PROMOSI PENGHABISAN STOK!!!!!!


HARGA SEEKOR HIDUP RM580.00
HARGA SEEKOR SIAP PROSES RM600.00
HARGA SEEKOR SIAP MASAK RM750.00
"anda tentukan, selebihnya serahkan kepada kami" Insya Allah...

SUSU KAMBING

RM6.00 SEBOTOL (250ML). harga tidak termasuk penghantaran.

PETA KE BERANANG

Monday, November 2, 2009

ayam menetas tapi...

salam,

minggu lepas adalah minggu ke-3 ayam belanda/mutiara/ kampung menetas.. setelah melihat kadar penetasan agak tinggi tefapi ada satu masalah yg agak merungsingkan iaitu ayam yg menetas ada yg bermasalah camnie:

1. kaki cacat samada terkangkang, cripple leg atau jari kaki bentuk mcm kipas (5ekor)

2. selepas beberapa jam/hari menetas mati mungkin disebabkan menetas terlalu awal (5ekor)

3. kulit telur sudah ditebuk tetapi mati dalam telur (2biji)

melalui pengalaman dan pembacaan risalah/artikel dari internet punca masalah di atas adalah disebabkan suhu dalam inkubator yg terlampau tinggi..

melalui pemerhatian yg dibuat dengan menggunakan thermometer suhu min adalah 36.5 dan maksimum boleh mencapai 46.0.. mula2 igtkan thermometer yg problem.. tapi bila dah ada masalah camnie.. sah ada bender yg tak kene dgn controller tu..

pagi sabtu lepas selepas solat subuh aku terus membelek manual controller tu.. dan aku buat semula initial setting inkubator tu.. setelah hampir 2jam buat pelbagai cubaan aku dapati 3 perkara yg boleh menyelesaikan masalah tu:

1. tukarkan mode controller dari on/off kepada PID mode

2. tukarkan control period(CP) dari default setting 20second kepada 30-35second

3. set value (SV) 37.8..

nah! dengan perubahan setting nie thermometer brinsea menunjukkan bacaan suhu 37-39 sama macam controller durostat aku yg rosak dulu.. nie kalau CP 35second kalau cp30second lagi cantik suhu die 37-38...

INSYALLAH.. lepas nie anak ayam yg menetas akan lebih sihat dan tiada kecacatan/kematian.. TAPI.. masih adalah kelemahan (ye ler mana ada bender dlm dunie nie perfect kan?).. mungkin jangka hayat controller tu x panjang sebab heater on/off setiap +-30second..

p/s setting ini hanya untuk penternak yg guna inkubator controller omron dengan sensor rtd100 omron.. kalau guna thermocouple type k maybe boleh adjust control period tu lebih tinggi.. tq

Tuesday, October 27, 2009

kenapa ayam aku tak nak bertelor???

nie le blok yg baru lebih besar dah selesa.. dan
yg paling best tiada gangguan siap ada tempat
bertelor/mengeram bertaraf 5stars.. hehehe

nie kat blok lama.. agak sempit/bising dan byk
gangguan dari ayam kat luar..

salam,

rasenyer dah lebih 2bulan aku kurungkan 12ekor induk ayam kg dengan pejantan aym kg.. tapi masalahnyer tak juga bertelor.. sampai ada beberapa ekor induk telah mencapai berat melebihi 2.5kg (mentekedarah mengabis boreh den yo!!)

tgk dari bont*t ayam tu mmg dah jatuh n tunggu masa nak bertelor.. tapi tak bertelor jugak.. agak pelik aku tengok peel ayam nie.. ahad 11/10 aku tukar kan blok induk tu kat tepi stor.. blok tu lebih luas dan siap dengan tempat bertelor/mengeram.. dan ada juga beberapa ekor induk ayam sedang bertelor/mengeram dalam tu...

tak silap aku khamis lepas aku dah perasan ada sebiji telor kat atas tanah dlm reban tu.. dan ahad lepas ada 6bj lagi ayam tu bertelor kat atas tanah... ha!! sah ayam tu dah bertelor.. kalau aku tau ayam tu ada masalah nak bertelor kat blok dulu dah lama aku pindahkan ayam2 tu kat blok lain.. so, kesimpulannya:

1. induk ayam tak akan bertelor sesuka hati die.. maknernyer ayam nie mungkin memerlukan persekitaran yg lebih tenang/ kurang gangguan untuk bertelor.. blok sebelum nie mmg bising ngn anak ayam disebelah blok..

2. kebetulan time tu ada induk ayam kg lain sedang bertelor kat tempat bertelor so, secara tidak langsung memberi motivasi(sesuai ke perkataan nie) kepada induk ayam muda untuk bertelor..

3. keluasan reban juga mungkin memainkan peranan penting.. blok sebelum nie agak kecil.. ini mungkin menyebabkan pergerakan ayam tu terbatas dan membuat ayam tu stress (dgn aku sekali stress sebab ayam2 tu tak bertelor)...

moralnyer.. kene lebih prihatin kat ayam nie.. ayam pun cam manusia gak..

Monday, October 26, 2009

Tekno Tani: RM2 juta sebulan jual ayam


Berita Harian, 20 Jul 2007

BERMULA dengan menjual 10 ekor ayam di pasar malam kira-kira 15 tahun lalu, Abdul Kadir Bakar kini muncul sebagai penjual dan pembekal ayam terkemuka di wilayah utara dengan purata jualan 12,000 ekor sehari.

Ketika memulakan kerja sebagai penjual ayam, beliau yang tiada modal dan terpaksa berhutang membeli 10 ekor ayam dan melunaskan hutang itu selepas berjaya menjualnya.

Menerusi syarikatnya, Prodinamik Enterprise Sdn Bhd, Abdul Kadir, 44, kini menjadi pembekal ayam di utara Semenanjung dan juga Kuala Lipis, Pahang, dengan perolehan kira-kira RM2 juta sebulan. Bukan itu saja, beliau juga mempunyai ladang ternakan ayam dan kilang memproses ayam.

Anak kelahiran perkampungan nelayan Kuala Muda, Seberang Prai Utara (SPU) itu yang terpaksa berkorban untuk berjaya, kini boleh tersenyum lebar kerana usaha dan pengorbanannya tidak sia-sia.

Bapa kepada 14 anak yang hanya berkelulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), kini menjadi payung kepada 120 pekerja, selain peniaga lain dan pasar raya yang mendapat bekalan daripada syarikatnya.

“Perniagaan membuat saya terpaksa berhutang merata, tetapi mungkin sikap kejujuran sepanjang berniaga, membolehkan saya melalui segala dugaan,” katanya.

Mengimbau pembabitannya dalam bidang perniagaan, Abdul Kadir terdedah kepada dunia perniagaan sejak berusia tujuh tahun kerana bapanya mempunyai sebuah kedai runcit. Pendedahan awal itu banyak mempengaruhinya serta memberi semangat untuk berniaga sendiri.

