IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Friday, December 3, 2010

cara nak buat imo dan amino asid






salam,

minggu lepas 28.11.2010, aku dan ayid g tempat iskandar buat ternakan ayam dan sarang burung walit di pedas, N9. tujuan kiteorang ke sana adalah untuk belajar cara nak buat indegenious microorganisma (IMO) dan asid amino.

en. kamal dari CAP yang mengajar kami cara nak buat 2benda nie. dah tengok2 rupanya senang jer buat. camner nak buat? malas aku nak citer. layan jer la gambar nie.

sekian, wassalam.

lembu raya korban




salam,
sajer nak upload gambar b.lim sembelih lembu korban. 3ekor kesemuanya. lokasi di kampung sesapan batu minangkabau, beranang, selangor.
sekian, wassalam.


Tuesday, October 26, 2010

upacara makan beradap








mari belajar buat roti...

bintik2 hitam tu la habbatus sauda



nie ler habbatus sauda setelah dikisar



salam,

tengah boring tak tau nak buat apa,baru aku teringat mak aku ada bagi tepung expired untuk diberi kepada ayam. mula2 plan uli tepung pastu rebus.. tapi bile dah rebus cam hampeh jer terus penyekkan dan bakar jer terus..

hmmm hasilnyer macam roti nan.. rasenyer pun agak sedap.. hehehe ok! bahan2nyer adalah(ewah! mcm chef lak):

1. tepung expired 2kilo(banyak tu la mak aku bg)
2. serbuk kunyit sesuka hati
3. garam sesedap ayam rase dan yg paling spesel,
4. habbatus sauda@jintan hitam@black seed@nigella sativa 5sudu(lg banyak lg bagus)

yup! habbatus sauda. rm20-30 sekilo.. bagus untuk diberi kat ayam. aku ada bg sket kat iskandar dari LABEL HIJAU semasa kami borak2 bagai nak rak kat seri serdang. nie maklumat yg aku dapat kalau kite bagi habbatus sauda kat ayam2 tu:

Semua pihak mengakui bahawa Nigella sativa mempunyai kandungan zat yang baik untuk kesihatan. Jadi tidak hairanlah walaupun ia telah menjadi hampas , ia tetap mempunyai khasiat. Di mana hampas Nigella sativa boleh dijadikan sebagai salah satu bahan makanan atau sumber nutrien dan ubatan kepada haiwan terutamanya haiwan ternakan kerana ianya dipercayai dapat memberi kesan yang baik kepada kesihatan dan pertambahan berat badan ternakan. Ini adalah hasil kajian yang telah dijalankan oleh pihak MARDI.

Di mana MARDI telah membuat satu percubaan terhadap ayam belanda yang sedang membesar. Ayam belanda ini telah diberi makanan yang mengandungi 0 , 2.5 atau 5% hampas Nigella sativa tanpa sebarang antibiotik selama 12 minggu. Kumpulan ini tidak menerima sebarang vaksin atau ubat sejak menetas. Pada akhir percubaan , kumpulan yang menerima hampas Nigella sativa mempunyai pertambahan berat badan dan kadar penukaran makanan yang lebih baik berbanding dengan kumpulan kawalan. Terdapat beberapa ekor daripada kumpulan kawalan yang menunjukkan tanda – tanda dijangkiti penyakit seperti mengeluarkan najis berwarna hijau , tiada selera makan dan berat badannya menurun selepas 4 minggu kajian dijalankan. Apabila dietnya ditukarkan kepada makanan yang mengandungi 5% hampas Nigella sativa , tanda – tanda dijangkiti penyakit hilang dan berat badannya kembali meningkat. Pertambahan berat badan dan kadar penukaran makanan yang menggalakkan ini diyakini disebabkan oleh kandungan protein serta minyak lebihan sebanyak 14% yang masih terdapat pada hampas bijian tersebut. Manakala pemulihan kesihatan pula dijangka berpunca daripada kesan antibakteria yang terdapat dalam Nigella sativa itu.

Kajian pada anak lembu yang sedang membesar juga menunjukkan bahawa campuran hampas Nigella sativa pada aras 5% dalam diet dapat memperbaiki pertambahan berat badan sehingga 13% berbanding dengan kumpulan kawalan tanpa Nigella sativa. Malahan pemberian hampas bijian tersebut dalam makanan lembu dapat menyembuhkan penyakit kudis yang kronik.

