IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Tuesday, September 29, 2009

SAMBIL BERAYA MELAWAT REBAN/KANDANG SERI BUMI


anak to anjang berminat betul dgn
ayam & kambing

ayid memberi penerangan tentang ayam belanda/kampung

ayid memberi penerangan tentang inkubator

Salam,

tak silap aku raya ke-2, tok anjang ayid datang beraya di beranang.. tujuan mereka ke beranang bukan hanya untuk beraya je tetapi untuk melihat apa yg cucu sedara (ayid) die buat kat beranang.. ayid sering bercerita pada tok anjang yg die mengusahakan ternakan ayam & kambing.. tetapi kali ini tok anjang leh tgk sendiri aktiviti seharian di seri bumi..

sebaik menjejak kaki kat kawasan rumah.. tok anjang tak sabar2 nak tengok sekeliling kandang/reban.. tapi ayid tahan dulu.. soh naik umah jamu makan/minum dulu.. excited tol org tua tu... hehehe

dah abis makan ayid bawak tok anjangnyer ke kandang kambing dahulu dan reban ayam belanda dewasa.. lepas tu ayid bawak masuk ke dlm stor dan menerangkan tentang peranan inkubator sebagai alat pengeram/penetas telur yg lebih efisien..
last sekali bawak ke nurseri dan reban untuk induk ayam kampung & anak ayam usia sebulan ke atas.. kesimpulanya, tok anjang sangat berbangga dengan apa yg diusahakan oleh ayid.. dan beliau menyatakan hasrat untuk membantu memperkembangkan perniagaan seri bumi.. terima kasih di atas lawatan tok anjang.. sekian wassalam

Monday, September 28, 2009

INKUBATOR AUTO SIAP DIPASANG DENGAN OMRON TEMPERATURE CONTROLLER



salam,

jumaat lepas inkubator auto kami telah siap dipasang dengan controller baru... alhamdullilah inkubator dengan jantung barunya berjaya berfungsi dengan baik..

kesimpulannyer suhu dalam inkubator min:36.5 dan max:39.5. dengan fungsi yg pelbagai aku pasti controller tersebut boleh memberi suhu yg lebih baik sekiranya aku dapat memahami keseluruhan isi manual yg setebal 200lebih muka surat tersebut..

dari pemerhatian aku heater cut off bila suhu mencapai 37.5 (heater on-off tidak lebih 10saat) suhu terus menunjuk bacaan menaik kerana kepanasan pada heater masih ada walapun heater telah off. bagi saya ini tidak menjadi satu masalah besar memandangkan suhu kembali ke parameter (36.5-38.5) tidak sampai 60saat..

aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada abg bedin kerana sikap profesional beliau dalam mengatasi masalah inkubator kami.. wassalam

KAMBING GOLEK AKIKAH ANAK EN. FENDI KAJANG


salam,

terima kasih kepada en. fendi sekeluarga kerana memilih kambing seri bumi untuk majlis akikah dan juga rumah terbuka sempena hari raya aidilfitri.

kambing akikah tersebut telah disembelih pada pagi jumaat 25/09 untuk diperap dengan rempah bagi untuk majlis yg akan dilangsungkan pada pagi ahad 27/09. ini adalah pertama kali kambing feral telah dibuat golek..

menurut apa yg dikata ayid yg telah pergi ke majlis tersebut.. kambing feral buat golek sedappp.. kambing golek tersebut telah disediakan oleh jiran en. fendi yang juga pengusaha katering.. tq

lawatan ke kandang lembu brader kantho



salam,

memandangkan raya ke-4 kiteorang (aku, abg chik & abg din) takder ape nak buat kiteorang g le sungai buloh.. tgk2 van second hand untuk kegunaan harian kami.. sebelum tu dah tgk n plan ari tu nak beli ler van tu.. alih2 dah dijual lak...

terpaksa la tunggu stok baru kalau ada... lepas balik dari sungai buloh singgah jap kat umah mak/abah kat sentul.. kul 12.15pm kiteorang gerak terus ke kandang lembu kawan abg chik kat bangi lama...

brader kantho dah lama bela lembu.. cume 4 tahun kebelakangan nie die serius membela lembu untuk musim perayaan/akikah.. masuk jer kandang lembu die.. bersih dan tak berbau walaupun ada selonggok taik lembu yg dah dikumpul kat kandang tu.. tanye2 gak brader kantho camner lak tak berbau kandang lembu die.. die bgtau kandang lembu berbau kalau ko bg dedak jer... makanan asasi lembu tu napier yg byk ditanam di sebelah kandang, kulit pisang, batang pisang, kulit nangka dll.. bile dah nak dekat raya haji nanti baru die bagi dedak...bagi solid sket

gemok2 betul lembu die... dan harga pun murah ler jugak... insyaallah jika ada kiteorang dah ada modal dan sorang pekerja lagi.. kiteorang nak bela lembu plak... INSYA ALLAH

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..


SALAM,

saya mewakili Seri Bumi Ternak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin kepada semua blog reader ini, pelanggan yg dihormati dan kenalan/rakan ternak kami.. semoga hari lebaran tahun ini lebih meriah dan gembira dari sebelumnya.. amin

bagi rakan2 yg balik kampung.. berhati2 la di jalan raya... ingat insan yg tersayang... aku tahun nie raya kat beranang ngn sentul jer.. wassalam

Tuesday, September 15, 2009

OMRON DIGITAL TEMPERATURE CONTROLLER


SALAM,

setelah meneliti dan study sikit pasal temp. controller aku pilih jenama omron.. menurut apa yg dikatakan oleh abg bedin omron temp. controller lebih berkualiti memandangkan sektor industri berat seperti proton juga menggunakan controller jenama ni.

satu pengalaman baru bagi aku kerana tak semudah itu aku nak beli bender nie.. sebab maklumat yg aku ada ialah jenama tu aje omron.. setelah layari internet baru tahu omron mmg ada office kat malaysia..

aku cal omron tak angkat sebab call masa time nuzul al-quran, jadi aku email jer kat customer support centre omron.. esok petangnyer aku dapat response dari eksekutif bahagian tu.. die kata omron tak leh kuar quotation yg boleh hanya distributor.. selang sehari berikutnyer.. aku dapat panggilan dari distributor omron kat puchong..

oleh kerana model yg aku tanyer tu sgt mahal.. distributor tu cadangkan satu lagi model yg lebih kurang fungsinyer dengan harga promosi.. hehehe alhamdullilah mmg rezeki aku laa nie.. murah betul harga yg aku dpt tu..

walaupun aku beli sebijik jer controller tu tapi layanan distributor nie mmg bagus.. response pun cepat.. cume controller nie ada seratus macam spec. so urusan aku ngn mereka agak mengambil masa sebab aku tak ada specific spec yg aku nak.. kire hentam jer laa..

smlm abg bedin beli controller tu sebab dekat dgn umah die... insya allah sekiranya tiada aral melintang hari nie pasang le bender tu kat inkubator kiteorang... sekian wassalam

Friday, September 11, 2009

PUSAT PERLINDUNGAN PERNIM

MELIHAT anak kecil ini buat kali pertama dan secara imbasan bersahaja, pasti ramai yang tidak menyangka bahawa dia yang berusia lapan tahun sedang menderita penyakit yang sangat digeruni penduduk dunia, AIDS.

Di sebalik senyuman, telatah comel dan kerenah manja Nur Murni Mohd. Saidi atau lebih manja sebagai Murni, terpampang kisah silam penuh derita dan masa hadapannya yang menghitung hari, memang menyedihkan hingga mampu menitiskan air mata sesiapa jua yang tahu keadaan sebenar.
Tidak keterlaluan jika dikatakan Murni sedang berjuang di ambang maut sejak beliau dilahirkan lapan tahun yang lalu setelah doktor menjangka hayat kanak-kanak ini tidak lama.

Ketika Mingguan Malaysia menemuinya di Pusat Perlindungan Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pesakit HIV dan Aids Nurul Iman (Pernim) di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini, Murni yang bersaiz kecil dengan berat 12 kilogram baru sahaja keluar hospital.

“Sejak kecil lagi, Murni yang fizikalnya hanya sama besar dengan budak umur empat tahun kerap keluar masuk hospital dan terpaksa menelan pelbagai jenis ubat dan dadah bagi melawan pelbagai serangan penyakit ekoran daya tahan badan dan antibodi yang lemah.

“Terbaru sekali, ketika melakukan pemeriksaan doktor baru-baru ini, doktor telah mengesahkan sebelah paru-paru anak malang ini tidak boleh berfungsi secara normal,” kata Ketua yang juga Pengasas Pernim, Norlina Alawi.
Pusat Perlindungan Pernim yang ditubuhkan sejak empat tahun yang lalu telah memberi harapan dan kehidupan baru kepada lebih 30 anak-anak yatim termasuk tiga anak kecil yang menghidapi penyakit AIDS atau HIV.

