IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Monday, May 9, 2011

VAKSIN ND 'F', ENFLOX & HABBATUS SAUDA

salam,

khamis lepas 5 mei 2011, semua ternakan kami telah diberi vaksin ND type F untuk pencegahan penyakit new castle disease@ sampar. pemberian vaksin untuk ternakan di seribumi adalah satu kemestian untuk setiap 3bulan sekali.

selain dari vaksin kami juga menggunakan antibiotik enflox untuk rawatan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan dari pelbagai jenis bakteria dan kuman. selain itu juga kami juga memberi habbatus sauda kepada ayam2 kami. kesan dari pemberian habbatus sauda kepada ayam adalah seperti berikut:

1. membuatkan ayam aktif. kesan ini dapat dilihat dalam masa 2-4jam selepas pemberian terus habbatus sauda.
2. selera ayam akan bertambah.
3. memberi tenaga kepada ayam yg mengalami masalah kemonyokan/berak kapur

keberkesan habbatus sauda ini telah dibuktikan oleh salah seorang penternakan ayam siam di kawasan kami. ayam lebih mantop katanyer.

habbatus dicampurkan kedalam dedak dengan mengisar halus bahan tersebut. atau habbatus sauda yang telah dikisar boleh dicampur dengan sedikit air dan disumbat terus kedalam mulut ayam. insyallah sangat berkesan.

keberkesana habbatus sauda kepada ternakan ayam belanda/piru ada diceritakan dalam satu artikel yang dikeluarkan oleh MARDI.

sekian terima kasih.






No comments:

Post a Comment