IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Friday, August 14, 2009

ASAL USUL BERANANG

Beranang mendapat nama dari loghat Negeri Sembilan yang bermaksud 'berenang'. Enam sahabat yang diketuai oleh Tok Batin Lidah Hitam terpaksa berenang di sebuah sungai yang cetek untuk ke seberang sungai. Malangnya sungai yang disangka cetek, rupa-rupanya dalam dan arus yang deras. Setelah Tok Batin Lidah Hitam melepasi Sungai Beranang, air sungai tersebut kering atau cetek. Penduduk sekitarnya tidaklah perlu berenang lagi dan mengucapkan terima kasih kepada Tok Batin Lidah Hitam.

SEJARAH BERANANG
Beranang betul-betul terletak diatas sempadan Selangor dan Negeri Sembilan. Sebahagian Ulu Beranang termasuk dalam negeri Semblan. Beranang dan Semenyih pada suatu ketika dimiliki dan ditadbir oleh Dato' Kelana Sungai Ujong dan Datok Kelana Sendeng. Permasalahan sempadan Semenyih dan Beranang wujud berikutan sempadan yang tidak betul dan kawasan hutan tidak diukur dengan jelas.
LOKASI
Mukin Beranang terletak di daerah Hulu Langat, Negeri Selangor. Mukim ini bersebelahan dengan Mukim Semenyih dan Daerah Sepang. Di Utara Semenyih dan di Selatannya ialah Mantin Negeri Sembilan.

MUKA BUMI
Muka bumi Beranang tidaklah begitu tinggi. Bukit yang terdapat di sini ialah:-
Bukit Tempurung 401 kaki - Bukit Buluh 401 kaki - Bukit Ulu Beranang 2654 kaki

SENARAI KAMPUNG
KG. SESAPAN BATU REMBAU - KG. JALAN ENAM KAKI - KG. KUALA PAJAM - KG. SESAPAN BT MINANGKABAU - KG. BUKIT KEPONG - KG. SESAPAN KELUBI - KG. SG.KEMBUNG HULU - KG. SG.KEMBUNG HILIR - KG. RINCHING TENGAH - KG. RINCHING HILIR - KG. SG. JAI - KG. INDAH PKNS

No comments:

Post a Comment