Menceritakan mengenai latar belakang Murni secara ringkas, Norlina berkata, anak malang itu lahir hasil perkongsian hidup pasangan suami isteri yang sah. Namun bapanya, penagih dadah tegar manakala ibunya seorang suri rumah di Kelantan.
Akibat suntikan dadah dari tabiat berkongsi jarum antara penagih- penagih, bapanya dijangkiti virus HIV tanpa disedari dan kemudiannya, ‘berkongsi’ kuman berkenaan dengan ibu Murni semasa menjalin hubungan kelamin.

Diwariskan

Kuman tersebut seterusnya ‘diwariskan’ pula kepada anak dalam kandungan iaitu Murni yang kini kehilangan ibu dan bapanya akibat AIDS yang telah bersarang sejak sekian lama.

“Kemudian ada sahabat yang prihatin menelefon Pernim dan menceritakan perihal Murni yang ditinggalkan bersendirian di hospital setelah ibu bapanya meninggal, walaupun mempunyai ibu dan bapa saudara yang ramai tetapi mereka tidak mampu untuk menjaganya.
“Ketika itu, dia masih kecil dan tidak tahu apa-apa mengenai kehidupan di dunia ini. Doktor beritahu adik- beradik bapa Murni yang ramai itu tetapi mereka tidak berani mengambilnya kerana tidak mampu menjaganya,” katanya sayu, mata yang berkaca.
Walaupun membesar dengan virus HIV dan hanya boleh menikmati kehidupan ini buat seketika, masyarakat sekeliling tidak berhak untuk menafikan segala peluang dan masa yang ada untuk membolehkan Murni hidup bahagia seperti kanak-kanak lain.
“Atas kesedaran itu, Pernim menghantar Murni ke sekolah seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya walaupun dia hanya sekadar duduk berdiam diri di dalam kelas dan hanya memerhati gelagat rakan-rakannya.

“Guru-guru di sekolahnya tahu mengenai keadaan Murni dan mereka mengambil sikap positif dengan tidak sesekali meminggirkannya dalam segala aktiviti pembelajaran bagi menjaga hati dan perasaannya.

“Syukur kepada Allah Taala, saya mendapat maklum balas daripada guru-guru bahawa ibu-bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah itu tidak menyisihkan anak-anak mereka daripada Murni kerana faham mengenai AIDS.

“Saya harap lebih ramai masyarakat sekeliling faham dan tidak lagi memandang serong terhadap pesakit AIDS terutama kanak-kanak yang tidak berdosa seperti Murni kerana walaupun sebahagian organ termasuk otaknya terganggu akibat serangan AIDS, namun mereka mempunyai hati dan perasaan seperti insan lain,” katanya dengan air mata yang mula berlinangan.

Selain ke sekolah, Murni turut mengikuti kelas tae kwan do bersama-sama anak-anak yatim lain di pusat berkenaan agar anak malang itu turut menikmati riadah dan tidak hanya menjadi pemerhati keriangan anak- anak lain, jelasnya.
“Murni pernah koma, gugur rambut dan ketika itu, doktor menasihatkan agar membuat persediaan pengebumian tetapi kuasa Allah Taala mengatasi segalanya, Murni terus hidup sampai sekarang dan hanya Dia yang menentukan selama mana Murni akan bertahan,” kata Norlina.

ARTICLES SOURCE: http://www.utusan.com.my

P/S: artikel ini saya ambil dari blog http://pusatperlindunganpernim.blogspot.com/. alamat blog tersebut telah diberikan oleh en. muhamad rizal yg merupakan ahli jawatankuasa di pernim dan beliau juga menjalankan perniagaan percetakan. logo syarikat kami adalah hasil kerja en. rizal sendiri. setelah mendengar cerita dari beliau bahawa pernim sangat memerlukan bantuan dari segi makanan terdetik di hati saya untuk membantu mereka. MARI LAH KITA SAMA2 MEMBANTU MEREKA...

