDelete