IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Thursday, August 19, 2010

dedak oh dedak...

salam,

mmg sahih dan tak syak lagi.. sebagai penternak ayam kecil2an cam aku nie kalau bagi 100% dedak ayam kat ayam ternakan.. mmg bukan bleh senget je malahan boleh bengkok dibuatnyer..

jadi camno nak setelkan masalah kementekedarah ayam2 kiteorang tu?? mula2 dulu.. mmg best kiteorang bagi sisa nasi dari restoran, sekolah dan sebagainya untuk memenuhi kehendak tembolok ayam2 tu.. pergh time tu ayam kiteorang mempunyai muscle yg berketol2 seperti layaknya seorang ahli bina badan.. especially yg jantan ler..

bile ayam dah banyak giler(takder la sampai beribu ekor pun) aku and the geng memerah kepala otak camne nak setelkan lagi masalah nie.. ha! kite beli beras murah pastu masak ngn jagong.. pastu campur lak ngn dedak sikit dan sisa nasi. pergh! hasilnyer ayam2 kiteorang akan menjadi lebih solid molid.. TAPI..

sejak dah takder orang nak buat kerja2 tu.. sisa nasi pun tak amik, nasi+jagung pun dah malas nak masak.. hehehe kiteorang guna plak campuran hampas soya+jagung+dedak... murah jer hampas soya tu rm8 setong besar. mula2 mmg ayam2 kiteorang berlagak tak nak makan.. takper2 yg lapor bukan aku korang jugak..

setelah beberapa2 hari ayam2 kiteorang dengan sendirinyer senang hati makan bahan camporan yg kiteorang buat.. abistu tak busuk ke hampas soya kalau simpan lama2?? kalau ko biar camtu mmg laa sebusuk telur tembelang.. tapi kalau korang campur dengan EM.. insyallah dijamin mujarab! hehehe..

hampas soya yg dicampur EM dan diletak didalam tong kedap udara akan lebih tahan lama dan baunyer.. hmm macam lepat pisang.. sungguh wa tak tipu! paling lama hampas soya kiteorang bertahan lebih dari sebulan tanpa bau yg kurang menyenangkan.. TAPI(tapi lagi..)

sejak kontrak tauke cine yg amik hampas soya ditamatkan.. secara rasminyer tamat ler jugak ayam2 tu makan campuran hampas soya.. so wat masa nie kiteorang terpaksa masak beras murah+jagong.. walau pun agak mahal sedikit tapi.. ok ler dari bagi dedak semata2 kan.. skang nie tengah tunggu tauke cine tu cari kilang soya lain yg nak jual hampas soya..

harap2 tauke tu berjayalah hendaknyer.. amin

wassalam

2 comments:

  1. assalamualaikum dan salam sejahtera kepada tuan punya dan pengunjung blog ini...

    Anda ingin mendapat perkhidmatan membina reban ayam daging bolehlah berurusan dengan pihak syarikat kami HAMAS GOLD. Kos reban ayam yang dibina bergantung kepada jenis reban iaitu reban terbuka mahupun yang tertutup. Kos lain juga perlu dilihat darisegi kualiti kayu yang digunakan (fullwood atau mixwood) terpulang kepada pengusaha sendiri.
    manakala keluasan reban ayam pula bergantung kepada permintaan pelanggan , keluasan tanah (panjang timur ke barat) dan kuantiti ayam yang ingin dibela. Bilangan minima yang dicadangkan kepada pengusaha ayam pedaging yang ingin berniaga adalah 10000 – 15000 ekor/sepusingan.
    Syarikat kami juga telah mendapat kepercayaan daripada pelanggan yang pernah mengunakan khimat membina reban dari saya apabila meminta kami untuk membina reban baru untuk menambah kapasiti ayam ternakannya.
    Saya juga akan memberi dorongan atau tunjuk ajar cara menternak ayam daging yang menguntungkan (tanpa yuran) kepada sesiapa yang mendapat perkhimatan membina reban daripada syarikat saya selama tiga pusingan atau mahir terutamnya bagi pengusaha baru kerana saya juga berada dalam dalam bidang ayam daging.
    Anda boleh menghubungi saya :

    MUHAMAD MUSTAKHIM BIN ABDUL HAMID
    017-4518638 / 012-4040378 atau email di hamasgold@gmail.com

    ReplyDelete
  2. EM tu ape ye,maaf saya baru nak belajar

    ReplyDelete