Bantuan kewangan


Kami mengharapkan sumbangan kewangan daripada anda untuk memastikan kelangsungan hidup anak-anak di bawah jagaan Pernim. Sumbangan yang anda berikan amat kami hargai dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Nama Akaun : TABUNG PERLINDUNGAN PERNIM
Bank : RHB BANK
No Akaun : 2-64124-0001-9124
Anda boleh melakukan "Bank transfer", dan "Bank in" ke akaun bank yang tertera di atas. Anda juga boleh memberikan sumbangan dalam bentuk-bentuk lain seperti wang pos dan cek.
Sila tulis cek atau wang pos atas nama PUSAT PERLINDUNGAN PERNIMSila turut sertakan maklumat berikut:1. Nama anda 2. Alamat 3. Emel 4. Telefon rumah/hp dan hantarkan cek atau wang pos anda ke:

PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK PESAKIT HIVAIDS NURUL IMAN, MALAYSIA (PERNIM)LOT 46 JALAN 47, BUKIT C, KAMPUNG CHERAS BARU56100 KUALA LUMPUR**
Sila hubungi kami bagi mendapatkan resit rasmi bagi PENGECUALIAN CUKAI dibawah :SUB-SEKSYEN 44(6), AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967,yang telah dirujuk kepada Surat LHDN : Ruj 01/35/42/51/19-6 5775

Tuesday, September 8, 2009

digital temperature controller


salam,

terlebih dahulu aku ingin ucapkan ribuan terima kasih pada abg bidin kerana telah datang untuk kali ke-2 ke beranang melihat masalah inkubator auto seri bumi pada sabtu lepas.

masalah utama inkubator nie ialah ketidakstabilan suhu dlm inkubator setelah menggantikan durostat yg rosak dengan thermostat brand rainbow.. sejak pakai thermostat tu.. bermula lah episod memeningkan kepala aku apabila suhu dalam inkubator minimum 36c dan maksimum boleh sampai 55c dengan thermostat menunjukkan tanda 35c.. bacaan ni aku dapat bile guna digital thermometer.. bila guna thermometer daichi bacaan suhu stabil lak... apa yg boleh aku buat skang nie aku guna dulu inkubator auto tu.. tgk hasilnyer mcm mana nanti.

sambil2 tu aku sibuk juga mencari pengganti thermostat tu...abg bidin ada cadangkan kat aku guna digital temperature controller buatan jepun brand shinko. sebenarnya ada satu lagi brand dicadangkan iaitu omron tetapi semalam aku call omron kat PJ haram x angkat.. rupe2nyer smlm selangor cuti laa.. hehehe

mungkin bagi sesetengah orang mesti tak setuju kenapa perlu bazirkan duit untuk beli digital temperature controller yg dah tentu mahal.. pakai rainbow pun jadi gak apa... yer mmg telur tu menetas, aku pun ada gak pakai inkubator manual guna thermostat cap ayam tapi bagi orang yg dah biasa guna digital temperature controller mesti tau betapa hebatnya bende tu...

aku dah call wakil pengedar shinko semalam dan harga yg ditawarkan agak menarik.. insyaallah minggu nie aku mesti beli bender tu..

p/s setiap apa yg terjadi pasti ada hikmahnyer.. aku tak kesal/marah/sakit hati atau apa sajer perkataan yg boleh digambarkan... malah aku lebih bersemangat untuk buktikan yg kami boleh berjaya... INSYA ALLAH

KAMBING FERAL PALING COOL.. HEHEHE

die dtg dgn lengang lengok nyer.. eewwaahhh..
cam best jer posing...

hensemnyer aku... hehehe

salam,

smlm petang aku dok sibuk amik gambar nak update kat blog.. dah semua gambar ayam aku amik.. aku g la kat kandang kambing.. aku tak masuk dlm kandang pun.. sebab kedudukan yg paling best nak amik gambar kambing nie kite kene pelan2 lalu kat tepi kandang n terus snap jer..

dari byk2 kambing sekor nie jer berani dtg kat aku.. siap posing baik punyer.. penah jadi model kot.. kui kui kui...

nie ler hasil gambar2 kambing kat seri bumi.. korang layan jer laa.. zaassss...

TEMPAT AYAM BERTELUR & NURSERI AYAM




salam,

tempat ayam bertelur nie asalnya pigeon hole office.. dah tak pakai kami bawak balik.. kat nurseri tu yg kaler putih tu asalnyer almari pakaian.. dah tak guna.. kiteorang ubahsuai untuk letak anak ayam yg dah besar..

yg kaler coklat tu nurseri untuk anak ayam dari usia 2hari ke 4minggu.. ada 4blok kesemuanya.. dan setiap blok ada sumber cahaya mentol 25watt untuk beri kepanasan kepada anak2 ayam..

