IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Wednesday, December 2, 2009

GAMBAR KAMBING KORBAN/AKIKAH




tebal tul bulu kambing nie..

dari kiri: isteri tok anjang, tok anjang dan abg halim

sembelihan dilakukan oleh abg halim..

kambing paling besor dlm kandang kami...
alhamdullilah.. raya korban lepas adalah minggu yg agak sibuk.. tempahan ayam kampung dan kambing korban/akikah agak byk dari hari biasa.. tempahan datang dari pelbagai pelanggan termasuk tempahan 3ekor kambing akikah yg paling macho untuk kakitangan syarikat pengeluar sistem penyejuk enjin proton, Patco Malaysia Berhad.. aku janji ngn en. raja shalem (wakil patco) kambing berat 28-30kg tapi aku bagi 2ekor berat lebih 35kg.. rezeki diorang la tu..

majlis akikah anak kakitangan syarikat tersebut telah ditaja oleh patco sendiri.. semoga majlis haritu berjalan lancar walaupun sebaik sahaja kami sampai di tempat majlis diadakan (Pejabat PATCO Shah Alam) hujan turun dengan agak lebat... rahmat tu...

terima kasih juga kepada tok anjang ayid yg 'sporting' kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menyempurnakan korban beliau (seekor kambing yg paling besar dalam kandang kami) permintaan khas tok anjang untuk membahagikan setiap 1kg tulang/daging kambing telah kami laksanakan.. dapat juga la lebih 20bungkus.. semoga ibadah korban beliau mendapat barakah dari Allah S.W.T.

kami juga menerima tempahan 2ekor kambing korban oleh sedara brader taji di gombak.. kambing hidup telah dihantar pada malam raya dengan mengunakan kenderaan macam2 leh guna, Perodua Kenari.. dah jadi apa kete aku tu... kesian.. nak wat camner dah itu jer yg ada... jumaat nie pun dierang oder lg...