Nigella sativa juga dilaporkan begitu berkesan terhadap bakteria. Penggunaan serbuk bijian hitam ( Nigella sativa ) pada aras 100mg setiap kg berat badan dapat mengurangkan beban radang tetek pada kambing dan sekaligus meningkatkan pengeluaran susunya.

Kajian di India menunjukkan bahawa kesan Nigella sativa begitu ketara sekali untuk merencat pertumbuhan bakteria Staphylococcus agalactiae. Pertumbuhan bakteria patogen lain seperti Staphylococcus aureus , Pseudomonas aeruginosa dan Escherichia coli juga dilaporkan terbantut apabila terdedah kepada minyak bijian ini. Di samping itu bau yang dikeluarkan oleh bijian ini juga dapat menghindarkan serangga pembawa penyakit atau perosak seperti nyamuk , lalat dan bubuk.

betul ke tidak maklumat nie walallahu alam... dari dulu lagi kami tau ada penternak ayam guna habbatus sauda sebagai ubat alternatif untuk merawat dan mencegah penyakit ayam... so pas nie tidak perlu ler sangat kite berharap kepada ubat kimia yg dah ler mahal pastu ada kesan tak baik bukan sahaja pada ayam tu tapi jugak kepada kite yg makan ayam2 tu..

sekian, wassalam


reban ayam musnah





salam,

nak bgtau reban ayam yg kami buat menggunakan atap kanvas telah musnah sepenuhnya.. kejadian ribut yg berlaku pada pukul 5petang 23/10/2010 adalah berpunca dari pokok cempedak yang telah menghempap sebahagian reban tersebut dan menyebabkan hampir kesemua tiang konkrit patah. ada beberapa puluh ank ayam umur 2-3bulan terperangkap dan beberapa ekor mati bukanyer disebabkan dihempap oleh reban tetapi hanyut dibawa arus deras semasa hujan.

mula2 ingat reban tu musnah disebabkan atap kanvas yang kami gunakan, tapi setelah diselidiki rupa2nye punca kemusnahan adalah disebabkan pokok cempedak.. kire kuat jugak ler atap kanvas tu.. tapi angin masa kejadian tu mmg kuat sampaikan beberapa atap zink rumah tercabut dan menyebabkan air masuk ke dalam rumah..

dalam keadaan yg kelam kabut, ayid plak bleh rilek bermandi hujan menguruskan napier yg baru diambil dan induk & anak2 aym yg tak reti2 nak cari tempat berteduh. aku plak bergegas bawa anak2 aku ke bahagian rumah yg lebih selamat.

hujan reda 2jam berikutnya. dari apa yg abg halim cerita banyak rumah di kg sesapan bt minangkabau dan rembau rosak dan tak kurang juga pokok2 yg tumbang melintang ditengah jalan. hampir separuh kg takde letrik disebabkan tiang letrik dihempap pokok.nasib baik kat area kami letrik ada.. kalau tak kesejukan ler anak2 ayam.

sekian, wassalam.

Friday, October 1, 2010

maafkan kami..

salam,

saya mengambil kesempatan ini ingin memohon maaf kepada semua pelanggan setia kami kerana bulan syawal nie kami tak bleh nak penuhi permintaan kambing akikah kerana tukang sembelih aka abg halim agak sibuk dengan business beliau disamping hal2 lain yang tidak dapat kami elakkan.

Insyallah kambing akikah akan berjalan seperti biasa selepas ini.

wassalam.

Thursday, September 30, 2010

BIRI-BIRI MARI...


Salam,

Ini bukan berkenaan peraduan digi ‘hari2 blackberry mari’ tu tapi berkenaan ternakan baru yg akan kami bawa masuk tak lama lagi.. biri2.

Projek ternakan biri2 nie sebenarnyer dah lama kami mohon dari peladang tapi baru2 nie jer dieorang luluskan… dijangkakan sebanyak 10 ke 15ekor biri2 akan menjadi produk baru keluaran seribumi.

