IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Monday, November 9, 2009

ROSAK LAGI...

dengan wayer heater sekali hangus..

nie controller yg dah kong.. sbb kong? contact dlm
controller melekat.. sebab tu tak bleh on/off..
power overload..
Ms. Ng and Mr. Lam


nie kali ke-2 jadi cmnie.. tapi kire kayu plywood
leh tahan ler jugak

nie panel digital temp. controller yg aku dah cabut

camnie ler bekas air nie cair...

nie telur yg tak dpt diselamatkan..
aku tak nak masuk balik dlm inkub.
manualsbbnyer kalau masuk menetas
pun anak ayam tu berkemungkinan
besar cacat/mati.. tak sanggup aku tgk
anak ayam cacat/mati.. sedih wooo..

nie lg telor yg rosak... adoilaa..

salam,

bender yg mmg paling aku takuti dah jadi balik kat inkubator auto kami.. overheating.. khamis 5.11.09 pukul 4.30pm ayid sms "inkubator rosak lagi laaa..." dengan hati panas membara aku call ayid..

aku "rosak camner?"
ayid"rosak cam dulu2"
aku"berapa suhu overheat?"
ayid"last check 66c"
aku"telur?"
ayid"penuh.. tapi dpt selamat laa jugak sket"
aku"teruk sgt ker"
ayid "tray air pun cair cik zul.. tak teruk ker?"
aku"teruk sgt tu.. hmm.. nak kene duit laa... mlm kang cik zul sampai sana"

kul 9.30pm hari yg sama aku sampai sana dengan anak sulong aku.. lagak seperti sorang tecnician yg hampeh aku try tukar seting & selepas 2jam hasilnya seperti dijangkakan mmg hampeh!... camno? dengan hampa aku blah balik seri kembangan...

pagi jumaat hujan lebat.. anak aku lak demam.. hantar g klinik dulu.. nasib baik dpt turn yg 1st sekali.. kul 9.30am settle anta lak wife g keje.. sian die.. hujan2 aku anta die keje naik motor jer.. sampai kat opis die aku terus call ms. ng..

aku"g.morning ms. ng?"
ms. ng "hi! zul"
aku"aik? u ada simpan sy punya no. ker ms ng?"
ms. ng" ada maaa.. u punya no. mesti simpan maa"
aku"camnie senang laa sikit nak citer"
ms. ng"apa pasal?"
aku"omronnyer controller rosak laa ms ng"
ms. ng"mcm mana boleh rosak???? (terkejut!!)"
aku"ntah laa ms ng.. semlm overheat laa itu inkubator"
ms ng"hmm.. cam ini laa. u bawa itu controller n sensor kita jumpa sy bawa tecnical man dtg tgk u punyer controller"
aku"jumpa kat mana? (dlm hati aku jumpa kat kl jer)"
ms. ng"u duduk mana?"
aku"seri kembangan, tmn equine"
ms. ng"kite jumpa sana jer laa. i call u after keje i sudah settle dekat klang"
aku"ok..(ini sudah bagusnyer servis.. beli controller kat autovation yg nk settlekn masalah aku nie org lain??)"

ptg tu selepas aku hantar kambing aqiqah order dr tuan helmi, putrajaya (controller tertinggal lak kat beranang) dlm kul 5.30pm.. ms ng call.. lg 30-45mnt die sampai sana.. alamak!!.. terpaksa laa aku call ayid mintak die bawak controller n jumpa kat masjid semenyih.. aku sampai kat maybank taman equine kul 6.30pm (giler laju aku bawak..motor jer.. hehehe)

tak sampai 10mnt tunggu ms. ng n kawan die mr. lam sampai... terus aku bagi controller yg rosak tu.. 1st ms. ngn buat kat controller tu.. die cuba bau hangit pada controller tu.. tak ada bau.. n ms. ng bg pd mr. lam.. die tgk nampak mcm ok.. n boleh repair.. borak2 dekat 40minit.. mr lam kata "zul, saya bawa ini barang balik n cuba cek apa problem.. kalau boleh, repair kalau tak u kene beli baru laaa.."

kesimpulan dari pertemuan tu.. ada 2 kemungkinan menatang controller tu rosak..
1. mmg die nak rosak.. (nasib tak baik)

2. sebab wiring heater direct terus ke controller menyebabkan controller tak dapat nak tampung aliran power dari heater.. dari kiraan ms. ng controller tu kene tampung 4.6amp power dari 1000w heater.. tapi maksimum amp yg bleh controller tu tampung maybe rendah dari 4.6.. (korang paham ker nie?? ntah aku pun paham sikit2 jer.. hahaha)

solutionnyer?? kene ler pakai SSR (Solid State Relay) atau Contactor(betul ker aku eje nie??) menatang nie akan mengawal electrical loads masuk ke controller.. dengan ada menatang nie. controller ada akan lebih tahan lama dan anda boleh hidup dengan lebih tenang tanpa stress yg kadang2 boleh capai tahap dewa.. brand yg dicadangkn untuk kedua2 menatang tu ialah 'telemechanique'. aku tanya brader nizam (http://nizamspace.tripod.com/) "penah dengar brand telemechanique? die jawab tak tau.. hahaha die yg power pun tak tau aku lg laa..

sabtu pagi kul 9am brader nizam dtg nak beli ayam belanda.. lama gak borak dengan otai nie.. mcm2 citer kuar.. beliau baru sewa tanah kat semenyih.. nak start balik ternak ayam katanya.. bagus! ada gak otai yg berpengalaman bela ayam kat area beranang senang nak rujuk.. boleh kan brader nizam?? baka yg ekau citer tu kalau dah ada den nak booking dulu...hehehe

kul 11am aku call ms. ng tanya mcm mana dengan controller tu.. die bgtau controller tu comfirm rosak tapi sensor aku still ok.. nampaknya kene beli controller baru laa.. aduh!.. oleh kerana aku dah keletihan mengadap & memikirkan masalah yg tak pernah ada penghujungnyer aku minta jasa baik ms. ng & mr. lam untuk buat satu control system yg boleh digunakan khas untuk inkubator..

memandangkan wayering diagram untuk controller tu takder.. ms. ng n mr. lam setuju dtg ke beranang tgk wayering inkubator tu.. kul 4.30pm dierang sampai.. setelah melihat sendiri inkubator tersebut mr. lam setuju untuk buat control system inkubator tersebut. aku minta die buat back up system sekali.. in case kalau digital temp. controller rosak at least ada menatang lain yg boleh back up.. quotation akan ms. ng email aku hari nie.. harap2 aku tak terkezut dgn harga kat quotation tu.. hehehe

abg halim cakap.. apa yg dikesalkan dah 2kali masalah nie jadi masa inkubator tgh penuh telur.. dan kebanyakan telur ayam belanda adalah yg berkualiti... aku paham perasaan die sbb hari2 die g kutip kumpul telor untuk masuk dlm inkubator.. sabar jer laa.. kita nak yg trbaik.. tapi Allah s.w.t jer tau apa yg terbaik untuk kita.. wassalam

p/s tanpa aku sedari aku dah lebih faham 'peel' controller nie.. dan insyallah pengalaman yg aku dapat nie boleh dikongsi dengan rakan2 lain yg menghadapi masalah yg sama dengan inkubator masing2.. buat ms. ng & mr. lam terima kasih kerana dtg ke beranang...