salam,
untuk makluman pembaca sekalian, seribumi ternak sedang membina sistem pelupusan sisa ladang mengikut spesifikasi dan standard yg biasa digunakan pusat pengeluaran anak ayam daging.
kami dapat membina sistem ini berdasarkan pengalaman abg din bekerja dengan sebuah pusat pembenihan anak ayam di broga semenyih. menurut abg din kilang tempat beliau bekerja dahulu, ada menyediakan tempat pelupusan sisa ladang khasnya untuk bangkai ayam bagi memastikan bukan sahaja tiada pencemaran bau malahan dapat mengawal penyakit bawaan dari bangkai ayam tersebut.
lubang dikorek jentera jcb dengan kedalam lebih 12kaki, dan permukaan lubang akan ditutup dengan konkrit dan penutup lubang bersaiz 4kakix2kaki juga diperbuat dari konkrit. Dengan adanya sistem ini dapat kami menjimatkan masa kami mengali lubang disamping penyakit berjangkit dapat dikawal.
disamping itu, bagi memastikan ayam2 kami dalam keadaan sihat, semua ayam peliharaan kami telah divaksinkan. minggu lepas adalah giliran anak ayam berusia 6hari keatas untuk diberi vaksin jenis MYVAC keluaran MVP. vaksin ini adalah untuk pencegahan penyakit New Castle disease dan infectious bronchitis.
Saya telah menghubungi satu syarikat pengedar ubat2 veterinar untuk mendapatkan 'broad spectrum antibiotik' yang berkesan untuk merawat pelbagai jenis penyakit ayam yg disebabkan bakteria. ini bermakna antibiotic ini berkesan melawan bakteria gram positive dan juga gram negative.
insyaallah minggu depan sampai laa ubat tu. sekiranya ubat tu berkesan akan saya maklumkan.

sekian wassalam.
No comments:
Post a Comment