IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Tuesday, January 12, 2010

automatic drinker





Salam,

Dah lama plan nak pasang cume tak tau ada jual kat mana.. aku tau syarikat yg supply bender nie kat ipoh.. tapi disebabkan jauh aku malas nak call dierang..

2minggu lepas junaidi aka hachiroku ada iklankan kat blog die pasal bender nie.. terus aku call dan order 6bj.. alhamdullilah jumaat lepas dah siap pasang.. lambat pasang sebab nak cari paip getah yg sesuai dengan saiz drinker tu… mulanye nak pakai yg sama macam sample yg dierang bagi.. tapi mak aih bukan main mahal regenyer.. last2 pakai jer paip yg selalu org guna untuk akuarium atau buat timbang air untuk keje pembinaan.. rm10 jer.. baper meter aku tak igt sebab ayid yg g beli..

Dari tangki air kat atas kandang kambing kami guna polypipe saiz 1/2inch sambung terus ke reban. Sebelum sambungan T kami pasang kepala paip keselamatan sekiranya berlaku kebocoran senang nak repair… selepas sambungan T, polypipe diikat memanjang dengan tali rapia jer... polypipe ditebuk dengan menggunakan drill dan kami masukkan satu alat yg akan mengalirkan air masuk ke drinker…

Dengan adanyer bender nie bukan sahaja memudahkan kerja.. tapi menyenangkan kerja2 pemberian ubat yg dicampur dalam minuman ayam… masuk jer ubat dalam tangki terus air ubat masuk dalam drinker..

Wassalam…