IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Tuesday, June 9, 2009

BOLEH KER KAMBING BETINA BUAT AKIKAH??

menarik title kat atas nie.. saya percaya mesti ramai tertanya2 boleh ker kambing betina buat akikah??

ada 2 jawapan dari Jakim:

jawapan 1 "Kambing betina boleh juga dibuat korban atau dibuat akikah sama seperti kambing jantan, syaratnya kambing itu cukup umur (2 tahun setengah), tidak cacat dan hak milik yang sah"

jawapan 2: Harus melakukan aqiqah dengan haiwan betina atau jantan asalkan ia memiliki ciri-ciri haiwan yang dara, sihat, tidak cacat dan belum digunakan untuk kerja-kerja berat

maklumat lanjut boleh klik disini http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf

wasalam.

INKUBATOR KAMI

tanggal 20 disember 2008.. tarikh nie memang aku teruja sangat sebab first time inkubator yg aku buat sendiri dengan b.chik (biras aku) telah berjaya disiapkan dan beroperasi sepenuhnya. terima kasih tak terhingga kepada b.chik kerana di atas usaha beliau telah dapat siapkan inkubator percubaan ni dalam masa 5hari 4malam (macam penginapan lak.. hehehe).

Tapi... ucapan jutaan terima kasih patut diberikan kepada b.mad, teluk panglima garang sebab dialah orangnyer yg bersungguh2 atau dalam bahasa lain paksa aku sebab die tak nak jual inkubator yg die buat. die suruh aku buat sendiri inkubator... ingat lagi masa awal bulan 11 aku jumpa die kat kebun pak itam, klang.

tak sangka lak pertemuan pertama kali terus b.mad bawa kami ke umah beliau. rupe2nyer b.mad nie dah bela ayam belanda 6 tahun lepas... pergh! kire tahap otai laa nie.. amik ko kat 3 jam die bg ceramah pasal ayam belanda(tapi kire okla tu.. bukan kene bayar pun dengar ceramah die.. hehehe)

selepas pertemuan itu, seminggu kemudian aku buat lagi satu pertemuan dengan beliau tapi kali nie aku bawa b.chik sebab die nie mahir bertukang & kreatif orangnyer.. nak arapkan aku bertukang.. hampeh...hahaha

keesokan harinyer lepas jumpa b.mad.. terus b.chik cal aku.. 'zul, inkubatornyer kotak dah ada... ko beli jer barang untuk wayering'.. ha? biar betik.. kat mana pulak die cilok bender tu... takper2. aku g jalan pasar beli barang semua.. thermostat, kipas, mentol, lamp holder, wayer dan yang paling penting digital hygro-thermometer..

sampai jer kat opis die rupe2nyer kotak inkubator yg die kata dah ada tu..ialah drawer opis yg dah rosak...hahaha.. kreatif betul orang tua nie... respek2.. tu yg best..

yg tak best nyer.. 5 hari aku ngn die bekerja siang malam siapkan & buat testing inkubator tu.. maklumla masing2 bekerja.. petang jer laa masa yg ada nak buat inkubator tu.. sampai 3-4pagi baru berenti..

yg lama tu bukan apa.. nak testing temp. & humidity inkubator tu ok ke tdak.... cabaran yg paling besar bile bacaan pada meter humidity inkubator tu 10-20% jer. sepatutnyer kurang2 pun 50%. puas la aku tutup segala lubang yg ada kat inkubator tu sebab nak pastikan humidity tinggi... cek punye cek rupe2nyer hygro-thermometer tu rosak.. hampeh kunyit tul!!!
Alhamdullilah.. sehingga kini tak kurang dari 200 biji telur ayam kampong/ayam belanda/ayam mutiara telah berjaya ditetaskan dengan inkubator nie... hahaha

rakan ternak yg nak beli inkubator boleh ler buat tempahan dari kami.. ciri-ciri inkubator kami:
Jenis Inkubator: Manual-Air forced Inkubator (saiz kipas 4inchi. kipas tahan lasak buatan nakamichi)
Kapasiti: 40bj telur ayam belanda
Jenis Pemanas: Mentol 4biji 5watt
badan inkubator: Plywood tebal 1/2 inchi
Harga: RM300.00
insyallah inkubator buatan seri bumi ternak amat sesuai untuk menetaskan telur ayam belanda/kampong/mutiara.. wasalam

p/s: kat seblah kanan inkubator tu alat untuk cek telor jadi ke tdak.. buat pakai tin milo jer.. tapi berkesan.. nampak tak mug merah kat atas inkubator tu.. tu mug aku minum lupe nak alih masa amik gambar.. hahaha