IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Monday, August 17, 2009

kami g animal hotel..

sekor nie paling keret.. lompat dari lori pastu
lari membabi buta sampai langgar pagar...
nie ler kambing kiteorang.. hensemkan??

3 wira beranang kepenatan selepas
loading kambing dari crake. abg halim pakai
baju (kaler hijau) tajaan marwah farm.. hehehe
nie tgh loading kambing zul bina ternak

nie bukan kambing kiteorang.. saje nyibuk..

slamat dtg ke animal hotel

sabtu pukul 6.30pm aku, abg halim, taji dan driver lori razak gerak ke animal hotel, maskargo... oleh sebab zul bina ternak dah bgtau aku kene pakai seluar panjang bila nak masuk kat sana.. kiteorang stop dulu kat umah abg halim kat pajam sebab die nak tukar seluar dulu.. sampai maskargo dalam kul 7.15pm. pastu tunggu bad (partner zul) sampai kat kaunter maskargo dalam kul 8.00pm... aku, abg halim, bad dan juria dari marwa farm terus g kaunter..

sampai kat kaunter kiteorang kene sound lak ngn awek polis sebab tak ikut etika pakaian nak masuk maskargo.. so sesiapan yg nak g maskargo, korang kene pastikan bender2 nie melekat kat badan korang:
1. baju berkolar
2. seluar panjang
3. kasut
4. paling penting.. i/c korang ler.. hehehe

tgk punyer tgk abg halim & razak mmg tak cukup syarat nak masuk sana... kiteorang punyer ler merayu kat awek2 polis.. tu haram dieorang tak bagi.. betul jugak apa yg taji cakap.. "mana la aku tau nak jumpa (amik) kambing kene pakai smart"... hehehe
dah merayu kat awek polis tu tak bleh blah gak.. terpaksa abg halim & razak blah ke pekan salak cari baju berkolar.. huhu.. kebetulan time tu juria lak offer selai baju company die.. marwa farm.. tapi kene beli gak satu lagi.. TQ JURIA..
kul 9.15pm baru abg halim & razak dapat beli selai baju.. terus isi borang.. sampai kat animal hotel dalam kul 9.30pm.. nampak ramai penternak tgh sibuk loading kambing masuk lori.. macam2 stail ada.. ada yg masuk crake (kotak kayu) dah tarik kambing masuk lori, kambing tu plak masuk balik dalam crake.. memandangkan kambing feral nie ganas tahap cipan ada gak penternak halau kambing dari luar crake masuk dalam lori.. hehehe

turn kiteorang dalam kul 10.30pm. memandangkan zul janji ngn aku kambing besar tapi bile sampai sana saiz kambing dalam crake tu bercampur. so ada gak terlepas 2-3ekor saiz kecik.. zul mintak aku pulangkan balik kambing tu n die nak gantikan yg besar TAPI.. agak susah gak aku nak bawak kambing naik kenari g banting semata2 nak tukar 2-3ekor tu.. TAKPER LA ZUL.. kire halal jer la...

sampai beranang kul 11.30pm.. settle semua dalam kul 2.00pagi.. korang tau apsal??? selalu korang dengar lembu naik minyak kan?? nie kambing lak naik minyak... ada sekor tu yg paling besar berat dalam 40 kg.. boleh terlepas lompat dari lori tinggi 8kaki.. dah jatuh kat tanah.. terus 'gila khinzir' lari rempuh pagar.. korang nak tau apa jadi kat pagar, rabak tu satu hal la.. masa kambing tu langgar dan tanduk die berlaga ngn pagar.. aku dan abg din nampak percikan api keluar kat kepala kambing tu.. aku igtkan apa.. rupenyer tanduk kambing tu bile berlaga ngn besi boleh hasilkan percikan api... kire mcm tgk bunga api laa... dasyat2..

ada 2-3 lagi terlepas. nasib baik dah ikat tali kat leher dan kawasan kandang kambing mmg berpagar .. cume sekor tu sampai skang nie terlepas kat luar kandang.. susah wooo nak tangkap sekor nie.. kiteorang plan nak tangkap kambing tu ari nie.. maklum la skang nie kerap lak ujan.. takut gak kambing tu kene cacing..

p/s gambar esok baru aku leh upload sebab aku tertinggal kamera kat beranang. badan masih rasa sengal2 sebab dari lori kene tarik kambing dalam 20 meter ke kandang... pas nie kiteorang plan nak buat jalan terus kandang.. senang lori nak loading kambing..