Sebagai persediakan aku dan ayid telah diamanahkan oleh abg halim untuk mengikuti lawatan sambil belajar di kandang BINA TERNAK AGRI FARM kat kampong sg lang banting selangor.. thank la bro zul sebab ko sudi menerima lawatan tak seberapa dari kami nie..

Ops! Sebelum tu aku nak umumkan yg ayid telah kembali menjaga ternakan2 di seribumi. Walaupun tidak sepenuh masa tapi semangat yg ditunjukkan terlebih2 penuh dan sangat luar biasa. Harap semangat tersebut konsisten hendaknyer. amin!

Nampaknyer minggu nie kami kene taruk banyak2 baja kat tanaman napier kami tu dan dari apa yg dinasihatkan oleh brader zul, nampaknyer kene tambah banyak lagi tanaman napier sebab biri2 nie kuat mentekedarah.

sekian, wassalam.

SISTEM PELUPUSAN SISA LADANG





salam,

untuk makluman pembaca sekalian, seribumi ternak sedang membina sistem pelupusan sisa ladang mengikut spesifikasi dan standard yg biasa digunakan pusat pengeluaran anak ayam daging.

kami dapat membina sistem ini berdasarkan pengalaman abg din bekerja dengan sebuah pusat pembenihan anak ayam di broga semenyih. menurut abg din kilang tempat beliau bekerja dahulu, ada menyediakan tempat pelupusan sisa ladang khasnya untuk bangkai ayam bagi memastikan bukan sahaja tiada pencemaran bau malahan dapat mengawal penyakit bawaan dari bangkai ayam tersebut.

lubang dikorek jentera jcb dengan kedalam lebih 12kaki, dan permukaan lubang akan ditutup dengan konkrit dan penutup lubang bersaiz 4kakix2kaki juga diperbuat dari konkrit. Dengan adanya sistem ini dapat kami menjimatkan masa kami mengali lubang disamping penyakit berjangkit dapat dikawal.

disamping itu, bagi memastikan ayam2 kami dalam keadaan sihat, semua ayam peliharaan kami telah divaksinkan. minggu lepas adalah giliran anak ayam berusia 6hari keatas untuk diberi vaksin jenis MYVAC keluaran MVP. vaksin ini adalah untuk pencegahan penyakit New Castle disease dan infectious bronchitis.

Saya telah menghubungi satu syarikat pengedar ubat2 veterinar untuk mendapatkan 'broad spectrum antibiotik' yang berkesan untuk merawat pelbagai jenis penyakit ayam yg disebabkan bakteria. ini bermakna antibiotic ini berkesan melawan bakteria gram positive dan juga gram negative.

insyaallah minggu depan sampai laa ubat tu. sekiranya ubat tu berkesan akan saya maklumkan.
sekian wassalam.

Tuesday, September 7, 2010

PISAU F.DICK


salam,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI'kepada rakan2 ternak dan pelanggan2 kami.Maaf zahir dan batin.

Oleh kerana ramai sangat yang bertanyakan KAT MANA NAK BELI pisau untuk sembelih dan melapah brand F.Dick, alamat dan no telefon pengedar pisau tersebut adalah seperti berikut:

Lazuli Sdn Bhd
19 Jalan Ss5A/11 Kelana Jaya
Petaling Jaya 47301
Selangor

p: 603-78749244 f: 603-78758637

sepanjang kami gunakan pisau sembelih panjang 18inchi ni kira ok laa.. asah sket pun dah tajam.. harga plak rm100++.. pemegang pisau tu dibuat dari plastik dengan ciri2 yg ergonomik(mudah dan selesa dipegang). stok pisau F.Dick yg ada kat lazuli ada pelbagai saiz.. dan kalau saiz & jenis yg korang nak takde tinggalkan jer no. telefon kat staff bertugas insyallah dieorang akan call bgatau kalau stok dah ada..