Dengan penguasaan dalam bidang akademik yang kurang menyerlah, Abdul Kadir bertekad untuk berniaga. Berbekalkan sikap jujur dan amanah dalam perniagaan, Abdul Kadir memulakan perniagaan ayam secara kecil-kecilan, walaupun tiada modal.
Tetapi, ia tidak menghalangnya meneruskan hasrat itu. Abdul Kadir memulakan perniagaan dengan membeli 10 ekor ayam secara hutang untuk dijual di pasar malam.

Ketika itu, beliau bukannya mendapat bekalan ayam siap proses, tetapi ayam hidup. Malah, ayam itu terpaksa ditangkap, disembelih dan diproses sendiri sebelum memasarkannya di pasar malam.

“Saya memulakan perniagaan dengan berhutang dan apabila dapat menjual ayam itu, saya menjelaskan hutang,” katanya yang tidak patah semangat, walaupun tiada modal.

Dengan sekelumit pengetahuan dan pengalaman hasil didikan bapanya dalam bidang perniagaan, beliau meneruskan perniagaan menjual ayam proses di beberapa pasar malam sekitar Pendang, Kedah.

Beliau yang sudah masak dengan urusan jual beli dan kerenah pelanggan yang rencam, mengakui dalam perniagaan tiada jalan pintas menuju kejayaan. Bersandarkan kepada keyakinan bidang perniagaannya akan berkembang, beliau terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi.

Tidak lama kemudian, Abdul Kadir membeli sebuah van usang berharga RM950 bagi memudahkan aktiviti perniagaannya yang semakin berkembang, selain menyewa tanah untuk dibina bangunan ‘ala kadar’ bagi memudahkan kerja pemprosesan ayam.

Rezekinya terus diberkati Allah dan enam tahun lalu, beliau membeli tanah yang menempatkan pejabat perniagaan sekarang dan membina bangunan setara dengan perniagaannya di Lahar Yooi, Tasek Gelugor.
Kini, pulangan perniagaannya jauh berbeza ketika beliau mula-mula menceburi bidang berkenaan. Malah, sebahagian ahli keluarganya turut membantu perniagaannya.

Abdul Kadir selaku Pengarah Urusan syarikat, kini seakan-akan membina empayar perniagaan ayam proses kerana mendominasi bekalan bagi kawasan utara Semenanjung. Syarikat itu membekalkan ayam proses kepada kira-kira 70 gerai meliputi utara Semenanjung, khususnya Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Kejayaannya turut mendapat pengiktirafan apabila dianugerahkan Anugerah Usahawan Melayu Pulau Pinang sempena sambutan ulang tahun penubuhan Umno, tahun lalu.

Abdul Kadir juga memulakan ladang penternakan ayam bagi menampung pembekalan ternakan itu, tetapi kurang berjaya kerana kenaikan harga dedak dan usaha itu masih diteruskan. Ladang ternakan itu diusahakan di Perlis dengan usaha sama Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di kawasan seluas dua hektar dan Kuala Ketil seluas empat hektar, tiga tahun lalu.

“Kami masih mengusahakan penternakan ini, tetapi belum bercadang memperluaskannya. Mungkin pada masa depan, kita menjadikan ia sebagai teras perniagaan,” katanya yang bangga dengan kejayaannya.

Friday, October 23, 2009

MACAM-MACAM...

musuh ketat: ayam mutiara vs ayam belanda

tgh mkn rumput

ayam belanda sekor nie jer leh join
group ayam mutiara

reban baru untuk induk ayam kg..
siap ngn tempat bertelur kat atas tu..

ayam2 nie tgh ikut aku.. lapar nak mkn la tu..

nie pun sama.. ayam ni akan ikut je sape2 yg lalu
kat area reban sampai die dpt makanan
kadang2 kiterang buat kerja2 sukarelawan
membantu minah/mat rempit yg tergolek dog sebab
suka layan korner kat depan umah mak mertua den..
ayam btina nie belum penah bertelor..
ari tu timbang lebih 2.5kg..
ko tak bertelo mmg jadi lauk laaa..

ayam mutiara memekak bile tgk menatang biawak nie

hmm.. tinggal nie jer ayam belanda yg ada..
lain semua dah jual time deepavali

white leghorn tgh berehat

ayam kampung tunggu masa nak dilepas...
satu tempat bertelur ada 4ekor ayam tgh
mengeram.. last2 aku amik semua telor..
sekor pun tak yah mengeram..
ayam mutiara pelapes.. mungkin salah satu induk
nie yg hasilkan 5ekor pearl pied

telor whitle leghorn.. ciri2 telur saiz x-large
dan kaler putih

korang nampak apa yg aku nampak??
x nampak? makner nyer korang nie... hehehe

ayam hutan kacuk dgn anaknyer.. sekor jer
selamat..

anak ayam usia 2bulan baru rasa jejak tanah

anak ayam yg sama sebelum dipindah ke reban
lantai tanah
reban tempat ayam tido..

induk white leghorn

telor ayam kampung (kiri) vs ayam belanda..
telur ayam kampung tu ada 2 kuning.. goreng pun sodap..
makan time

makan time...

treler aka kete tarik..







smlm lepas anak2 aku dah dihantar ke nurseri dan wife aku g keje.. aku gerak ler dari umah aku kat seri kembangan ke beranang... perjalanan menggunakan motorsikal sejauh 40km hanya mengambil masa.. x sampai sejam (bawak slow)

sampai jer kat pintu pagar.. nampak abg din dan kawan die(ntah aku tak igt nama die) tengah mewelding(tul ker ayat aku nie) besi untuk dibuat rangka treler aka kete tarik... idea nak buat bender nie dah lama dah.. cuma laa nie baru buat dengan budget yg sgt terhad.. terima kasih abg din sebab tolong kiteorang buat natang nie..

dengan adanyer natang nie.. memudahkan ayid untuk mengambil napier/daun sawit dan juga buat kerja sampingan lain seperti mengangkut kayu api, angkut baja taik kambing dan lain2 kerja2 yg aku rasakan boleh.. hahaha lepas nie motor ko ayid dah x jadi mcm motor mat rempit laaa...

tanah pajak...

nie ler tanah yg dipajak tu...
memanjang sampai ke pencawang tnb
teruja tul aku...


nie ler pokok pisang sebatang yg aku tanam


salam,
hari isnin lepas start ler kerja2 pembersihan tanah yg abg halim pajak dari sedara belah isteri beliau.. tanah tu dipajak selama 10tahun.. tanah tu selang 2lot dari tempat kiteorang bela ayam/kambing.. so permulaan nyer abg halim dan rakan kongsi beliau akan tanam pokok gaharu yg akan dibeli dari kenalan beliau di lenggeng, N9..

