IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Wednesday, December 9, 2009

2ekor induk ayam belanda mati

salam,

sabtu lepas dalam kul 5pm.. aku perasan ada sekor induk ayam belanda mati.. aku tanye ayid bile ayam nie mati die kata tengahari td.. dari fizikal ayam tu tak nampak tanda penyakit coryza atau coccidiosis.. cume belakang ayam tu kemerahan2.. mcm melecet..

tak jauh dari situ jugak aku nampak ada sekor lagi induk mengalami kesukaran untuk berjalan.. asyik duduk jer.. bile aku dtg dekat baru die lari n duduk lg.. aku perasan ayam tu tercungap2 susah nak bernafas.. aku tangkap n masukkan dlm sangkar.. mlm tu dalam kul 11 selepas lepak minum2 kat beranang tom yam dengan abg halim, ayid dan parid.. aku tgk ayam tu dah nyawa2 ikan..

bergegas aku suruh ayid amik pisau kasi sembelih ayam tu n buat post mortem... mula2 aku igt punca ayam tu mati samada penyakit baru yg aku tak tau atau disebabkan hampas soya yg mula aku bg ayam2 makan sejak seminggu lepas.. dah buat post mortem baru tau punca kematian adalah disebabkan induk ayam belanda tu tertelan gelang getah!!!

hmm.. kes camnie sebelum nie aku penah tgk ayam belanda jantan yg hampir tercekik termakan gelang getah nie.. nasib baik ayam tu dapat kuarkan sendiri getah tu.. induk yg sudah mati tu juga telah dibuat post mortem dan dapati masalah sama berlaku cume kali nie tertelan simpulan tali rapia.. punca kemerahan2 kat belakang ayam belanda tu adalah oleh ayam belanda jantan igt ayam betina tu duduk nak mengawan..

walaupun sedih dengan kematian 2ekor induk tu.. tapi aku bersyukur kematian ayam tu bukan disebabkan oleh penyakit misteri... punca camner gelang getah@simpulan tali boleh ada kat dlm pedal ayam tu berkemungkinan besar datang dari sisa nasi restoren yg kami bagi pada ayam2 tu.. aku dah bgtau ayid kene perati kat sisa nasi tu sebelum bagi ayam tu makan...

p/s: masaalah nie tak jadi kat ayam kampung disebabkan cara ayam belanda makan sgt berbeza dari ayam biasa.. ayam belanda makan dengan cara mengaut makanan dengan mengunakan paruh.. ayam biasa mencatuk.. tak caye? ko perati le ayam belanda korang..
p/s: ayam belanda yg sempat disembelih telah selamat aku buat lauk kari hospital (kari tanpa santan). 2 ketul daging ayam belanda tu aku bagi kat junaidi@hachiroku..

No comments:

Post a Comment