Friday, August 14, 2009

ASAL USUL BERANANG

Beranang mendapat nama dari loghat Negeri Sembilan yang bermaksud 'berenang'. Enam sahabat yang diketuai oleh Tok Batin Lidah Hitam terpaksa berenang di sebuah sungai yang cetek untuk ke seberang sungai. Malangnya sungai yang disangka cetek, rupa-rupanya dalam dan arus yang deras. Setelah Tok Batin Lidah Hitam melepasi Sungai Beranang, air sungai tersebut kering atau cetek. Penduduk sekitarnya tidaklah perlu berenang lagi dan mengucapkan terima kasih kepada Tok Batin Lidah Hitam.

SEJARAH BERANANG
Beranang betul-betul terletak diatas sempadan Selangor dan Negeri Sembilan. Sebahagian Ulu Beranang termasuk dalam negeri Semblan. Beranang dan Semenyih pada suatu ketika dimiliki dan ditadbir oleh Dato' Kelana Sungai Ujong dan Datok Kelana Sendeng. Permasalahan sempadan Semenyih dan Beranang wujud berikutan sempadan yang tidak betul dan kawasan hutan tidak diukur dengan jelas.
LOKASI
Mukin Beranang terletak di daerah Hulu Langat, Negeri Selangor. Mukim ini bersebelahan dengan Mukim Semenyih dan Daerah Sepang. Di Utara Semenyih dan di Selatannya ialah Mantin Negeri Sembilan.

MUKA BUMI
Muka bumi Beranang tidaklah begitu tinggi. Bukit yang terdapat di sini ialah:-
Bukit Tempurung 401 kaki - Bukit Buluh 401 kaki - Bukit Ulu Beranang 2654 kaki

SENARAI KAMPUNG
KG. SESAPAN BATU REMBAU - KG. JALAN ENAM KAKI - KG. KUALA PAJAM - KG. SESAPAN BT MINANGKABAU - KG. BUKIT KEPONG - KG. SESAPAN KELUBI - KG. SG.KEMBUNG HULU - KG. SG.KEMBUNG HILIR - KG. RINCHING TENGAH - KG. RINCHING HILIR - KG. SG. JAI - KG. INDAH PKNS

Wednesday, August 12, 2009

susu kambing byk khasiatnyer...

Jika dilihat dari khasiatnya, susu kambing sebenarnya lebih baik daripada susu lembu. Salah satu sebab kurangnya minat untuk mengamalkan minum susu kambing adalah tanggapan bahawa ianya boleh menyebabkan darah tinggi dan "panas".

Hakikatnya, susu kambing sebenarnya berfungsi menstabilkan tekanan darah, jantung dan banyak lagi. Tapi, masih ramai yang percaya mitos sebegini. Sebenarnya yang "panas" adalah kertas bewarna yang perlu dikeluarkan dari poket!

Manakan tidak! harga pasaran susu kambing 250ml harganya mencecah RM10/botol. Malah, akibat terdesak, ada yang sanggup membeli RM60.00/botol 500ml!

Ini kerana, kesukaran untuk mendapatkan bekalan. Dan. Faktor lain yang menyebabkan ia agak mahal kerana, ia merupakan minuman yang berasaskan perubatan. Bukan sekadar untuk kalsium atau tenaga. Malah, ia diakui mengandungi gizi yang lengkap dan baik untuk perubatan homopati & kesihatan.

Inilah nilai perubatan yang saya maksudkan. Yang mana kajian yang dilakukan mendapati susu kambing dapat membantu merawat dan mencegah penyakit-penyakit seperti:-

Demam Kuning (Jaundice)
Gastrik
Migrain
Masalah darah tinggi
Masalah penyakit kulit
Insomnia (sukar tidur)
Senggugut
Lelah (asma)
Buah pinggang
Lemah Tulang (Osteoporosis)
Ekzema
Hepatitis A
Ulcer Perut
Pucat (Anaemia)
Penyakit Batuk Kering
Pemulihan selepas pembedahan
Alah kepada susu lembu
Perawatan kulit
Memulihkan tenaga batin
Membantu pembinaan darah dan tisu
Membantu pembentukan tulang dan gigi
Memberi tenaga Ibu mengandung/menyusu anak
Tumbesaran fizikal dan mental kanak-kanak
Menambahkan selera makan kanak-kanak
Sakit lemah jantung di peringkat awal
Penyakit berkaitan jantung, limpa & hati
Sakit sendi dan buah pinggang
Menguatkan sistem imunisasi paru-paru
Bersifat anti-arthritis (inflamasi sendi)
Menyeimbangkan kandungan gula dalam darah
Meningkatkan daya ingatan, kepekaan & penumpuan diri
Malah, Ianya tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yang boleh menyebabkan asma, masalah pernafasan, radang telinga, infeksi kulit dan gangguan saluran pencernaan.