kalau ada lagi kosong tanah tu kiteorang plan nak tanam pisang.. melalui kenalan saya bekerja sebagai pensyarah kanan bidang pertanian/perladangan di Uni. Malaysia Sabah beliau menyarankan saya menanam pokok pisang lang/tanduk... benih/anak pokok die leh tolong carikan dan khidmat nasihat beliau boleh berikan secara percuma.. hehehe aku pantang dengan bender percuma nie..

mmg dari dulu lg aku plan nak tanam pisang.. sebabnyer aku tau pasaran pisang kat malaysia nie tak mencukupi.. mak n abah yg dah berniaga pisang goreng lebih 10tahun.. sejak setahun dua nie susah tul nak dapat pisang abu.. ada pun kat chowkit tu.. kecik2 dan rasanyer tawar bila dah digoreng..

aku ada tanam sebatang pokok pisang lang kat belakang reban ayam.. alhamdullilah dah berbuah 3hari lepas.. dari pengalaman aku menjaga pokok pisang sebatang tu... takder ler teruk mana pun.. lagipun aku guna baja taik ayam jer..

menetas daa...

anak ayam belanda & mutiara yg baru beberapa
jam menetas
lepas 2hari.. kiteorang masuk kan kesemua
anak ayam ke nurseri..

selepas beberapa jam kat nurseri
nampaknyer anak ayam nei dah mula
makan & minum



2md batch menetas.. semua ayam belanda

hmm.. hensem tak aku.

pearl pied..


salam,

dah lama rasenyer tak posting.. aku mc 4hari sebab sakit mata.. walaupun mc aku bersemangat waja untuk menguruskan operasi ternakan bersama ayid & abg halim... so.. nak dijadikan cerita start 17 oktober lepas telur2 ayam yg kami masuk kat inkubator auto sudah mula menetas.. mula2 agak merisaukan kerana ada telur ayam kampung menetas awal 6hari.. tetapi disebabkan ada sorang makcik nie kire dah tahap otai membela ayam kampung bgtau mmg ada telur ayam kampung yg menetas usia 15hari walaupun induk yg eram... so lega rasenyer.. dan ayam kampung tu pun nampak sihat..

sehingga kini ada lebih 40ekor anak ayam pelbagai jenis telah menetas.. paling byk ayam belanda.. dan yg paling best kiteorang dapat 5ekor anak ayam mutiara pearl pied (mungkin berkat kesabaran tahap dewa aku melayan problem inkubator auto tu).. syukur alhamdullilah.. dah ada pun yg usha nak beli pearl pied tu.. sabor2 nanti dh byk sikit aku jual ler.. nie baru 5ekor jer.. mana cukup.. hehehe

masa penetasan telur ayam belanda & ayam mutiara sgt cantik antara 27-28hari... kesimpulannya walaupun telor byk tak jadi(dah aku kutip telor tu kat semak)tapi hasilnya agak baik dari sangkaan aku..

p/s.. so.. mana2 penternak yg was2 dengan controller omron elok ler korang booking cepat2 inkubator kat abg bedin.. gerenti mantooppppp!!! GUNAKANLAH TANPA WAS2.. HEHEHE(abg bedin nie sy promote kaw2 inkubator abg bedin nie ada komisen tak??? HAHAHAHA)

Monday, October 12, 2009

REZEKI MASING2...

salam,

baru tengahari td aku dapat call dari seseorang yg telah melawati blog ini... igtkan die nak cari kambing rupenyer die nak cari lembu untuk aqiqah anak beliau..

memandangkan beliau dah terbaca posting aku pasal melawat kandang lembu di bangi lama.. terus aku call brader kantho n bagi no hp orang tu.. tak tau laa jadi ke tidak org tu beli lembu brader kantho sebab umah org tu jauh kat sungai buloh... harap2 ada laa rezeki beliau.. amin

Happy tul aku kerana dapat memberi ruang kepada orang lain untuk meraih rezeki melalui posting yg aku buat..

p/s kire blog aku nie berguna laa jugak... hehehe

update minggu nie..

hajah zabedah nie mmg suke ngn kambing..
mcm yg beliau cakap bela kambing mcm bela kucing..
dari kiri hajah zabedah, haji rahim abg bedin dan junaidi
aku? off course tgh ambil gambar tu... hehehe

hj ramli & hajah zabedah mengdengar penerangan
pasal inkubator dr abg bedin

sabtu awal pagi amir dari semenyih dtg nak amik anak ayam belanda 9ekor... amir nie rajin dtg beranang beli anak ayam belanda..
lepas tu dalam kul 11, abg bedin datang repair auto tuner inkubator.. sebelum tu ada gak aku dengar bunyi besi berlaga kat dlm inkubator tu.. lepas 2hari auto tuner terus tak berfungsi.. igtkan besar sgt masalah nyer... cume skru alen key longgar kat shaft motor tuner tu.. dah diketatkan dan telah berfungsi seperti biasa... alhamdullilah.

selang beberapa minit junaidi datang nak jumpa abg bedin.. nak menuntut ilmu rupenyer.. hehehe.. lama gak dieorang kat beranang.. borak punyer borak sampai lupa aku nak jemput diorang masuk ke rumah.. sori ler brader... oleh sebab semua org g majlis pernikahan anak perempuan abg chik (sori abg chik x dtg kenduri) tinggal aku sorang2 kat sini.. so, jamu air roselle dengan kerepek perasa bbq jer laa.. hehehe...

dalam kul 4pm camtu.. hajah zabedah dan suaminya haji rahim datang nak beli ayam belanda.. melalui perbualan telefon sehari sebelum tu.. aku dah terangkan anak ayam belanda tak der stok... yg ada ayam belanda remaja/dewasa...

sampai jer hajah zabedah terus tanyer anak ayam belanda.. alamak terkezut aku.. nie kire kes salam faham nie.. nasib baik diorang kool jer... pastu dierang nak amik yg besar.. dah aku tunjuk yg besar dierang lak terkezut sebab ayam tu besar sgt n sangkar yg dierang bawak kecik ngam2 untuk sekor kucing.. nak letak dalam kete camtu dierang tak berani sebab pinjam kete menantu n kete tu pun rase aku baru 2bulan pakai.. hehehe

hajah zabedah dan haji rahim nie dah bersara dan menternak hampir 140ekor kambing kacukan di kampung batu gajah, sungai buloh.. menurut apa yg dikatakan hajah zubaidah.. diorang nak bela ayam belanda suke2 jer.. tapi dari senarai order yg dierang bg kat aku mcm nak bela serius jer.. hehehe
setelah berborak dengan hajah zubaidah baru tau die asal satu kampung dengan aku kat kuala kangsar, perak.. mungkin ada pertalian saudara memandangkan arwah ayah beliau pak ngah laksa sekampung dengan abah aku.. dari apa yg abah cerita kat aku laksa kuala pak ngah adalah laksa terbaik di kuala kangsar.. dulu abah selalu beli laksa pak ngah dengan harga sekupang/pinggan..


