IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Tuesday, June 16, 2009

kayu free..

ayid & abg halim buat2 penat. baru 1st trip angkut kayu tu.. apa daa..
belum angkut tapi aku dah rase penat... huhuhu

ntah apa ayid temberang dgn diorang nie... hehehe


salam,
sabtu lepas dalam kul 3.15pm aku baru sampai kat beranang. aku nampak dari jauh lori 10tan follow Ayid sampai ke ladang.. aku igt ada org nak angkut kambing sekandang... hehehe

ruper2nyer ayid mintak drebar lori tu anta kayu pellet ke ladang. lori tu datang dari kawasan perindustrian beranang. mmg selalu gak kawasan kilang tu buang kayu2 camnie... memandangkan kawan abg halim ada keje kat kilang tu die bgtau kalau nak kayu pellet drebar lori tu leh antakan.. nie dah kire baiknyer offer..

setelah abis dipunggah oleh drebar dgn pembantunyer... kiteorang pelan2 plak punggah ke kawasan berbumbung.. sampai la nie tak abis lagi punggah sebab byk tul kayu2 tu.. huhuhu
so kayu2 tu nanti kiteorang serahkan pada abg halim dan abg din untuk buat2 kerja pembaikan & penambahan blok kandang kambing dan reban ayam...
sebagai tanda terima kasih kiteorang bg drebar tu 3 tin air 100plus.. wassalam

kambing dan darah tinggi...

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.
Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.
maklumat lanjut tentang terapi kambing boleh layari blog Prof. Dr. Ariffaizal di http://www.rawatankesihatan.com/2007/07/terapi-kambing.html
wassalam