GAMBAR TERKINI KAT SERI BUMI...

tgh tunggu time makan..

nie ayam kat reban besar..

induk ayam belanda yg hidup lepas bebas

anak ayam usia 3bulan

ayam usia 4bln++

induk Ayam kampung generasi - 3

anak ayam usia 2-3minggu (semua ayam kampung)

anak ayam usia 2 hari (batch nie byk gak ler ayam belanda)

batch yg nie ada gak beberapa kerat ayam mutiara/belanda

anak ayam usia 3-4minggu. aku letak kat dlm almari yg
telah diubahsuai
salam,

ok kali nie saya letak gambar ayam yg ada kat seri bumi. Anak ayam skang nie agak byk.. walaupun lebih 100bj telur rosak sebab inkubator auto kami rosak.. tapi ada jugak telor ayam yg dapat diselamatkan dengan menggunakan inkubator manual kami.. cume letih sikit laaa nak layan golek telur ayam nie..

skang nie selalu gak hujan.. ada ayam yg tak sihat nak menunjuk simptom penyakit pernafasan.. so beberapa hari lepas kami bagi ubat untuk atasi masalah nie... Alhamdullilah nampak ok..

oleh sebab keadaan reban besar semakin teruk berdebu.. terpaksa kami lepaskan semua induk ayam belanda/mutiara.. lantak diorang laa.. nak bertelor kat mana.. tapi best nyer kawasan seri bumi ni berpagar sepenuhnya.. ayam cume main kat kawasan dalam pagar jer la.... sekor due terlepasa tu biasa laa..

yg buat aku pening kepala skang nie.. kos makanan ayam... asyik naik jer harga dedak/jagung... walau pun ada sisa nasi restoran tapi masih tak cukup nak bagi kat ayam2 tu.. terpaksa tambah byk jagung/temukut & dedak...

nampaknyer kene cari makanan alternatif lain yg aku leh bagi kat ayam2 tu tanpa abaikan nutrien yg diperlukan oleh ayam2 tu untuk membesar...

apalagi korang layan jer la gambar2 nie.. wassalam..

Tuesday, September 1, 2009

PERKEMBANGAN TERKINI SERI BUMI..

salam,
rasenyer dah lama tak update citer pasal seri bumi ternak (tak lama manepun.. 2 minggu lebih jer.. hehehe)
so, ada beberapa perkara yg telah@akan dibuat untuk memberi keselesaan kepada ternakan kami:

1. reban ayam yang mula2 sekali dibangunkan telah berbumbung sepenuhnya.. cuma sebahagian bumbung reban ayam tu kami gunakan kanvas banner...terpaksa dibuat berbumbung sebab anak ayam kampung semakin banyak dan memerlukan kawasan berbumbung yg lebih selesa..

2. Permintaan ayam kampung & ayam belanda semakin meningkat.. malangnya kami tak leh nak supply berterusan.. kalau ada kami jual..

3. Pemasaran yg dibuat untuk kambing akikah semakin rancak.. memandangkan raya haji akan datang beberapa bulan lagi.. kami mengambil peluang ini untuk memasang banner di beberapa tempat strategik di sekitar lembah klang..

4. bulan puasa nie mmg agak slow sikit pergerakan kami.. lepas raya nanti byk bender nak kene mainten & ubahsuai dan repair contohnya.. nak selesaikan masalah berdebu di reban besar, masalah byk kayu kandang patah dikerjakan oleh kambing feral yg ganas2 belaka..

5. inkubator auto kami masih bermasalah sehingga sekarang.... lebih 100bj telur rosak.. dan terpaksa kami gunakan inkubator manual yg sedia ada..

6. masalah babi hutan semakin menjadi.. skang nie menatang tu dah berani merayau sampai ke kehalaman rumah.. sape rakan2 ternak yg tahu cara nak selesaikan masalah nie harap dapat membantu...

ok.. tu jer.. terima kasih..

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK..



SALAM,

hehehe dah lebih seminggu ramadhan baru nak ucap selamat menyambut ramadhan.. walau camner pun Saya mewakili staff Seri Bumi Ternak ingin memohon maaf kepada semua rakan ternak & pelanggan kami SEKIRANYA ada salah & silap atau terkasar bahasa sepanjang berurusan dengan kami... yang baik itu datang dari Allah SWT & yang silap itu juga darinya atas kesilapan saya sebagai hambaNya yang lalai & lemah...

SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN DI BULAN YANG MULIA INI... AMIN