IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Monday, December 21, 2009

sangkar makan untuk anak ayam


salam,

masalah yg sering kami hadapi ialah anak ayam terpaksa bersaing dengan ayam dewasa semasa pemberian makanan.. bagi menyelesaikan masalah nie..

aku mintak abg din buat satu sangkar yg hanya anak ayam jer bleh masuk.. bile makanan diletakkan kat dalam sangkar tu.. ayam yg besar tak dapat nak nak masuk kat dlm sangkar. dengan cara camnie anak2 ayam dapat makan dengan lebih aman..

walau camner pun kene kecikkan lagi lubang sangkar tu.. sebab lubang tu masih boleh dimasuki oleh induk ayam.. wassalam
<

kambing aqiqah sempena cuti sekolah..

nie brader taji.. org yg paling byk
membantu kami..

nie 1st time sembelih kat atas lantai simen

tauliah yg diberi kepada abg halim dari MAIS


salam,

alhamdulilah permintaan untuk musim cuti sekolah sangat memberangsangkan.. byk yg telah terjual dan tempahan juga boleh tahan.. nie gambar yg diambil masa kami proses kambing mengikut permintaan pelanggan..

dari hulu langat ke beranang...




salam,

jumaat lepas kul 9mlm lebih aku sampai kat umah junaidi kat taman sri nanding.. sebenarnyer aku janji nak dtg umah die pagi tu, tapi aku sibuk ngn kambing aqiqah yg telah dioder oleh seorang pelanggan dari bangi, terpaksa aku tunda ke mlm tu.. tu pun selepas aku anta kambing aqiqah ke umah customer dari bangi terus aku gerak ke umah junaidi..

tujuan aku dtg ke umah die nak amik relay untuk incubator yg telah junaidi belikan dari sebuah kedai yg lokasinyer dirahsiakn dari aku.. citt poorah!!.. ngn aku pun nak rahsia2... hehehe. dah selesai bab relay dengan berat hati adi "membungkus" ayam mutiara yg ada dlm stok die masuk kat dlm sangkar kete aku..

ayam2 mutiara adi dari jenis lavender, coral blue dan royal purple akan diberi tempat baru yg lebih selesa kat reban aku.. sampai beranang kul 11pm terus masukkan ayam2 tu kat reban tepi store.. untuk mengelakkan ayam2 yg belum penah jejak tanah stress.. aku pasangkan lampu untuk memberi sedikit ruang pada ayam2 tu bersiar2/mencari tempat bertenggek disekitar reban..

esok paginyer aku perhatikan ayam2 tu masih dok ketakutan n makanan dan air ubat yg aku berikan tidak terusik langsung.. terpaksa laa aku menghalau ayam tu ke arah bekas makanan/minuman... alhamdullilah ayam2 tu dah mula makan...

kali terakhir cek petang semalam.. nampaknyer ayam tu dah mula dapat menyesuaikan diri kat reban baru tu.. mungkin lagi sebulan anak ayam2 mutiara yg paling besar sudah boleh dilepaskan.. tapi kalau dah lepas tu paham2 jer laa.. bukan senang nak tangkap... dan yg menariknya sampai la nie pun aku sendiri tak tau baper ekor ayam mutiara ada kat seri bumi ternak.. hehehe..

penah org jumpa ayam2 mutiara tu merayau jauh ke semak@jalanraya.. sampai ada yg kata.. nak g tempat zul senang jer.. nampak jer ayam mutiara bersepah kat jalan kg sesapan batu minangkabau.. tu laa tempat zul.. hehehe nak wat camner tak leh nak kawal..janji ayam2 tu hidup sihat walafiat...

p/s jgn risau adi ayam2 ko sihat2 belaka.. hehehe

stok kambing feral baru dah sampai...



salam,

khamis 17.12.2009 pukul 9.00pm abg halim, ayid, taji dan razak(tauke lori) telah bergerak ke mas kargo untuk ambil stok baru feral.. trip kali nie aku tak g sebab lambat sampai dari seri kembangan.. dierang sampai kat rhb bank mas kargo dalam kul 10.45pm...

menurut dari apa yg diceritekan oleh ayid.. kul 11.15pm sampai jer kat animal hotel kambing dah siap dipunggah ke lori.. pemunggahan kambing dibuat dari lori dierang ke lori razak.. bile pemunggahan dah dibuat abg halim call aku bgtau kambing ada 3-4ekor kecik.. feral pigmy (walaupun dah cukup umur tapi berat kambing dibawah 30kg.. susah nak jual)

oleh sebab org yg aku deal sebelum nie dah janji nak bagi kambing berat 30-45kg.. aku mintak ayid bgtau ngn mamat yg uruskan kemasukan kambing tukarkan kambing feral pigmy tu.. walaupun dapat tukar kiteorang hanya dapat bawak balik 9 dari 10ekor yg dierang janjikan.. sebabnya semua stok yg ada saiz kecik2..

hakikatnyer apa yg ayid citer ngn aku, semua kambing feral yg besar telah disapu oleh sesetengah pembeli (mungkin ada kabel baik ngn pemegang AP).. aku tak kisah kalau dierang nak buat sapu bersih sekalipun.. tapi bagi aku kalau dah janji mesti ko tunaikan.. at least bgla kat kiterang seko dua yg 45kg... yg kami dapat 30-35kg jer..

tak perla dah rezeki kiteorang dapat camtu.. alhamdullilah. oleh sebab polisi baru yg dikenakan animal hotel, kul 3am baru clear kambing masuk kandang...

wassalam

cara yg betul untuk pegang itik/ayam semasa proses sembelih...



salam

gambar diambil semasa kiteorang sembelih 2ekor itik untuk disedekahkan kat surau sempena majlis Maal Hijrah. cara nak pegang mudah jer.. kite gunakan tangan kiri untuk pegang kedua2 kepak itik dan letakkan jari telunjuk ke leher itik/ayam tersebut.. tangan kanan memegang kedua2 kaki itik/ayam tu..

tukang sembelih hanya tarik bahagian leher dan kepala itik/ayam tu dan sembelihan boleh dilakukan segera... cara ini adalah diajar oleh tenaga pengajar semasa abg halim g kursus sembelihan halal JAIS..

wassalam.