IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Monday, January 11, 2010

selamat tinggal 2009, selamat datang 2010...

inilah hasilnyer nasi+jagung

1 tong gas boleh ler tahan kat 2bulan

tangki air kat atas kandang kambing
untuk salir air ke bekas minum automatik




salam,

rasanyer dah lama tak update blog nie.. sejak 2-3minggu lepas aku banyak berfikir tentang pelbagai perkara yg berlegar dalam kepala otak aku nie.. byk sangat berfikir sampai aku pun tak pasti apa yg aku nak..

untuk 2010 nie byk yg aku rancangkan(dengan harapan apa yg dirancang menjadi).. salah satunyer aku telah berfikir untuk menambah ternakan ayam ke tahap maksimum di reban sediada kami.. adalah satu kerugian sekiranya dengan kemudahan yg ada skang nie tidak digunakan sepenuhnya...

aku sedang merangcang untuk menambah jumlah ternakan ayam kampung ori. permintaan disini terlalu tinggi dah sgt susah untuk aku penuhi... buat permulaan aku terpaksa mengimport sejumlah besar anak ayam kampung ori dari seorang penternak di sungai pelek... aku juga akan membeli anak ayam belanda untuk dikahwinkan dengan ayam belanda yg sedia ada. tujuan aku membeli anak ayam belanda adalah untuk mengelak masalah "in breeding"... ini berdasarkan pengalaman seorang otai yg mengalami masalah ayam belanda bantut setelah hampir 4tahun lebih membela ayam tersebut.. untuk mengelak dari masalah camnie berlaku adalah lebih baik sekiranya aku mengambil langkah pencegahan awal..

aku juga telah memasang bekas minum automatik untuk reban besar kami.. dan sistem ini akan dipasang secara berperingkat untuk semua reban sediada... kami juga telah dapat mencari sumber makanan alternatif yg dapat membantu kami mengurangkan kos dedak yg semakin "MENCEKIK DARAH" penternak kecil cam aku nie... walaupun sumber makanan alternatif kami tak le sebaik dedak yg jual kat kedai tu. tapi sekurang2nyer dapat ler mengurangkan kos makan ternakan kami..

oleh sebab sisa nasi restoran sangat2 tidak mencukupi kesan dari trend 'bermusim' masyarakat tempatan yg turut sama berjinak2 nak membela ayam dibelakang rumah.. 6bulan yg lepas aku beli sebijik periuk nasi bersaiz beso.. alhamdullilah beras termurah yg dimasak bersama dengan jagung c sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan lagi kos.. aku sgt berharap pokok napier yg kiteorang tanam dekat 2bulan lepas hidup dengan subur.. selain dijadikan makanan ruji kambing, pokok napier juga sangat sesuai untuk diberikan kepada ayam2 yg dikurung (ayam yg kami lepas mmg dah tentu makan rumput yg tumbuh melata di reban kami)...

alhamdullilah, penyakit2 ayam dapat kami kawal dengan baik... kadar kematian ayam adalah sgt rendah kesan dari pengalaman yg kami kutip dari 1001 macam masalah masa mula2 dulu kami menternak ayam...

semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya... insyallah

No comments:

Post a Comment