IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Tuesday, July 28, 2009

Monday, July 27, 2009

lawatan ke reban citypull





salam,

semalam ahad kiteorang g ke reban saiful kat banting... kami berempat (aku, ayid, dnoul & mastan) bergerak dari beranang kul 3.30pm dan sampai kat rumah saiful kul 4.15pm.

aku igt die buat reban kat tempat lain, rupe2nyer kat belakang umah jer... sampai2 jer terus g reban.. besar siot reban die... bertutup mcm kat taman burung...hehehe

sepanjang lawatan tu, kiteorang (terutama nol ngn aku)selitkan pelbagai lawak yg menyebabkan tuan rumah/reban pening ngn kiteorang.. hehehe.. sori aa kiteorang mmg camnie... maklumla bukan selalu dpt tgk reban org..huhuhu

p/s terima kasih saiful bg aku 2ekor anak ayam kampung... lain kali aku dtg leh dpt lg ker ayam free.. hehehe

aku g sunzen..

salam,

minggu lepas aku telah ke sunzen kat kota kemuning. nak masuk ke gudang sunzen nie agak leceh skit.. aku bgtau pak guard kat situ aku nak beli ubat.. pastu pak guard tu call ms. alice untuk dptkan kebenaran... dah dpt kebenaran aku terus g ke pejabat ms. alice... aku rasa die ni yg uruskan jual beli ubat kat gudang tu...

lepas bayar, alice bawak aku g masuk gudang die... ada 3-4 org pekerja sedang sibuk membungkus ubat2 kat dlm kotak.. maybe ubat2 tu telah diorder oleh penternak2 berskala besar.

tapi kire ok ler.. walaupun aku nie penternak kecil.. dierang yg keje kat situ mmg sgt membantu.. aku beli sepeket jer neotm 25+25 ngn clamoxyl... hehehe
sabtu petang aku bagi ubat neotm25+25 campur dgn clamoxyl kat ayam kg usia 2bulan. ayam tu dah kene coryza tahap kritikal.. selepas 12jam alhamdullilah nampak perubahan pada ayam tu..

wassalam

Wednesday, July 22, 2009

update: ayam eksperimen & ayam belanda bourbon red

smlm selepas hantar wife aku ke putrajaya aku ke upm lg untuk amik baki ayam eksperimen tu.. 5jantan & 5btina... selepas ditolak 2ekor jantan yg telah disembelih, tinggal 25btina & 5jantan.. usia ayam ni 3bulan.. dan mungkin lg 3-4bulan dh matang untuk bertelor..

ada kawan tanyer leh mkn ker ayam nie.. menurut dari apa yg dikatakan oleh fauzi, ayam tu leh mkn sebab kajian yg student iran tu buat terhad tentang tumbesaran ayam2 tu. dah ayam2 tu hanya diberi makan dedak jer.. kire ok laa tu.. staff2 kat sana tak nak ayam tu sebab kecik sgt.. (mmg kecik pun, tuan ayam tu dulu mesti bg mkn ala kadar jer). fauzi bgtau gak anak ayam tu sekor rm40.00!!!! mahalnyer... kene tipu ker??? wallahualam bi shawab...

selepas aku hantar ayam kat beranang dalam kul 9.30am aku comfirmkan dengan en. rosdi dari batu gajah, tentang pembelian 2ekor ayam belanda bourbon red. pastu lak dalam kul 12pm en. razak dari lia sari call tanyer nak beli ayam belanda tu... ops!! sori en. razak ayam belanda tu dah dibooking oleh en. rosdi.. beliau akan amik ayam tu dalam minggu nie...

so, secara tak rasminyer 2 ekor jantan ayam belanda bourbon red telah dijual kepada en. rosdi. so sape2 tanyer lepas nie harap maaf ler.. tq

wassalam.

Monday, July 20, 2009

penapis air..



sebelum nie aku ada citer pasal ayam mutiara pearl pied mati disebabkan salmonella... huhuhu. so, smlm abg din pasang penapis air yg aku beli kat jusco..

selama beberapa minit, kiteorang biar air mengalir melalui filter tu.. kiteorang dapati filter kaler putih tu telah bertukar ke kaler coklat cair.. nie kire ok laa.. kalau nasib tak baik.. mmg nampak kaler coklat air tu masa kuar kat kepala paip...

p/s bile syabas nak tukar paip lama kat beranang nie yer????

kambing akikah untuk adik mohd danish iman

danish & abangnyer aiman..

chef halim sedang beraksi...

melapah...

penyembelihan dilakukan oleh wak rustam...

wak rustam sedang terangkan pada abg rahman
pasal niat wakilkan akikah...