terima kasih kepada abg bedin kerana byk membantu kami menyelesaikan masalah inkubator. terima kasih juga pada junaidi sebab dtg melawat dan terima kasih juga kepada hajah zabedah dan haji rahim kerana memilih kami untuk supply ayam belanda.
semoga business abg bedin, junaidi, hajah zubaidah dan haji rahim akan lebih success. tq

40 EKOR BEBIRI FROZEN.

SALAM,

sebelum nie aku ada supply kambing untuk majlis aqiqah anak en fendi di kajang.. kambing tu telah dibuat golek/bbq.. atas jemputan, ayid telah hadir majlis en. fendi dan telah berbincang dengan tauke caterer tu mengenai upah untuk buat kambing golek..

jumaat lepas kami telah hantar seekor lagi kambing kepada tauke caterer tu.. dan tauke tu minta kami supply 40ekor bebiri frozen jumaat dan sabtu nie... masalahnyer skang nie bebiri frozen susah nak dapat dan kalau ada harga agak mahal...

aku dah deal dgn tauke kedai bebiri dan kambing kat chowkit.. hargenyer pun mahal dan mmg betul susah nak dapat bebiri dari aussie dan skang nie pemborong tgh cuba dapatkan dari new zealand.. tapi n

kalau blog reader yg kenal sapa2 kengkawan kita yg tau kat mana leh dapat bebiri dengan harga berpatutan.. harap dapat call saya 0192386898. tq

Wednesday, October 7, 2009

update: mcm2 citer ada...

nie ler frame n tayar nyer.. hasil kerja yg kemas
dan profesional

dah nama treler mesti bersendi kan..
nie ler part untuk joint motor ngn treler
100% custome made!!

tayar motorcross tu...

design nie dibuat supaya frame tayar dan
body boleh dipisahkan untuk kerja2
maintenance

besi tebal 4mm tu.. standard kilang..
sekali tgk dah cam sepit udang kat tayar belakang
motorsikal

salam,
sabtu 03.10.09, oleh sebab induk ayam belanda belum aku letak dlm reban yg sedang di upgrade.. so induk ayam belanda ni bertelo bersepah.. susah gak kiteorang nak mencari sarang induk ayam belanda nie.. sebab ayam belanda suka bertelo kat semak... termasuk semak kat tanah sebelah..


Setelah misi mencari telo dijalankan.. amik ko lebih seratus biji telo telah dijumpai.. dan byk gak yg dah tak sesuai untuk dieramkan.. buat lauk jer laa.. sedap woo telor mata kobau ayam belanda.. kuning telo beso dan tebal..


hmm.. ari tu jugak.. ada sekor ayam belanda jantan muda.. cantekk tu buat baka.. aku jumpa kt tepi reban dalam keadaan monyok.. hmmm comfirmed kene cocissdiocis(betul ke aku eja nie)..


aku tangkap dan aku masuk kan dalam kurungan dan bagi neo-tm. Memandangkan aku tak sengaja letak sangkar kat tempat terbuka.. sekejap jer air ubat tu abis... haus ayam tu sebab kepanasan.. sori aa ayam.. TAPI ada kebaikannyer sebab keesokan harinyer ayam tu dah sembuh... hehehe.. selamat ko.. aku dah terbayang kari ayam belanda... lain kali kalau ada ayam sakit pastu susah plak nak minum air ubat aku letak jer kat tengah panas.. mesti abis air ubat tu.. hahaha


ahad 4.10.09 malas tul aku nak g open house umah abang lan kat k.pilah.. semua org g kecuali aku.. dieorang gerak kul 11.00pagi dan pada pukul 11.30 pagi satu kejadian kebakaran berlaku kat tanah sebelah.. mula2 tak risau sangat siap leh makan kacang kat kandang kambing (kandang kambing tinggi leh nampak dari jauh api tu).. dlm kul 12pm angin sepoi2 bahasa mula bertiup dan bertukar menjadi lebih kuat.. alamak nie tak leh jadi nie.. silap2 reban ayam ngn kandang kambing hangus terbakar..


terpaksala aku jadi bomba tak bertauliah memadamkan api yg dah hampir sgt ngn pagar tanah kiteorang.. alahai penatnye tuhan sajer yg tahu.. mau tak penat.. dah aku sorang2 jer ke hulu ke hilir (org perak cakap kulu kelo)... alhamdulillah api dapat dikawal dlm kul 1.50petang...


kiteorang tau sape nyer keje yg membakar semak tu. tapi biasa laa kiteorang nak meniaga, bukan nak berlaga kan kan kan.. peace!! peace!!


dek kerana kesian tgk ayid ulang alik angkut daun sawit dan napier untuk makanan kambing guna motor mat rempit.. mlm tu abg din (biras aku AKA pakar buat kerja pertukangan kayu & besi) tunjuk kat kiteorang sebahagian part kete sorong (diorang panggil treler) untuk angkut pelepah sawit ngn napier.. dah lama plan cuma lepas raya nie abg din agak free n sudi tolong kiteorang untuk buat treler tu.. mmg cun n hasil keje sorang yg profesional..


abg din telah meminta pertolongan kawan (welder) yg bekerja satu kilang dengan abg din.. kawan die tu mmg biasa buat treler tapi skala kilang punyer laa... untuk angkut besi dan konkrit.. so kawan die cume buat sedikit pengubahsuaian design mengikut kapasiti muatan dan yg paling penting ialah budget.. hehehe


Insya Allah treler tu akan siap minggu nie.. lepas nie ayid bukan pelepah sawit jer ko leh amik... buah kelapa sawit pun ko leh amik skali... tapi kalau apa2 jadi kat ko aku tak tanggung aa.. hahaha


p/s gambar treler jer ada.. gambar lain aku tak amik penat layan kebakaran...

Friday, October 2, 2009

Keju Mozzarella Segar, Buatan Malaysia (MALAYSIA BOLEH!!!)




Oleh Sakina Mohamed

LANGKAWI, 26 Dis (Bernama) -- Kehebatan dan keenakan rasa keju mozzarella, yang begitu sinonim dengan negara Itali, terbukti kini boleh ditandingi pengeluar tenusu di Malaysia.Lebih istimewanya keju mozzarella yang dihasilkan oleh pengusaha di Malaysia adalah kerana ia mengguna susu kerbau dan dibuat dengan tangan, iaitu dua ciri utama yang menentukan keaslian dan keenakan keju mozzarella.Ramai antara kita yang sanggup membayar harga yang tinggi untuk menikmati keju popular ini, yang unik dengan tekstur yang kenyal dan bertali itu, semata-mata ingin menikmati keenakan rasanya.

