IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Wednesday, December 9, 2009

pokok pisang kipas

cam leh bg ayam makan kan??

menatang nie kalau gigit ko.. pergh!! sedap siot

abg lan(baju merah) sedang berlakon.. hehehe

nie ler master mind nyer.. abg din

dalam kenangan...


Pokok Pisang Kipas (bahasa Inggeris: Traveller's Palm) a palma spicies from Madagascar. Source from Wikipedia :Tingginya Pokok Pisang Kipas 3 meter hingga 9 meter dan batangnya kukuh. Pelepahnya bertindih-tindih dan keluar dari kiri dan kanan batang dengan daun yang mempunyai tetulang. Pokok ini tidak berbunga kecuali di tempat asalnya kerana perbezaan iklim. Sulur tumbuh daripada bahagian pangkal pokok induk. Akarnya jenis merayap. Pokok ini boleh dijadikan tanaman hiasan.

pokok nie adalah salah lokasi pengambaran gambar kawen aku dulu.. oleh kerana dah nampak semak mata memandang, abg din dengan kebenaran mak mertua den.. hajah dayang secara rasminyer menebang pokok tersebut pada 6.12.09 bersamaan 19 Zulhijjah 1430H...

mula2 nak tebang tu cam susah jer.. tapi dengan kederat abg din, diikuti abg halim dan diakhiri dengan abg lan.. tumbang jugak pokok tu.. dari pangkal pokok tu cam pokok sagu.. tanye abg halim.. ayam makan ke btg pokok nie.. kalau ko berani bagi ler.. hehehe comfirm aku tak berani.. kang terbongkang lak ayam2 tu.. huhuhu

wassalam..

tanam pokok gaharu...

pokok napier..

dah start tanam pokok gaharu

abg halim dan parid tgh tanam pokok..
salam semua,

ahad lepas bermula projek tanaman pokok gaharu abg halim sebanyak 2000 pokok kat tanah yg dipajak beliau.. buat masa nie abg halim tanam dulu 200pokok.. sebabnyer tak cukup org nak tanam pokok tu..

walaupun anak pokok yg dibeli agak mahal tapi pembekal anak pokok tu bersetuju untuk membantu abg halim untuk membuat inokulan sebaik sahaja pokok tersebut sesuai untuk berbuat demikian..

bagi sesapa yg berminat nak dapatkan benih tanaman nie.. boleh ler hubungi en. halim ditalian 019-2245867..

2ekor induk ayam belanda mati

salam,

sabtu lepas dalam kul 5pm.. aku perasan ada sekor induk ayam belanda mati.. aku tanye ayid bile ayam nie mati die kata tengahari td.. dari fizikal ayam tu tak nampak tanda penyakit coryza atau coccidiosis.. cume belakang ayam tu kemerahan2.. mcm melecet..

tak jauh dari situ jugak aku nampak ada sekor lagi induk mengalami kesukaran untuk berjalan.. asyik duduk jer.. bile aku dtg dekat baru die lari n duduk lg.. aku perasan ayam tu tercungap2 susah nak bernafas.. aku tangkap n masukkan dlm sangkar.. mlm tu dalam kul 11 selepas lepak minum2 kat beranang tom yam dengan abg halim, ayid dan parid.. aku tgk ayam tu dah nyawa2 ikan..

bergegas aku suruh ayid amik pisau kasi sembelih ayam tu n buat post mortem... mula2 aku igt punca ayam tu mati samada penyakit baru yg aku tak tau atau disebabkan hampas soya yg mula aku bg ayam2 makan sejak seminggu lepas.. dah buat post mortem baru tau punca kematian adalah disebabkan induk ayam belanda tu tertelan gelang getah!!!

hmm.. kes camnie sebelum nie aku penah tgk ayam belanda jantan yg hampir tercekik termakan gelang getah nie.. nasib baik ayam tu dapat kuarkan sendiri getah tu.. induk yg sudah mati tu juga telah dibuat post mortem dan dapati masalah sama berlaku cume kali nie tertelan simpulan tali rapia.. punca kemerahan2 kat belakang ayam belanda tu adalah oleh ayam belanda jantan igt ayam betina tu duduk nak mengawan..

walaupun sedih dengan kematian 2ekor induk tu.. tapi aku bersyukur kematian ayam tu bukan disebabkan oleh penyakit misteri... punca camner gelang getah@simpulan tali boleh ada kat dlm pedal ayam tu berkemungkinan besar datang dari sisa nasi restoren yg kami bagi pada ayam2 tu.. aku dah bgtau ayid kene perati kat sisa nasi tu sebelum bagi ayam tu makan...

p/s: masaalah nie tak jadi kat ayam kampung disebabkan cara ayam belanda makan sgt berbeza dari ayam biasa.. ayam belanda makan dengan cara mengaut makanan dengan mengunakan paruh.. ayam biasa mencatuk.. tak caye? ko perati le ayam belanda korang..
p/s: ayam belanda yg sempat disembelih telah selamat aku buat lauk kari hospital (kari tanpa santan). 2 ketul daging ayam belanda tu aku bagi kat junaidi@hachiroku..

cara2 nak bawak kambing hidup mengunakan perodua kenari..

apa pandang2 nak kene pukul ker??

kambing sedang rilek kat dlm kenari..

salam semua,

hari nie pakcik nak ajar korang cara2 nak masukkan seekor atau lebih kambing dalam kenderaan mcm2 leh guna, perodua kenari.. mula2 tangkap tanduk kambing tu dulu.. terima kasih kepada en. feral (kambing) kerana mempunyai tanduk yg panjang.. kalau tak tau ler nak tangkap ko camner.. huhuhu

dah tangkap bawak turun kat tanah.. pastu baringkan pelan2 die.. dah baring? apa lagi kasi ikat kesemua kaki die.. hehehe.. sudah ikat kalu.. angkat pelan2 n masukkan dlm bonet belakang.. tapi sebelum tu ko alas ler ngn kanvas ker.. tak pun guni.. kalau tak alas pun boleh.. cume setahun ler kete korang bau kambing.. huhuhu..

kambing nie kiteorang nak anto kat gombak.. untuk aqiqah kot.. walaupun dah biasa hantar guna kenari tapi kali nie..ikatan kat kaki kambing tu tak beberapa kuat n kambing tu telah berjaya melepaskan diri dlm kete tu... nasib baik brader taji yg jadi kelendan kenari berjaya menangkap kambing tu.. hu! nasib baik kete aku ok... suspen gak tu...

sekian sahaja untuk hari ini.. maju kambing untuk penternak.. wassalam..

p/s agak2 perodua nak bagi aku komisen ker sbb promote kete diorang???