Walaucamner pun elok call dulu lazuli sebelum g sana.. kot2 mana tau stok pisau yg korang nak tak ada.. jimat minyak dan tol..
sekian, wassalam

Thursday, August 19, 2010

dedak oh dedak...

salam,

mmg sahih dan tak syak lagi.. sebagai penternak ayam kecil2an cam aku nie kalau bagi 100% dedak ayam kat ayam ternakan.. mmg bukan bleh senget je malahan boleh bengkok dibuatnyer..

jadi camno nak setelkan masalah kementekedarah ayam2 kiteorang tu?? mula2 dulu.. mmg best kiteorang bagi sisa nasi dari restoran, sekolah dan sebagainya untuk memenuhi kehendak tembolok ayam2 tu.. pergh time tu ayam kiteorang mempunyai muscle yg berketol2 seperti layaknya seorang ahli bina badan.. especially yg jantan ler..

bile ayam dah banyak giler(takder la sampai beribu ekor pun) aku and the geng memerah kepala otak camne nak setelkan lagi masalah nie.. ha! kite beli beras murah pastu masak ngn jagong.. pastu campur lak ngn dedak sikit dan sisa nasi. pergh! hasilnyer ayam2 kiteorang akan menjadi lebih solid molid.. TAPI..

sejak dah takder orang nak buat kerja2 tu.. sisa nasi pun tak amik, nasi+jagung pun dah malas nak masak.. hehehe kiteorang guna plak campuran hampas soya+jagung+dedak... murah jer hampas soya tu rm8 setong besar. mula2 mmg ayam2 kiteorang berlagak tak nak makan.. takper2 yg lapor bukan aku korang jugak..

setelah beberapa2 hari ayam2 kiteorang dengan sendirinyer senang hati makan bahan camporan yg kiteorang buat.. abistu tak busuk ke hampas soya kalau simpan lama2?? kalau ko biar camtu mmg laa sebusuk telur tembelang.. tapi kalau korang campur dengan EM.. insyallah dijamin mujarab! hehehe..

hampas soya yg dicampur EM dan diletak didalam tong kedap udara akan lebih tahan lama dan baunyer.. hmm macam lepat pisang.. sungguh wa tak tipu! paling lama hampas soya kiteorang bertahan lebih dari sebulan tanpa bau yg kurang menyenangkan.. TAPI(tapi lagi..)

sejak kontrak tauke cine yg amik hampas soya ditamatkan.. secara rasminyer tamat ler jugak ayam2 tu makan campuran hampas soya.. so wat masa nie kiteorang terpaksa masak beras murah+jagong.. walau pun agak mahal sedikit tapi.. ok ler dari bagi dedak semata2 kan.. skang nie tengah tunggu tauke cine tu cari kilang soya lain yg nak jual hampas soya..

harap2 tauke tu berjayalah hendaknyer.. amin

wassalam

alahai ayam belanda...

salam,

rasenyer tak terlewat nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh dengan barakah ini. sejak semua ayam2 belanda kiteorang dah bagi kat dnoul bindim farm, ramai pulak yang bertanyakan ayam belanda untuk makan... time aku banyak dulu korang tak tanyer plak.. huhuhu.. tu ler namenyer rezeki..

tapi tak per la rezeki tu pun yg dapat bukan org lain kawan aku gak aiman manan.. semua pelanggan yg tanye ayam belanda kat aku.. aku tolak semua kat die.. bro, komisen ada? hehehe

so, kat seribumi nie dah tak ada ayam belanda ker?. ish.. ish.. ish.. ada tu mmg ada tapi semuanyer ayam belanda betina yg dah tua, dah expired.. nak ker?? dah cakap camtu pun ada jugak yg nak.. masyaAllah.. kang nanti aku jual ada plak yg patah gigi geraham nak kunyah daging aym tu...

camner plak byk ayam belanda betine yg tinggal?? camnie selepas dnoul and the gang amik semua ayam2 tu, saki baki yang tinggal semua menyorok kat semak takut kene kidnap.. hehehe imaginasi aku jer tu..

sebenarnyer selepas dnoul amik semua ayam belanda, byk ayam belanda sedang mengeram kat semak lot tanah sebelah.. mula2 aku tak perasan sangat tapi 2minggu lepas tu.. aku kira ada dekat 15ekor ayam belanda betina.. ayam belanda jantan yg tinggal plak tak cukup matang.. jadi apa yg boleh aku buat, kene ler cari jantan yg hensem sekor..

tu lah mulanyer dah malas nak bela ayam belanda.. tapi alang2 dah ada.. teruskan jer laa.. xrugi pun kan?..