Namun kewujudan kedai Friendly Farms Sdn. Bhd. di Langkawi, belum begitu diketahui ramai kerana ia hanya menjual daging halal dan organik sejak dibuka empat bulan lepas. Perniagaan mozzarella pula hanya bermula tiga minggu lepas.Pemiliknya ialah usahawan Norzana Ghazali, 25, yang berkahwin dengan Michael Bruschi, seorang berbangsa Itali yang berpengalaman luas dalam dunia pembuatan keju.Norzana, yang lebih mesra dipanggil Yana, mengakui ramai antara keluarga dan kenalannya pada mulanya meragui kebolehan beliau merealisasikan cita-citanya untuk memiliki perusahaan membuat keju mozzarella di Malaysia."Ramai yang tak sangka ianya boleh dilakukan. Kalau tidak, tentu sudah ada yang melakukannya, bukan?"Tapi lihatlah, kami telah pun berjaya menghasilkan keju mozzarella buatan tangan yang sungguh laris sampai kehabisan stok setiap hari", katanya. LEBIH SEDAP BERBANDING BUATAN ITALI"

Semuanya bermula apabila Yana menceritakan kepada saya hasratnya untuk memilik ladang sendiri", kata suaminya Bruschi, 53.Setelah mendapat tempat yang sesuai, mereka mula memikirkan mengenai perniagaan yang sesuai diusahakan.Bruschi berkata, pada mulanya, beliau hanya mencuba-cuba membuat keju mozzarella dengan bahan yang sedia ada. Namun kegagalan yang berulang membakar semangatnya untuk terus mencuba sehingga berjaya.Seperti isterinya, beliau percaya Malaysia bukan sahaja mampu menghasilkan keju mozzarella, tetapi dapat menghasilkan yang jauh lebih berkualiti daripada yang diimport dari Itali.Benarkah kenyataannya itu?"Rasalah sendiri", jawabnya ringkas.Dan siapa lagi yang arif untuk menilai perbezaannya kalau tidak bukan tukang masak profesional yang pernah merasai keju mozzarella yang sebenar.

Tukang-tukang masak yang telah melalui 'ujian rasa' ini terdiri daripada mereka dari hotel-hotel lima bintang di Langkawi seperti 'The Four Seasons' dan 'The Datai'. Mereka sebelum ini memang telah menggunakan keju mozzarella buatan tangan yang diimport, dalam masakan, tetapi tidak habis-habis memuji keenakan mozzarella Friendly Farms setelah merasainya sendiri."Mereka seolah-olah tidak percaya yang kita mampu menghasilkan mozzarella yang sungguh enak dan berkualiti hanya berbekalkan susu kerbau tempatan. Kini, tempahan tak henti-henti", katanya.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed merupakan antara yang telah menikmati keenakan keju mozzarella dari Langkawi ini dan telah pun mencatatkan penemuan beliau itu dalam blognya, http://www.chedet.com/.

Penulis sendiri berpeluang merasai mozzarella itu, dan sememangnya keenakannya tidak dapat ditandingi mozzarella yang terdapat dalam pasaran tempatan.Bruschi menerangkan yang di pasaran itu kebanyakkannya bukanlah mozzarella sebenar, tetapi "fior di latte", yang diperbuat daripada susu lembu.Fior di latte lebih murah dan senang didapati dan digunakan dengan meluas dalam industri makanan terutamanya perniagaan pizza.BUKAN SAJA SEDAP, TAPI JUGA HALAL"Apa yang susah sangat nak membuat keju yang halal?", cabar Bruschi.Katanya, mozzarella yang dibuat di Friendly Farms menggunakan 'rennet' sayuran untuk membantu proses koagulasi kepada susu supaya ianya dapat bertukar menjadi keju.Bagaimanapun, katanya, rennet sayuran agak sensitif jadi tidak hairanlah kenapa ramai pembuat keju lebih suka menggunakan rennet anak lembu, yang diperoleh dari perut haiwan itu.Namun, jika anak lembu itu tidak disembelih menurut cara Islam, maka rennetnya itu tidak akan menjadi halal, sekaligus menjadikan mozzarella tidak halal.Jadi pada bulan depan, seorang penyembelih berlesen dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan dipanggil ke ladang itu untuk menyembelih seekor anak lembu untuk mendapatkan rennet.

Friendly Farms juga membela beberapa lembu dan anak lembu, termasuk dua dari baka French Limousine. Namanya itu berasal dari kawasan Limousin di Perancis, yang dagingnya diiktiraf sebagai yang terbaik di Perancis.Ini adalah kerana jualan daging yang dipotong dan disediakan secara profesional merupakan satu lagi perniagaan di Friendly Farms."Kalau kamu dari U.S., dan biasa makan daging 'Texas cut', kami boleh menyediakannya untuk kamu. Kalau dari Perancis, dan mahukan potongan cara gourmet? Kami juga boleh buat yang itu", kata Bruschi.Friendly Farms juga membuat sosej segar, daging burger ala Itali, daging siap dipotong dan banyak lagi.Lembu-lembu yang dibela hampir kesemuanya baka tempatan yang diberi makan diet organik dan disembelih oleh dua penyembelih berlesen dari Jakim.DAGING LEMBU TEMPATAN PALING ENAK

Kata Bruschi, walaupun hotel-hotel paling banyak membuat tempahan, tetapi para tukang masak dan pengunjung mereka sukar mempercayai bahawa daging tersebut berasal daripada lembu tempatan."Daging Malaysia mempunyai rasa yang paling enak, lebih enak daripada daging dari Australia atau New Zealand. Dagingnya hanya perlu dipotong dengan cara yang betul. Potong dengan betul, dan anda akan dapat keempukan daging yang optimum".Dan orang yang layak diberi pujian untuk hasil kerja tangannya itu ialah Ismail Morad, anak tempatan berusia 27 tahun, yang berasal dari Langkawi.Bruschi telah menghantar Ismail untuk dilatih selama 2 bulan di San Marino untuk mempelajari segalanya mengenai industri itu, daripada aspek penyembelihan daging secara profesional, cara-cara untuk memelihara haiwan ternakan, tabiat pemakanan yang sesuai untuk lembu agar dapat memperoleh daging yang empuk serta enak, hinggalah kepada cara yang betul untuk memotong dan menyimpan daging.Untuk memastikan daging itu kekal segar dan empuk, suasana penyembelihan lembu juga diambil kira apabila ia dijalankan dalam persekitaran yang agak lain daripada kebiasaan bagi industri itu.

