IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Friday, October 2, 2009

Keju Mozzarella Segar, Buatan Malaysia (MALAYSIA BOLEH!!!)




Oleh Sakina Mohamed

LANGKAWI, 26 Dis (Bernama) -- Kehebatan dan keenakan rasa keju mozzarella, yang begitu sinonim dengan negara Itali, terbukti kini boleh ditandingi pengeluar tenusu di Malaysia.Lebih istimewanya keju mozzarella yang dihasilkan oleh pengusaha di Malaysia adalah kerana ia mengguna susu kerbau dan dibuat dengan tangan, iaitu dua ciri utama yang menentukan keaslian dan keenakan keju mozzarella.Ramai antara kita yang sanggup membayar harga yang tinggi untuk menikmati keju popular ini, yang unik dengan tekstur yang kenyal dan bertali itu, semata-mata ingin menikmati keenakan rasanya.

Namun kewujudan kedai Friendly Farms Sdn. Bhd. di Langkawi, belum begitu diketahui ramai kerana ia hanya menjual daging halal dan organik sejak dibuka empat bulan lepas. Perniagaan mozzarella pula hanya bermula tiga minggu lepas.Pemiliknya ialah usahawan Norzana Ghazali, 25, yang berkahwin dengan Michael Bruschi, seorang berbangsa Itali yang berpengalaman luas dalam dunia pembuatan keju.Norzana, yang lebih mesra dipanggil Yana, mengakui ramai antara keluarga dan kenalannya pada mulanya meragui kebolehan beliau merealisasikan cita-citanya untuk memiliki perusahaan membuat keju mozzarella di Malaysia."Ramai yang tak sangka ianya boleh dilakukan. Kalau tidak, tentu sudah ada yang melakukannya, bukan?"Tapi lihatlah, kami telah pun berjaya menghasilkan keju mozzarella buatan tangan yang sungguh laris sampai kehabisan stok setiap hari", katanya. LEBIH SEDAP BERBANDING BUATAN ITALI"

Semuanya bermula apabila Yana menceritakan kepada saya hasratnya untuk memilik ladang sendiri", kata suaminya Bruschi, 53.Setelah mendapat tempat yang sesuai, mereka mula memikirkan mengenai perniagaan yang sesuai diusahakan.Bruschi berkata, pada mulanya, beliau hanya mencuba-cuba membuat keju mozzarella dengan bahan yang sedia ada. Namun kegagalan yang berulang membakar semangatnya untuk terus mencuba sehingga berjaya.Seperti isterinya, beliau percaya Malaysia bukan sahaja mampu menghasilkan keju mozzarella, tetapi dapat menghasilkan yang jauh lebih berkualiti daripada yang diimport dari Itali.Benarkah kenyataannya itu?"Rasalah sendiri", jawabnya ringkas.Dan siapa lagi yang arif untuk menilai perbezaannya kalau tidak bukan tukang masak profesional yang pernah merasai keju mozzarella yang sebenar.

Tukang-tukang masak yang telah melalui 'ujian rasa' ini terdiri daripada mereka dari hotel-hotel lima bintang di Langkawi seperti 'The Four Seasons' dan 'The Datai'. Mereka sebelum ini memang telah menggunakan keju mozzarella buatan tangan yang diimport, dalam masakan, tetapi tidak habis-habis memuji keenakan mozzarella Friendly Farms setelah merasainya sendiri."Mereka seolah-olah tidak percaya yang kita mampu menghasilkan mozzarella yang sungguh enak dan berkualiti hanya berbekalkan susu kerbau tempatan. Kini, tempahan tak henti-henti", katanya.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed merupakan antara yang telah menikmati keenakan keju mozzarella dari Langkawi ini dan telah pun mencatatkan penemuan beliau itu dalam blognya, http://www.chedet.com/.