nie ler kambingnyer

selepas amik ayam eksperimen tu.. aku, abg halim dan ayid bersiap untuk uruskan tempahan kambing akikah siap masak. pelanggan kami kali ini abg rahman adalah partner business projek tanaman pokok gaharu aku..

abg rahman sampai beranang dalam kul 10.30am dan upacara penyembelihan selamat dilakukan pada pukul 11.00am... (lama sebab tunggu wak rustam).

kami mula masak pukul 2.00pm.. dan siap masak 2jam lepas tu.. kari kambing selamat sampai kat masjid ulu klang pukul 6.30pm.

terima kasih di atas kepercayaan abg rahman sekeluarga.

ayam free...


jumaat lepas... adik aku fauzi bgtau ada ayam eksperimen yg hendak dilupuskan. memandangkan aku mmg suka bender free.. hehehe (ada org tak suke bender free ker).. sabtu lepas 18/07/09 pukul 9.00am aku sampai kat upm.. dtg awal wooo.. maklumla bender free mesti ramai peminatnyer..

sampai kat dalam lab haiwan aku nampak arnab jer. sekor ayam pun takder. ruper2nyer ayam2 tu diorang kurung kat dalam bilik.. dalam bilik?? yup! dalam bilik berlantaikan tile lg... sesak nafas aku masuk kat dalam bilik tu... sebab air flow hanya melalui exhaust fan saiz 10inchi kot...

ada 32ekor semuanyer.. mula2 fauzi bg aku 15ekor jer.. tp memandangkan time tu takder lak umat kat situ yg nak amik ayam2 tu fauzi tambah 7ekor lagi... so, tinggal 10ekor jer kat reban ops! silap bilik tu..

dari 22ekor, 2ekor jer jantan, yg lain betina... sepanjang pulang ke beranang.. bulu ayam2 berterbangan dalam kete aku... huhuhu

p/s ayam tu untuk kajian student iran.. memandangkan student tu tak jaga kebersihan (jahanam aku tgk bilik tu).. dekan telah amik keputusan untuk batalkan projek student tu..

Wednesday, July 15, 2009

alahai...

mmg mengecewakan.. dah ler no. telefon pejabat perkhidmatan haiwan hulu langat kat website dieorang letak salah no.... patut laa aku call tak dapat2.. tak caye ko klik kat link nie:

last2 aku cari kat yellow pages (http://www.yellowpages.com.my/government/jabatan-perkhidmatan-haiwan/selangor/ ) baru jumpa no. pejabat tu. aku call terus sorang minah ni angkat pastu die pas kat mamat sorang nie. aku tanyer ler ada tak ubat untuk ayam yg kene coryza atau salmonella.. die jawab takde.. aku tanya lagi ubat apa yg korang ada? mamat tu jawab serbuk kaler merah tapi dah abis... kalau nak g beli sendiri kat kedai jual dedak... erk???? kalau ada pun aku tak nak.. kat stor aku pun byk ubat erythormycin tu...

dari Dr. Teoh cakap macam pejabat perkhidmatan haiwan leh tolong... tapi??? alahaaiiii... nasib baik aku tak terus g sana.. kalau tak membuang masa dan minyak motor aku jer.. hampeh!!!!

p/s aku plan nak g jab. perkhidmatan haiwan (DVS) putrajaya lak lepas nie... kat website DVS ada cerite pasal vaksin untuk unggas http://dvs.skali.my/web/guest/vaksin. mungkin dieorang leh bantu...

UBAT SALMONELLA & CORYZA (LARUT AIR)


salam,

pagi nie dalam kul 9.30am aku call sunzen biotech berhad. sebuah syarikat yg supply ubat2 untuk haiwan peliharaan dan ternakan. aku pilih sunzen sebab syarikat nie dulu subsidiary pfizer. setelah 2kali diorang pas line last sekali aku dapat bercakap dengan dr. teoh.

aku terangkan masalah aku kat die & dan ada beberapa cadangan yg beliau berikan untuk merawat penyakit salmonella dan coryza. die cadangkan campurkan clamoxyl dengan neotm25+25 untuk rawatan penyakit tu. clamoxyl harga rm38.00/100gram dan neotm25+25 harga rm17.50/200gram.

atas saranan dr. teoh, aku akan call jabatan haiwan kat kajang untuk mintak pendapat mereka gak. takder aral melintang aku akan g ke sunzen minggu nie... nie alamat dan no. telefon sunzen kalau korang nak g sana la..