Ismail menerangkan bahawa sebuah bilik khas berhawa dingin disediakan untuk menempatkan lembu yang bakal disembelih.Sebelum disembelih, lembu-lembu dipastikan berada dalam keadaan paling selesa dengan menempatkannya di dalam bilik itu bersama jerami yang secukupnya untuk dimakan."Apabila seekor lembu berasa gelisah atau tegang, ianya boleh menjejaskan kualiti daging tersebut", jelas Ismail.LAKU SAMPAI HABIS, SETIAP HARIKedai Friendly Farms agak terpencil dan jauh ke dalam Kampung Nyior Cabang, manakala jalan untuk menyusur ke kedai itu agak sempit sehinggakan hanya satu kereta boleh lalu pada satu masa. Kami sehinggakan terpaksa memandu atas tali air untuk tiba di lokasi tersebut.Jadi memang menghairankan bila kami dapat tahu pelancong asing hampir setiap hari sanggup melalui jalan yang kecil dan berliku-liku untuk ke kedai itu, semata-mata untuk mendapatkan daging dan keju mozzarella.Ini kerana selain daripada hotel-hotel, keju mozzarella Friendly Farms merupakan bahan utama dalam senarai membeli-belah bagi golongan ekspatriat yang menetap di Langkawi selain golongan kaya-raya yang tinggal di atas kapal layar mewah berjuta-juta ringgit, yang berlimbung di Telaga Harbour.
Yana menjelaskan bahawa ramai yang tertarik dengan keju mozzarella tersebut kerana ia tidak menggunakan mesin seperti yang terdapat di pasaran, yang boleh menjejaskan keenakan serta kuantiti keju yang dijual.Namun, mozzarella Friendly Farms hanya dijual pada harga RM12 setiap 100 gram, agak rendah berbanding dengan harga mozzarella di pasaran yang kebanyakannya dihasilkan dengan mengguna mesin dan susu lembu.ADA MASALAH, TAPI PANTANG BERALAHDisebabkan kesukaran untuk mendapatkan susu kerbau, Friendly Farms juga menawarkan fior di latte, walaupun susunya perlu dicari di serata ceruk pulau dan tanah besar."Masalah utama ialah untuk mendapatkan susu itu. Nak buat keju halal bukan suatu masalah. Tapi untuk menghasilkan keju mozzarella buatan tangan yang enak dan berkualiti, kami perlukan 200 liter susu.

Tapi sekarang ini, sukar untuk mendapatkan susu kerbau dalam kuantiti yang sebegitu banyak, jadi kami juga menawarkan fior di latte"."Sebenarnya Malaysia mempunyai potensi untuk menghasilkan susu yang cukup untuk kegunaan tempatan dan eksport, tapi masalahnya sekarang ada sesetengah golongan petani tidak faham bahawa lembu-lembu ini perlu diberi makanan yang betul dan secukupnya dan susunya perlu diperah dengan kerap", katanya lagi.Dia juga menyuarakan kesedihannya melihat sesetengah petani yang bekerja dengan organisasi tertentu yang turut 'bercuti' memerah susu lembu pada cuti umum dan menyebabkan lembu itu menderita akibat kebengkakkan sekaligus menjejaskan penghasilan susu.Dia berkata, petani di Malaysia mampu mengaut keuntungan sehingga RM20,000 sebulan hanya dengan menjual susu, jika mereka tahu caranya.Bruschi berkata, beliau sanggup memberi latihan percuma kepada golongan petani tersebut dan menjaminkan jualan susu dari ladang mereka."Kita boleh sama-sama untung dengan cara ini", katanya lagi.Dia menjelaskan lagi bahawa keju berkualiti diperoleh daripada susu yang berkualiti di mana penghasilannya bergantung kepada diet lembu-lembu tersebut.

Seekor lembu yang diberi jumlah lemak, karbohidrat dan mineral yang berpatutan akan menghasilkan keju yang unik rasanya yang tidak mampu ditiru oleh pengusaha keju lain di serata dunia.RANCANGAN MASA DEPANBruschi menerangkan bahawa Friendly Farms merancang untuk menghasilkan 15 jenis keju pada tahun 2009.Namun, katanya, masalah utama yang masih perlu diatasi adalah isu mendapatkan bekalan susu berkualiti."Malaysia memang berpotensi tinggi untuk menjadi peneraju dalam pengeksportan hasil tenusu yang berkualiti, tetapi kita masih bergantung kepada hasil eksport dan membelanjakan berjuta-juta ringgit ke atasnya.

"Kita memang boleh menghasilkan keju yang enak, atau menghasilkan apa jua yang dihasilkan oleh negara lain dan menghasilkannya dengan lebih baik."Ianya boleh menjadi industri berbilion ringgit bagi Malaysia... ianya sudahpun menjadi industri berbilion dollar di dunia, jadi perkara itu tidak mustahil, cuma kita perlu betul-betul mahu", katanya.Katanya, tiap-tiap tahun, pengguna menghabiskan begitu banyak wang untuk produk tenusu termasuk keju yang sebenarnya bukan pun bahan yang biasa digunakan dalam masakan tempatan."Namun tak dapat dinafikan tetap ada pembelinya, jadi permintaan itu memang wujud. Sudah tiba masanya kita tidak lagi bergantung kepada hasil eksport", katanya.-- BERNAMA
p/s moral of the story.. usah ler nak bangga dengan produk luar negara tu...

Tuesday, September 29, 2009

SAMBIL BERAYA MELAWAT REBAN/KANDANG SERI BUMI


anak to anjang berminat betul dgn
ayam & kambing

ayid memberi penerangan tentang ayam belanda/kampung

ayid memberi penerangan tentang inkubator

Salam,

tak silap aku raya ke-2, tok anjang ayid datang beraya di beranang.. tujuan mereka ke beranang bukan hanya untuk beraya je tetapi untuk melihat apa yg cucu sedara (ayid) die buat kat beranang.. ayid sering bercerita pada tok anjang yg die mengusahakan ternakan ayam & kambing.. tetapi kali ini tok anjang leh tgk sendiri aktiviti seharian di seri bumi..

sebaik menjejak kaki kat kawasan rumah.. tok anjang tak sabar2 nak tengok sekeliling kandang/reban.. tapi ayid tahan dulu.. soh naik umah jamu makan/minum dulu.. excited tol org tua tu... hehehe

dah abis makan ayid bawak tok anjangnyer ke kandang kambing dahulu dan reban ayam belanda dewasa.. lepas tu ayid bawak masuk ke dlm stor dan menerangkan tentang peranan inkubator sebagai alat pengeram/penetas telur yg lebih efisien..
last sekali bawak ke nurseri dan reban untuk induk ayam kampung & anak ayam usia sebulan ke atas.. kesimpulanya, tok anjang sangat berbangga dengan apa yg diusahakan oleh ayid.. dan beliau menyatakan hasrat untuk membantu memperkembangkan perniagaan seri bumi.. terima kasih di atas lawatan tok anjang.. sekian wassalam

Monday, September 28, 2009

INKUBATOR AUTO SIAP DIPASANG DENGAN OMRON TEMPERATURE CONTROLLER



salam,

jumaat lepas inkubator auto kami telah siap dipasang dengan controller baru... alhamdullilah inkubator dengan jantung barunya berjaya berfungsi dengan baik..

kesimpulannyer suhu dalam inkubator min:36.5 dan max:39.5. dengan fungsi yg pelbagai aku pasti controller tersebut boleh memberi suhu yg lebih baik sekiranya aku dapat memahami keseluruhan isi manual yg setebal 200lebih muka surat tersebut..