wassalam



Friday, July 30, 2010

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UPM SERDANG SELANGOR

salam,

semalam aku g taman pertanian university kat upm. nak beli susu lembu segar.. dapat ler kiteorang beli sebotol 1.5liter rm4 jer..

meriah gak kat sana sebab ada jualan ala2 pasar malam dan ada DJ tak bertauliah buat lawak kat situ..hehehe selain susu lembu korang ble gak beli daging/tulang lembu fresh dengan harga hmm.. hmm.. tersangat ler murah.. hehehe

ikan pun ada jual.. off course laa bukan ikan laut sebab mana ada laut kat upm kan kan kan.. hehehe. ikan yg ada aritu.. keli dan lampam.. sayur2 pun ada gak.. bayamn kankung dan macam2 lagi.. tapi yg paling aku terkezut.. limau nipis die saiz 3kali ganda dari saiz biasa.. bau plak wangi semacam.. aku tak beli sebab mahal gak.. 5biji rm2..

cendawan pun upm ada jual.. tak silap aku sekilo rm8.. mmg sedap kalau buat cendawan goreng..huhuhu.

aku call berkali2 dnoul pasal die nak susu lembu.. nak wat keju katanya.. hampeh tak angkat call.. weh ko tido ker!!!..

p/s: gambar minggu depan aku masukkan.. lupa lak bawak usb cable..


wassalam

Tuesday, June 15, 2010

UNTUK DIJUAL: INDUK AYAM BELANDA RM90/EKOR




salam,

kat sini saya nak offer murah2 jer induk ayam belanda kami.. tak silap aku ada dekat 10ekor nak diletgokan.. sebabnyer nak kurangkan induk dan lagipun pejantan yg mantop2semua bindim farm dan amik.. so, bela pun tak guna kalau pejantan yg ada muda lagi..

jangan risau induk kami mmg mantop2 belaka.. saiz telur besar dan benih berkualiti.. induk2 nie ada yg pandai mengeram dan jaga anak..

so, terpulang nak pakai inkubator ataupun natural.. saper cepat die dapat.. sat lagi aku nak iklan kat mudah.my

berminat? boleh call 0192386898.. kalau comfirm kene bank in deposit 30% dari harga yg telah dipersetujui.. datang ambil sendiri kat beranang.

tq

ayam hutan kacuk vs ayam white leghorn





salam,

oleh sebab selalu sangat kiteorang nampak ayam hutan kacuk yg dikurung nie bergaduh dengan ayam leghorn yg dilepas bebas(sampai berdarah2 balung ayam hutan tu kene besi sangkar)abg din tangkap dua2 ekor ayam tu dan letak kat dalam reban besar kiteorang...

pada jangkaan aku mesti white leghorn menang sebab ayam tu lepas bebas mesti stamina dia tahap dewa.. lagipun dari segi saiz besar lagi white leghorn.. lawan punyer lawam memang terserlah ke'hampeh'an leghorn.. harap badan jer besar stamina hancur... tapi stil menghiburkan... hehehe

keputusan perlawanan adalah seri.. so, adik2 kat luar tu nie abg zul nak igtkan yer laga ayam nie HARAM disisi agama kite.. so yg baik jadikan teladan yg buruk tu kite sama2 jadikan sempadan.

p/s nie 1st time kiteorang lagakan ayam2 tu.. sebelum nie tak penah kiteorang buat keje2 camtu.. tujuannyer nak pastikan yg ayam2 tu tak akan berlaga lagi.. tu jer..

iklan: saper2 yg berminat dengan ayam jantan leghorn nie calling2 ler saya.. 0192386898.. jangan risau induk leghorn kami pun banyak pilih jer yg mana berkenan.. mmg nak let go murah2 jer.. tq

Thursday, June 10, 2010

3ekor anak belanda dari batch telur terakhir..