Penulis sendiri berpeluang merasai mozzarella itu, dan sememangnya keenakannya tidak dapat ditandingi mozzarella yang terdapat dalam pasaran tempatan.Bruschi menerangkan yang di pasaran itu kebanyakkannya bukanlah mozzarella sebenar, tetapi "fior di latte", yang diperbuat daripada susu lembu.Fior di latte lebih murah dan senang didapati dan digunakan dengan meluas dalam industri makanan terutamanya perniagaan pizza.BUKAN SAJA SEDAP, TAPI JUGA HALAL"Apa yang susah sangat nak membuat keju yang halal?", cabar Bruschi.Katanya, mozzarella yang dibuat di Friendly Farms menggunakan 'rennet' sayuran untuk membantu proses koagulasi kepada susu supaya ianya dapat bertukar menjadi keju.Bagaimanapun, katanya, rennet sayuran agak sensitif jadi tidak hairanlah kenapa ramai pembuat keju lebih suka menggunakan rennet anak lembu, yang diperoleh dari perut haiwan itu.Namun, jika anak lembu itu tidak disembelih menurut cara Islam, maka rennetnya itu tidak akan menjadi halal, sekaligus menjadikan mozzarella tidak halal.Jadi pada bulan depan, seorang penyembelih berlesen dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan dipanggil ke ladang itu untuk menyembelih seekor anak lembu untuk mendapatkan rennet.

Friendly Farms juga membela beberapa lembu dan anak lembu, termasuk dua dari baka French Limousine. Namanya itu berasal dari kawasan Limousin di Perancis, yang dagingnya diiktiraf sebagai yang terbaik di Perancis.Ini adalah kerana jualan daging yang dipotong dan disediakan secara profesional merupakan satu lagi perniagaan di Friendly Farms."Kalau kamu dari U.S., dan biasa makan daging 'Texas cut', kami boleh menyediakannya untuk kamu. Kalau dari Perancis, dan mahukan potongan cara gourmet? Kami juga boleh buat yang itu", kata Bruschi.Friendly Farms juga membuat sosej segar, daging burger ala Itali, daging siap dipotong dan banyak lagi.Lembu-lembu yang dibela hampir kesemuanya baka tempatan yang diberi makan diet organik dan disembelih oleh dua penyembelih berlesen dari Jakim.DAGING LEMBU TEMPATAN PALING ENAK

Kata Bruschi, walaupun hotel-hotel paling banyak membuat tempahan, tetapi para tukang masak dan pengunjung mereka sukar mempercayai bahawa daging tersebut berasal daripada lembu tempatan."Daging Malaysia mempunyai rasa yang paling enak, lebih enak daripada daging dari Australia atau New Zealand. Dagingnya hanya perlu dipotong dengan cara yang betul. Potong dengan betul, dan anda akan dapat keempukan daging yang optimum".Dan orang yang layak diberi pujian untuk hasil kerja tangannya itu ialah Ismail Morad, anak tempatan berusia 27 tahun, yang berasal dari Langkawi.Bruschi telah menghantar Ismail untuk dilatih selama 2 bulan di San Marino untuk mempelajari segalanya mengenai industri itu, daripada aspek penyembelihan daging secara profesional, cara-cara untuk memelihara haiwan ternakan, tabiat pemakanan yang sesuai untuk lembu agar dapat memperoleh daging yang empuk serta enak, hinggalah kepada cara yang betul untuk memotong dan menyimpan daging.Untuk memastikan daging itu kekal segar dan empuk, suasana penyembelihan lembu juga diambil kira apabila ia dijalankan dalam persekitaran yang agak lain daripada kebiasaan bagi industri itu.