dari pemerhatian aku heater cut off bila suhu mencapai 37.5 (heater on-off tidak lebih 10saat) suhu terus menunjuk bacaan menaik kerana kepanasan pada heater masih ada walapun heater telah off. bagi saya ini tidak menjadi satu masalah besar memandangkan suhu kembali ke parameter (36.5-38.5) tidak sampai 60saat..

aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada abg bedin kerana sikap profesional beliau dalam mengatasi masalah inkubator kami.. wassalam

KAMBING GOLEK AKIKAH ANAK EN. FENDI KAJANG


salam,

terima kasih kepada en. fendi sekeluarga kerana memilih kambing seri bumi untuk majlis akikah dan juga rumah terbuka sempena hari raya aidilfitri.

kambing akikah tersebut telah disembelih pada pagi jumaat 25/09 untuk diperap dengan rempah bagi untuk majlis yg akan dilangsungkan pada pagi ahad 27/09. ini adalah pertama kali kambing feral telah dibuat golek..

menurut apa yg dikata ayid yg telah pergi ke majlis tersebut.. kambing feral buat golek sedappp.. kambing golek tersebut telah disediakan oleh jiran en. fendi yang juga pengusaha katering.. tq

lawatan ke kandang lembu brader kantho



salam,

memandangkan raya ke-4 kiteorang (aku, abg chik & abg din) takder ape nak buat kiteorang g le sungai buloh.. tgk2 van second hand untuk kegunaan harian kami.. sebelum tu dah tgk n plan ari tu nak beli ler van tu.. alih2 dah dijual lak...

terpaksa la tunggu stok baru kalau ada... lepas balik dari sungai buloh singgah jap kat umah mak/abah kat sentul.. kul 12.15pm kiteorang gerak terus ke kandang lembu kawan abg chik kat bangi lama...

brader kantho dah lama bela lembu.. cume 4 tahun kebelakangan nie die serius membela lembu untuk musim perayaan/akikah.. masuk jer kandang lembu die.. bersih dan tak berbau walaupun ada selonggok taik lembu yg dah dikumpul kat kandang tu.. tanye2 gak brader kantho camner lak tak berbau kandang lembu die.. die bgtau kandang lembu berbau kalau ko bg dedak jer... makanan asasi lembu tu napier yg byk ditanam di sebelah kandang, kulit pisang, batang pisang, kulit nangka dll.. bile dah nak dekat raya haji nanti baru die bagi dedak...bagi solid sket

gemok2 betul lembu die... dan harga pun murah ler jugak... insyaallah jika ada kiteorang dah ada modal dan sorang pekerja lagi.. kiteorang nak bela lembu plak... INSYA ALLAH

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..


SALAM,

saya mewakili Seri Bumi Ternak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin kepada semua blog reader ini, pelanggan yg dihormati dan kenalan/rakan ternak kami.. semoga hari lebaran tahun ini lebih meriah dan gembira dari sebelumnya.. amin

bagi rakan2 yg balik kampung.. berhati2 la di jalan raya... ingat insan yg tersayang... aku tahun nie raya kat beranang ngn sentul jer.. wassalam

Tuesday, September 15, 2009

OMRON DIGITAL TEMPERATURE CONTROLLER


SALAM,

setelah meneliti dan study sikit pasal temp. controller aku pilih jenama omron.. menurut apa yg dikatakan oleh abg bedin omron temp. controller lebih berkualiti memandangkan sektor industri berat seperti proton juga menggunakan controller jenama ni.

satu pengalaman baru bagi aku kerana tak semudah itu aku nak beli bender nie.. sebab maklumat yg aku ada ialah jenama tu aje omron.. setelah layari internet baru tahu omron mmg ada office kat malaysia..

aku cal omron tak angkat sebab call masa time nuzul al-quran, jadi aku email jer kat customer support centre omron.. esok petangnyer aku dapat response dari eksekutif bahagian tu.. die kata omron tak leh kuar quotation yg boleh hanya distributor.. selang sehari berikutnyer.. aku dapat panggilan dari distributor omron kat puchong..

oleh kerana model yg aku tanyer tu sgt mahal.. distributor tu cadangkan satu lagi model yg lebih kurang fungsinyer dengan harga promosi.. hehehe alhamdullilah mmg rezeki aku laa nie.. murah betul harga yg aku dpt tu..

walaupun aku beli sebijik jer controller tu tapi layanan distributor nie mmg bagus.. response pun cepat.. cume controller nie ada seratus macam spec. so urusan aku ngn mereka agak mengambil masa sebab aku tak ada specific spec yg aku nak.. kire hentam jer laa..

smlm abg bedin beli controller tu sebab dekat dgn umah die... insya allah sekiranya tiada aral melintang hari nie pasang le bender tu kat inkubator kiteorang... sekian wassalam

Friday, September 11, 2009

PUSAT PERLINDUNGAN PERNIM

MELIHAT anak kecil ini buat kali pertama dan secara imbasan bersahaja, pasti ramai yang tidak menyangka bahawa dia yang berusia lapan tahun sedang menderita penyakit yang sangat digeruni penduduk dunia, AIDS.

Di sebalik senyuman, telatah comel dan kerenah manja Nur Murni Mohd. Saidi atau lebih manja sebagai Murni, terpampang kisah silam penuh derita dan masa hadapannya yang menghitung hari, memang menyedihkan hingga mampu menitiskan air mata sesiapa jua yang tahu keadaan sebenar.
Tidak keterlaluan jika dikatakan Murni sedang berjuang di ambang maut sejak beliau dilahirkan lapan tahun yang lalu setelah doktor menjangka hayat kanak-kanak ini tidak lama.

Ketika Mingguan Malaysia menemuinya di Pusat Perlindungan Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pesakit HIV dan Aids Nurul Iman (Pernim) di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini, Murni yang bersaiz kecil dengan berat 12 kilogram baru sahaja keluar hospital.

“Sejak kecil lagi, Murni yang fizikalnya hanya sama besar dengan budak umur empat tahun kerap keluar masuk hospital dan terpaksa menelan pelbagai jenis ubat dan dadah bagi melawan pelbagai serangan penyakit ekoran daya tahan badan dan antibodi yang lemah.

“Terbaru sekali, ketika melakukan pemeriksaan doktor baru-baru ini, doktor telah mengesahkan sebelah paru-paru anak malang ini tidak boleh berfungsi secara normal,” kata Ketua yang juga Pengasas Pernim, Norlina Alawi.
Pusat Perlindungan Pernim yang ditubuhkan sejak empat tahun yang lalu telah memberi harapan dan kehidupan baru kepada lebih 30 anak-anak yatim termasuk tiga anak kecil yang menghidapi penyakit AIDS atau HIV.

Menceritakan mengenai latar belakang Murni secara ringkas, Norlina berkata, anak malang itu lahir hasil perkongsian hidup pasangan suami isteri yang sah. Namun bapanya, penagih dadah tegar manakala ibunya seorang suri rumah di Kelantan.
Akibat suntikan dadah dari tabiat berkongsi jarum antara penagih- penagih, bapanya dijangkiti virus HIV tanpa disedari dan kemudiannya, ‘berkongsi’ kuman berkenaan dengan ibu Murni semasa menjalin hubungan kelamin.

