IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Thursday, May 13, 2010

ramai yg bertanya...

salam,

terima kasih di atas ke prihatinan sabahat ternak seribumi yg bertanyakan keadaan semasa kami.. untuk makluman sahabat sekalian, seribumi terpaksa menghadkan aktiviti penternakan kami..

yup! ini tidak bermakna kami akan terus lenyap dalam industri kecil ternakan ayam ini.. walaupun hampir ke semua ternakan dijual atau diserahkan kepada bindim farm(partner kami) masih ada beberapa kerat baka2 ayam kg sejati seribumi yg masih kami bela atas sebab ianya tidak ternilai.. walaupun berjuta wang ditawarkan..(ye ker.. hehehe.. bukan senang nak cari baka ayam kampung sejati wooo... penat meredah kampung dan hutan.. hehehe)

lagipun nak kena simpan baka2 terpilih bagi memastikan pihak kami tidak pening kepala nak cari baka bila masa kami akan bergiat aktif semula.. ramai yg bertanya tak untung ke bela ayam nie.. bela ayam nie untung kalau kene cara dan starteginyer... tapi apa kan daya kami, disaat ayam sedang banyak di reban.. pekerja plak berenti.. dek kerana kesiankan ayam2 comel kami yg agak terabai.. dengan sangat berat hati.. kami terpaksa lepaskan...huhuhu sedih sioott!!!

maklumat terkini.. hampir semua anak ayam kg kami telah dijual(tak sempat nak tunggu sabtu nie) dan tinggal beberapa kerat anak ayam belanda dan kampung yg masih ada.. pejantan & induk ayam belanda kalau ada yg berkenan sila2 lah datang..

kalau ada sumur di ladang
boleh hamba menumpang mandi
kalau ada umur yg panjang
boleh kita berjumpa lagi..

Bukit Tinggi boleh didaki
Lurah dalam berkala-kala
Penat kaki boleh berhenti
Berat beban siapa membawa

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

WASSALAM