IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Monday, July 20, 2009

penapis air..



sebelum nie aku ada citer pasal ayam mutiara pearl pied mati disebabkan salmonella... huhuhu. so, smlm abg din pasang penapis air yg aku beli kat jusco..

selama beberapa minit, kiteorang biar air mengalir melalui filter tu.. kiteorang dapati filter kaler putih tu telah bertukar ke kaler coklat cair.. nie kire ok laa.. kalau nasib tak baik.. mmg nampak kaler coklat air tu masa kuar kat kepala paip...

p/s bile syabas nak tukar paip lama kat beranang nie yer????

kambing akikah untuk adik mohd danish iman

danish & abangnyer aiman..

chef halim sedang beraksi...

melapah...

penyembelihan dilakukan oleh wak rustam...

wak rustam sedang terangkan pada abg rahman
pasal niat wakilkan akikah...

nie ler kambingnyer

selepas amik ayam eksperimen tu.. aku, abg halim dan ayid bersiap untuk uruskan tempahan kambing akikah siap masak. pelanggan kami kali ini abg rahman adalah partner business projek tanaman pokok gaharu aku..

abg rahman sampai beranang dalam kul 10.30am dan upacara penyembelihan selamat dilakukan pada pukul 11.00am... (lama sebab tunggu wak rustam).

kami mula masak pukul 2.00pm.. dan siap masak 2jam lepas tu.. kari kambing selamat sampai kat masjid ulu klang pukul 6.30pm.

terima kasih di atas kepercayaan abg rahman sekeluarga.

ayam free...


jumaat lepas... adik aku fauzi bgtau ada ayam eksperimen yg hendak dilupuskan. memandangkan aku mmg suka bender free.. hehehe (ada org tak suke bender free ker).. sabtu lepas 18/07/09 pukul 9.00am aku sampai kat upm.. dtg awal wooo.. maklumla bender free mesti ramai peminatnyer..

sampai kat dalam lab haiwan aku nampak arnab jer. sekor ayam pun takder. ruper2nyer ayam2 tu diorang kurung kat dalam bilik.. dalam bilik?? yup! dalam bilik berlantaikan tile lg... sesak nafas aku masuk kat dalam bilik tu... sebab air flow hanya melalui exhaust fan saiz 10inchi kot...

ada 32ekor semuanyer.. mula2 fauzi bg aku 15ekor jer.. tp memandangkan time tu takder lak umat kat situ yg nak amik ayam2 tu fauzi tambah 7ekor lagi... so, tinggal 10ekor jer kat reban ops! silap bilik tu..

dari 22ekor, 2ekor jer jantan, yg lain betina... sepanjang pulang ke beranang.. bulu ayam2 berterbangan dalam kete aku... huhuhu

p/s ayam tu untuk kajian student iran.. memandangkan student tu tak jaga kebersihan (jahanam aku tgk bilik tu).. dekan telah amik keputusan untuk batalkan projek student tu..