Diwariskan

Kuman tersebut seterusnya ‘diwariskan’ pula kepada anak dalam kandungan iaitu Murni yang kini kehilangan ibu dan bapanya akibat AIDS yang telah bersarang sejak sekian lama.

“Kemudian ada sahabat yang prihatin menelefon Pernim dan menceritakan perihal Murni yang ditinggalkan bersendirian di hospital setelah ibu bapanya meninggal, walaupun mempunyai ibu dan bapa saudara yang ramai tetapi mereka tidak mampu untuk menjaganya.
“Ketika itu, dia masih kecil dan tidak tahu apa-apa mengenai kehidupan di dunia ini. Doktor beritahu adik- beradik bapa Murni yang ramai itu tetapi mereka tidak berani mengambilnya kerana tidak mampu menjaganya,” katanya sayu, mata yang berkaca.
Walaupun membesar dengan virus HIV dan hanya boleh menikmati kehidupan ini buat seketika, masyarakat sekeliling tidak berhak untuk menafikan segala peluang dan masa yang ada untuk membolehkan Murni hidup bahagia seperti kanak-kanak lain.
“Atas kesedaran itu, Pernim menghantar Murni ke sekolah seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya walaupun dia hanya sekadar duduk berdiam diri di dalam kelas dan hanya memerhati gelagat rakan-rakannya.

“Guru-guru di sekolahnya tahu mengenai keadaan Murni dan mereka mengambil sikap positif dengan tidak sesekali meminggirkannya dalam segala aktiviti pembelajaran bagi menjaga hati dan perasaannya.

“Syukur kepada Allah Taala, saya mendapat maklum balas daripada guru-guru bahawa ibu-bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah itu tidak menyisihkan anak-anak mereka daripada Murni kerana faham mengenai AIDS.

“Saya harap lebih ramai masyarakat sekeliling faham dan tidak lagi memandang serong terhadap pesakit AIDS terutama kanak-kanak yang tidak berdosa seperti Murni kerana walaupun sebahagian organ termasuk otaknya terganggu akibat serangan AIDS, namun mereka mempunyai hati dan perasaan seperti insan lain,” katanya dengan air mata yang mula berlinangan.

Selain ke sekolah, Murni turut mengikuti kelas tae kwan do bersama-sama anak-anak yatim lain di pusat berkenaan agar anak malang itu turut menikmati riadah dan tidak hanya menjadi pemerhati keriangan anak- anak lain, jelasnya.
“Murni pernah koma, gugur rambut dan ketika itu, doktor menasihatkan agar membuat persediaan pengebumian tetapi kuasa Allah Taala mengatasi segalanya, Murni terus hidup sampai sekarang dan hanya Dia yang menentukan selama mana Murni akan bertahan,” kata Norlina.

ARTICLES SOURCE: http://www.utusan.com.my

P/S: artikel ini saya ambil dari blog http://pusatperlindunganpernim.blogspot.com/. alamat blog tersebut telah diberikan oleh en. muhamad rizal yg merupakan ahli jawatankuasa di pernim dan beliau juga menjalankan perniagaan percetakan. logo syarikat kami adalah hasil kerja en. rizal sendiri. setelah mendengar cerita dari beliau bahawa pernim sangat memerlukan bantuan dari segi makanan terdetik di hati saya untuk membantu mereka. MARI LAH KITA SAMA2 MEMBANTU MEREKA...

Bantuan kewangan


Kami mengharapkan sumbangan kewangan daripada anda untuk memastikan kelangsungan hidup anak-anak di bawah jagaan Pernim. Sumbangan yang anda berikan amat kami hargai dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Nama Akaun : TABUNG PERLINDUNGAN PERNIM
Bank : RHB BANK
No Akaun : 2-64124-0001-9124
Anda boleh melakukan "Bank transfer", dan "Bank in" ke akaun bank yang tertera di atas. Anda juga boleh memberikan sumbangan dalam bentuk-bentuk lain seperti wang pos dan cek.
Sila tulis cek atau wang pos atas nama PUSAT PERLINDUNGAN PERNIMSila turut sertakan maklumat berikut:1. Nama anda 2. Alamat 3. Emel 4. Telefon rumah/hp dan hantarkan cek atau wang pos anda ke:

PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK PESAKIT HIVAIDS NURUL IMAN, MALAYSIA (PERNIM)LOT 46 JALAN 47, BUKIT C, KAMPUNG CHERAS BARU56100 KUALA LUMPUR**
Sila hubungi kami bagi mendapatkan resit rasmi bagi PENGECUALIAN CUKAI dibawah :SUB-SEKSYEN 44(6), AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967,yang telah dirujuk kepada Surat LHDN : Ruj 01/35/42/51/19-6 5775

Tuesday, September 8, 2009

digital temperature controller


salam,

terlebih dahulu aku ingin ucapkan ribuan terima kasih pada abg bidin kerana telah datang untuk kali ke-2 ke beranang melihat masalah inkubator auto seri bumi pada sabtu lepas.

masalah utama inkubator nie ialah ketidakstabilan suhu dlm inkubator setelah menggantikan durostat yg rosak dengan thermostat brand rainbow.. sejak pakai thermostat tu.. bermula lah episod memeningkan kepala aku apabila suhu dalam inkubator minimum 36c dan maksimum boleh sampai 55c dengan thermostat menunjukkan tanda 35c.. bacaan ni aku dapat bile guna digital thermometer.. bila guna thermometer daichi bacaan suhu stabil lak... apa yg boleh aku buat skang nie aku guna dulu inkubator auto tu.. tgk hasilnyer mcm mana nanti.

sambil2 tu aku sibuk juga mencari pengganti thermostat tu...abg bidin ada cadangkan kat aku guna digital temperature controller buatan jepun brand shinko. sebenarnya ada satu lagi brand dicadangkan iaitu omron tetapi semalam aku call omron kat PJ haram x angkat.. rupe2nyer smlm selangor cuti laa.. hehehe

mungkin bagi sesetengah orang mesti tak setuju kenapa perlu bazirkan duit untuk beli digital temperature controller yg dah tentu mahal.. pakai rainbow pun jadi gak apa... yer mmg telur tu menetas, aku pun ada gak pakai inkubator manual guna thermostat cap ayam tapi bagi orang yg dah biasa guna digital temperature controller mesti tau betapa hebatnya bende tu...

aku dah call wakil pengedar shinko semalam dan harga yg ditawarkan agak menarik.. insyaallah minggu nie aku mesti beli bender tu..

p/s setiap apa yg terjadi pasti ada hikmahnyer.. aku tak kesal/marah/sakit hati atau apa sajer perkataan yg boleh digambarkan... malah aku lebih bersemangat untuk buktikan yg kami boleh berjaya... INSYA ALLAH