IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Tuesday, July 14, 2009

ayam berak kapur (salmonella infection)

LINDORES-30

salam,

minggu lepas tak ada perkara menarik sangat. operasi berjalan seperti biasa cuma ada beberapa perkara yg agak mencemaskan berlaku kat reban ayam.

ayam mutiara pearl pied yg berusia hampir 3week telah mati disebabkan salmonella (berak kapur).hmm.. byk2 ayam mutiara yg jenis nie lak yg kene.. mmg takde rezeki tul la.. aku dah asingkan ayam2 tu dari reban dan sembur pembasmi kuman LINDORES-30 kat reban ayam tu.

alang-alang dah sembur kat reban nurseri kiteorang sembur gak la kat semua reban ayam dan kandang kambing.

punca masalah salmonella nie datang dari air paip yg kotor masuk kat dalam kolah.. masalah sama gak yg berlaku pada 30 ekor anak aym belanda usia seminggu mati sebab berak kapur.. bukan nak kutuk laa tapi kualiti air paip kat beranang & kawasan yg sewaktu dengannyer mmg hampas kunyit tol.. kire kaler air tu cam air longkang laa.. tinggal bau jer tak macam longkang..

solution nyer??? mlm tadi aku g jusco beli penapis air jenis single filter.. mmg la filter tu tak boleh matikan kuman tapi sekurang2nyer air yg masuk kat dalam kolah air tu takder laa berkeladak... itu jer yg mampu aku buat masa nie...

masa tu gak ada 2-3 ekor lg ayam mutiara yg menunjukkan tanda2 nak kene berak kapur, aku mintak ayid bagi dedak campur ngn serbuk kunyit(extra dos). pagi td tanya ayid anak2 aym yg sakit tu dah nampak cergas balik.. Alhamdullilah.

harap2 semua berjalan lancar... amin..