Ismail menerangkan bahawa sebuah bilik khas berhawa dingin disediakan untuk menempatkan lembu yang bakal disembelih.Sebelum disembelih, lembu-lembu dipastikan berada dalam keadaan paling selesa dengan menempatkannya di dalam bilik itu bersama jerami yang secukupnya untuk dimakan."Apabila seekor lembu berasa gelisah atau tegang, ianya boleh menjejaskan kualiti daging tersebut", jelas Ismail.LAKU SAMPAI HABIS, SETIAP HARIKedai Friendly Farms agak terpencil dan jauh ke dalam Kampung Nyior Cabang, manakala jalan untuk menyusur ke kedai itu agak sempit sehinggakan hanya satu kereta boleh lalu pada satu masa. Kami sehinggakan terpaksa memandu atas tali air untuk tiba di lokasi tersebut.Jadi memang menghairankan bila kami dapat tahu pelancong asing hampir setiap hari sanggup melalui jalan yang kecil dan berliku-liku untuk ke kedai itu, semata-mata untuk mendapatkan daging dan keju mozzarella.Ini kerana selain daripada hotel-hotel, keju mozzarella Friendly Farms merupakan bahan utama dalam senarai membeli-belah bagi golongan ekspatriat yang menetap di Langkawi selain golongan kaya-raya yang tinggal di atas kapal layar mewah berjuta-juta ringgit, yang berlimbung di Telaga Harbour.
Yana menjelaskan bahawa ramai yang tertarik dengan keju mozzarella tersebut kerana ia tidak menggunakan mesin seperti yang terdapat di pasaran, yang boleh menjejaskan keenakan serta kuantiti keju yang dijual.Namun, mozzarella Friendly Farms hanya dijual pada harga RM12 setiap 100 gram, agak rendah berbanding dengan harga mozzarella di pasaran yang kebanyakannya dihasilkan dengan mengguna mesin dan susu lembu.ADA MASALAH, TAPI PANTANG BERALAHDisebabkan kesukaran untuk mendapatkan susu kerbau, Friendly Farms juga menawarkan fior di latte, walaupun susunya perlu dicari di serata ceruk pulau dan tanah besar."Masalah utama ialah untuk mendapatkan susu itu. Nak buat keju halal bukan suatu masalah. Tapi untuk menghasilkan keju mozzarella buatan tangan yang enak dan berkualiti, kami perlukan 200 liter susu.

Tapi sekarang ini, sukar untuk mendapatkan susu kerbau dalam kuantiti yang sebegitu banyak, jadi kami juga menawarkan fior di latte"."Sebenarnya Malaysia mempunyai potensi untuk menghasilkan susu yang cukup untuk kegunaan tempatan dan eksport, tapi masalahnya sekarang ada sesetengah golongan petani tidak faham bahawa lembu-lembu ini perlu diberi makanan yang betul dan secukupnya dan susunya perlu diperah dengan kerap", katanya lagi.Dia juga menyuarakan kesedihannya melihat sesetengah petani yang bekerja dengan organisasi tertentu yang turut 'bercuti' memerah susu lembu pada cuti umum dan menyebabkan lembu itu menderita akibat kebengkakkan sekaligus menjejaskan penghasilan susu.Dia berkata, petani di Malaysia mampu mengaut keuntungan sehingga RM20,000 sebulan hanya dengan menjual susu, jika mereka tahu caranya.Bruschi berkata, beliau sanggup memberi latihan percuma kepada golongan petani tersebut dan menjaminkan jualan susu dari ladang mereka."Kita boleh sama-sama untung dengan cara ini", katanya lagi.Dia menjelaskan lagi bahawa keju berkualiti diperoleh daripada susu yang berkualiti di mana penghasilannya bergantung kepada diet lembu-lembu tersebut.

Seekor lembu yang diberi jumlah lemak, karbohidrat dan mineral yang berpatutan akan menghasilkan keju yang unik rasanya yang tidak mampu ditiru oleh pengusaha keju lain di serata dunia.RANCANGAN MASA DEPANBruschi menerangkan bahawa Friendly Farms merancang untuk menghasilkan 15 jenis keju pada tahun 2009.Namun, katanya, masalah utama yang masih perlu diatasi adalah isu mendapatkan bekalan susu berkualiti."Malaysia memang berpotensi tinggi untuk menjadi peneraju dalam pengeksportan hasil tenusu yang berkualiti, tetapi kita masih bergantung kepada hasil eksport dan membelanjakan berjuta-juta ringgit ke atasnya.

"Kita memang boleh menghasilkan keju yang enak, atau menghasilkan apa jua yang dihasilkan oleh negara lain dan menghasilkannya dengan lebih baik."Ianya boleh menjadi industri berbilion ringgit bagi Malaysia... ianya sudahpun menjadi industri berbilion dollar di dunia, jadi perkara itu tidak mustahil, cuma kita perlu betul-betul mahu", katanya.Katanya, tiap-tiap tahun, pengguna menghabiskan begitu banyak wang untuk produk tenusu termasuk keju yang sebenarnya bukan pun bahan yang biasa digunakan dalam masakan tempatan."Namun tak dapat dinafikan tetap ada pembelinya, jadi permintaan itu memang wujud. Sudah tiba masanya kita tidak lagi bergantung kepada hasil eksport", katanya.-- BERNAMA
p/s moral of the story.. usah ler nak bangga dengan produk luar negara tu...