Susu kambing merupakan susu yang membawa tindak balas alkali. Iaitu sama dengan susu ibu. Sedangkan susu lembu membawa tindak balas asid.

Oleh itu susu kambing, memberi faedah pada mereka yang mempunyai masalah asid terlalu banyak dalam perut. Ia bertindak balas dengan cara menipiskan asid hidroklorik perut dan melindungi membran mukus di permukaan lapisan perut dari rosak.

Selain sunnah, khasiatnya yang sungguh menakjubkan inilah, yang menyebabkan saya begitu teruja untuk berkongsi informasi. Disamping mempopularkan susu kambing dalam minuman kita.
**info dipetik dari blog rie (KMN)**

Monday, August 10, 2009

ayam belanda santapan raja sehari

pakar pakuk.. brader taji.. jgn melompat
ayam tu kat riba pengantin sudah ler..

ayam belanda muda nie..

cam matching jer ngn meje santap pengantin ni

UPDATE: JUALAN AYAM BELANDA/AYAM MUTIARA & AYAM KAMPUNG

salam,
minggu lepas, omel dtg amik 3ekor ayam kampung & ayam mutiara untuk jiran die dato' shafik. jumaat lepas masa dok sibuk2 melapah & memotong kambing.. datang lak cina yg biasa beli ayam kampung nak beli anak ayam belanda & mutiara.. ikut ati aku tak nak jual.. sebab tak byk.. tapi dah die offer harge ok.. aku jual jugak.

sabtu lepas en. razak lia sari datang beli 4ekor ayam mutiara untuk tempahan dari carcosa seri negara. memandangkan die malas nak amik ayam tu kat reban die.. die dtg amik kat reban aku.. tq en. razak.. itu sahaja..

minggu yg memenatkan...

kari kambing in progress..
3jam masak baru empuk
daging kambing nie.. huhuhu

terpaksa buat dua tempat melapah..
kalau tak lambat siap wooo..

pekerja import.. brader taji..
pakar memakuk tulang kambing
steady laa bro.. hahaha
mamat baju kaler biru tu anak buah aku gak..
keje kat kuantan.. die blk beranang semata2 nak tgk
perkembangan seri bumi ternak
sembelihan kambing akikah anak ustaz Nadzri

sembelihan kambing akikah untuk anak en. azahar
terpaksa pasang lampu sebab buat kul 6.30am

sembelihan start pukul 3.00pm
lepas solat jumaat

nie kambing untuk anak en. arif..
gemok2 & sihat2 belaka

salam,

yup! minggu lepas adalah minggu yg paling penat. penat gilerrrrrr. sebabnyer lepas solat jumaat 7/8/2009 2 ekor kambing akikah berat 40kg perlu disembelih untuk majlis akikah anak En. Arif Arasfendi kat kota perdana seri kembangan.. sembelihan dilakukan pada pukul 3.00pm dan kambing siap dilapah dan dipotong2 pukul 8.00pm.. lambat siap sebab.. kambing nie byk betul daging n tulangnyer pun keras giler... susah nak potong..huhuhu.. kambing nie en ariff nak siap masak kari n hantar kat umah mak mertua die kat kota perdana seri kembangan keesokan harinyer...

esoknyer sabtu 8/8/2009 pukul 4.00am aku dan ayid bersih/basuh daging n tulang kambing yg kiteorang sembelih hari jumaat.. kiteorang tak bersihkan daging lepas potong kerana nak biar daging tu bila di masak dalam keadaan segar...siap bersihkan pukul 6.00am..

pukul 6.30am.. ayid bawak turun lg 3ekor kambing untuk disembelih.. 2ekor untuk akikah dan sekor untuk bayar nazar.. 2ekor kambing tersebut adalah untuk anak perempuan ustaz Nadzri & en. azahar (mereka berdua nie berjiran dan majlis dibuat bersama kat surau berdekatan di sungai sekamat, kajang). sekor lagi tu kawan abg halim punyer untuk bayar nazar bininyer lulus exam..

oleh kerana dierang semua sibuk melapah & memotong.. pukul 7.00am aku terpaksa masak kambing en. arif sorang2 tapi dibimbing oleh abg halim... kari kambing siap masak kul 10.00am sebab daging kambing tu liat sikit...