Sunzen Biotech Berhad, No. 11, Jalan Anggerik Mokara 31/47, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Tel:+603-5121 8998 Fax:+603-5121 9922 Email: admin@sunzenbio.com

p/s dari umah aku kat seri kembangan nak ke sunzen 30minit jer.. ikut LDP

Tuesday, July 14, 2009

ayam berak kapur (salmonella infection)

LINDORES-30

salam,

minggu lepas tak ada perkara menarik sangat. operasi berjalan seperti biasa cuma ada beberapa perkara yg agak mencemaskan berlaku kat reban ayam.

ayam mutiara pearl pied yg berusia hampir 3week telah mati disebabkan salmonella (berak kapur).hmm.. byk2 ayam mutiara yg jenis nie lak yg kene.. mmg takde rezeki tul la.. aku dah asingkan ayam2 tu dari reban dan sembur pembasmi kuman LINDORES-30 kat reban ayam tu.

alang-alang dah sembur kat reban nurseri kiteorang sembur gak la kat semua reban ayam dan kandang kambing.

punca masalah salmonella nie datang dari air paip yg kotor masuk kat dalam kolah.. masalah sama gak yg berlaku pada 30 ekor anak aym belanda usia seminggu mati sebab berak kapur.. bukan nak kutuk laa tapi kualiti air paip kat beranang & kawasan yg sewaktu dengannyer mmg hampas kunyit tol.. kire kaler air tu cam air longkang laa.. tinggal bau jer tak macam longkang..

solution nyer??? mlm tadi aku g jusco beli penapis air jenis single filter.. mmg la filter tu tak boleh matikan kuman tapi sekurang2nyer air yg masuk kat dalam kolah air tu takder laa berkeladak... itu jer yg mampu aku buat masa nie...

masa tu gak ada 2-3 ekor lg ayam mutiara yg menunjukkan tanda2 nak kene berak kapur, aku mintak ayid bagi dedak campur ngn serbuk kunyit(extra dos). pagi td tanya ayid anak2 aym yg sakit tu dah nampak cergas balik.. Alhamdullilah.

harap2 semua berjalan lancar... amin..

Tuesday, July 7, 2009

tak jemu mata memandang... eewaahhh!




rasenyer dah sebulan kot selepas aku posted citer pasal anak aym mutiara lavender.. nie ler gambor terbaru anak ayam mutiara tu.. mmg cantik kaler anak ayam tu... hehehe..




lawatan e-one dan arepit ke seri bumi ternak...

terima kasih kepada sahabat kami e-one & arepit kerana datang melawat seri bumi ternak sabtu lepas.

sebenarnya e-one & arepit selalu juga datang ke sini, cume kebelakangan ini mereka berdua agak sibuk dengan urusan masing2. senang2 korang datang ler lagi... aku nak ke melaka susah ckit. keje kat sini pun tak penah abis... huhuhu

p/s gambar kedua2 jejaka jambu tersebut aku terlupa nak amik.. lgpun kedua2 tu dah berpunyo... tak cayo tanya linda aka guppy.. hehehe jgn marah aaa e-one..

HEATER INKUBATOR ROSAK LAGI.. DAN LAGI.. DAN LAGI

org kuat seri bumi ternak baru jer abis pasang heater baru

dah ada 2 heater yg rosak...
apaleh buat dgn bender nie yer?

agak2 korang ler ada lagi ker waranty kalau
toaster tu dah jd camnie???
salam,

mmg jadi kebiasaan aku update blog hari isnin. oleh sebab inkubator auto tu problem lagi.. dan alat ganti heater tu aku kene cari sendiri ..... hari nie baru aku leh update blog nie...

aku perasan inkubator tu problem petang ahad tu dalam kul 6ptg... aku tgk durostat hanya tunjuk bacaan suhu 32 jer.. comfirmed heater problem lagi.. nasib baik aku ada 3 inkubator untuk backup inkubator tu.. amik ko penuh telo ayam kat ketiga2 inkubator tu... tu satu hal dah selesai.. hal lain plak.. oleh sebab inkubator backup tu dah lama tak on.. 2 jam aku dok kat situ semata2 nak adjust temperature... huhuhu..

keesokan arinyer dalam kul 10.30pg aku g tesco semenyih cari toaster untuk ambil heater kat dalam bender tu.. toaster paling murah pun rm24.90.. mahalnyer... lepas nie kalau rosak gak.. aku tukar pakai heat lamp. senang & yg paling penting murah...

aku ada gak call abg bidin komplen pasal heater nie asyik rosak jer... dulu kata, customer yg beli inkubator kat die tak penah komplen pasal heater rosak... aku rasa mesti ada masalah lain yg menyebabkan heater tu rosak.. aku mintak die datang ke beranang hari nie.. harap2 die datang laa...
poning kepalo den nie haaa.. :(