tepat kul 10.00am jugak en. arif call tanyer kambingnyer dah siap masak ke belum.. sebabnyer org marhaban yg dijemput khas dari kuang dah nak abis bermarhaban.. alamak!! dalam keadaan sedikit cemas kari kambing tengah berasap kat atas dapur kayu terus aku bawak masuk dlm kete.. hahaha aku sampai kat umah die kul 10.40am... hu! tuhan jer tau baper laju aku bawak kete kenari aku tu...

sebelum tu.. ustaz nadzri dan en. azahar dtg amik kambing dieorang kul 9.30am..dah settle kambing dierang, ayid hantar lak kambing kawan abg halim... ALHAMDULLILAH semua berjalan lancar... walaupun penat team seri bumi ternak sgt2 berpuas hati..

p/s smlm lepas majlis akikah en. arif kul 12.30pm aku g amik periuk kat umah mak mertua die.. kebetulan mak mertuanyer ada.. mak mertua die ucapkan byk2 terima kasih sebab kari kambing tu sampai tepat pada masanyer.. kalau kiteorang sampai kat umah die kul 11.00am alamatnyer melepas ler rombongan marhaban tu nak merasa kari kambing... apa2 pun kami ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan yg beri kepercayaan kepada kami...

Wednesday, August 5, 2009

KAMBING AKIKAH UNTUK ANAK LELAKI PUAN LIANA & EN. FARID

masak kicap...

sup kambing (mamak style)

kambing ke-2 sdg disembelih

kambing sdg diikat utk disembelih


salam,


ahad lepas selamat kami tunaikan niat puan liana & en. farid untuk akikah 2ekor kambing untuk anak lelaki mereka.

pagi ahad kul 6.45am, en. farid & adik iparnyer seperti dijanjikan dah sampai ke beranang untuk melihat sendiri kambing disembelih. oleh kerana mereka sampai agak awal (janji ngn wak rustam kul 7.00am) aku bawak dierang jalan2 dan buat sedikit penerangan tentang kambing & ayam yg ada kat seri bumi ternak.. kalau tak boring gak dierang tunggu kt situ.

Wak rustam sampai kul 7.15am dan terus terangkan mengenai niat wakilkan akikah kat en. farid. 2ekor kambing tersebut selamat disembelih pukul 7.30am..

kambing segera dilapah dan dipotong kerana kami ditugaskan juga untuk memasak kambing tersebut. sekor buat sup kambing & sekor lagi buat masak kicap. terus terang cakap kami belum pernah buat masakan tersebut. tetapi atas permintaan customer.. kami cube yg terbaik..

Oleh kerana x der sapa yg penah buat sup kambing, aku terpaksa menjadi bidan terjun.. mmg secara asas aku boleh memasak... cume sedap ke tidak yg membezakan.. hahaha. daging kambing masak kicap disediakan sendiri oleh kak lang (ibu ayid)..

kedua2 masakan siap pukul 2.00pm dan selamat tiba di seksyen 17, shah alam pukul 4.15pm.. ngam2 jer sampai.. harap2 puan liana sekeluarga berpuas hati dengan perkhidmatan kami.

wassalam.

jom! g amik kambing...

kambing nie amik kat zul

nie ler semua kambing akikah yg ada..
dah dibooking tu..

lebih kurang saiz ayid jer kambing nie..

kambing sekor nie ler yg paling kerek...

tu la ayat aku ajak ayid amik kambing sabtu lepas setelah kambing akikah yg patutnya tiba minggu lepas ditangguhkan ke 11/8.. masalahnyer... minggu nie ada 5 ekor kambing nak diakikahkan..

last2 call zul bina ternak mintak tlg die carikan lg 3ekor kambing untuk seri bumi.. 2ekor besar & sekor kecik.. dapat jugak kambing tu tapi harge biasa.. mahal sikit.. tapi sebab dah janji ngn customer.. hamba turutkan jua.. janji customer PUAS HATI...hahaha

2 ekor kambing berat 40kg aku amik kat sepul al falah, jalan kebun & sekor yg kecik berat 30kg aku amik kat zul bina ternak, banting.. tq zul JASA MU DIKENANG...

wassalam

p/s aku angkut semua kambing tu pakai kenari jer.. korang bayangkan 3ekor kambing berat 110kg berhimpit2 kat kat belakang kete.. sori aa kambing tu jer transport yg aku ada.. kalau ada rezeki lebih, mana tau taun depan leh beli van sebijik.. hehehe