nie inkubator kesayangan junaidi..
nak tunggu yg baru, junaid tak sempat siap.. so, aku
bedal la yg nie dulu.. nampak cam buruk tapi mantop..
ank ayam white leghorn pertama menetas..
besar giler anak leghorn nie.. sesuai buat bapak
ank ayam lain yg menetas.. nie aku
letak dalam kotak untuk dibawa ke beranang


salam,
sape2 yg minat nak beli 3ekor anak ayam belanda aku yg baru usia seminggu.. nie kire telur batch terakhir dari seribumi ternak yg ditetaskan mengunakan inkubator junaidi farm... 2ekor kaler hitam (kemungkinan besar anak ayam nie benih pure spanish black pak itam, klang) dan sekor kaler biasa(tak tau nak kategorikan kaler apa)

gambar takder.. tapi kalau tul2 minat sekor rm10 jer.. cam biasa laa yer kalau minat sila la datang amik sendiri kat beranang.. sape cepat die dapat.. heheh

p/s anak ayam kampung ada gak aku nak jual.. tak banyak laa lebih kurang 50ekor.. harga? murah2 jer aku nak jual.. bleh pilih yg mana ko nak.. tak nak bleh tolak tepi..
senang2 cal laa aku 0192386898. kalau aku tak jawab, sms ler comfirm aku balas..
sebelum ramai org tanyer aku, baik aku terangkan nape aku guna inkubator junaidi.. aku guna inkubator junaidi sebab aku tengah eramkan telur serama kat apartment aku di seri kembangan.. disebabkan telur serama tak bnyk masuk ler sekali telur belanda & kampung.. kenapa pilih inkubator junaidi?? sebab reputasi inkubator beliau yg konsisten dan yg paling penting anak ayam tak cacat.. aku golek telur lebih kurang(kadang2 sehari sekali jer aku golek telur tu) pun netas...cun2 plak tu.. hehehe..(adi nie aku rekemen baik punyer komisen ada tak.. hahaha)

wassalam

Tuesday, May 18, 2010

terima kasih daun keladi

salam,

terima kasih tidak terhingga kepada pelanggan kami yg telah berjaya menyapu bersih anak ayam kami terutamanya saudara farizul.. yang bestnyer kesemua pembeli ayam kami adalah dari pahang.. bentong, kuantan, jengka dll...

kalau nak lagi meh ler datang ke reban kami...

sekian, wassalam

for sale: anak ayam kampung ORIGINAL kuantiti terhad

nie bapak asal diambil dari bindim farm

nie anak die.. muda lagi nie. mmg mantopp... hehehe

salam,
masih ada anak ayam kampung yg kami nak jual... berminat sila hubungi saya.. ada pelbagai kaler dari pelbagai baka termasuk whiteleghorn..
berminat calling2 la saya 0192386898. anak ayam kg yg lepas telah selamat ke reban farizul.. sms yg diterima dari farizul... beliau tak jadi nak jual ayam2 tu... die nak simpan buat baka kot.. hehehe
ayam terbaik kami bulu rintik diambil 2taun dulu kat reban bindim farm.. mmg baka terbaik cepat besar, daging banyak dan yg paling penting rase tetap asli..
ada lagi baka2 bulu rintik yg berpotensi dibuat baka.. kalau berminat datang le ke beranang...
sekian,
wassalam

nak jual: angsa sepasang



salam,

saya nak jual sepasang angsa kelabu rm195/sepasang... induk angsa sudah bertelo.. berminat bleh ler kontek saya 0192386898.. datang tengok sendiri..

p/s itik dua ekor tu dah selamat dikendurikan.. hehe

tq

Thursday, May 13, 2010

ramai yg bertanya...

salam,

terima kasih di atas ke prihatinan sabahat ternak seribumi yg bertanyakan keadaan semasa kami.. untuk makluman sahabat sekalian, seribumi terpaksa menghadkan aktiviti penternakan kami..

yup! ini tidak bermakna kami akan terus lenyap dalam industri kecil ternakan ayam ini.. walaupun hampir ke semua ternakan dijual atau diserahkan kepada bindim farm(partner kami) masih ada beberapa kerat baka2 ayam kg sejati seribumi yg masih kami bela atas sebab ianya tidak ternilai.. walaupun berjuta wang ditawarkan..(ye ker.. hehehe.. bukan senang nak cari baka ayam kampung sejati wooo... penat meredah kampung dan hutan.. hehehe)

lagipun nak kena simpan baka2 terpilih bagi memastikan pihak kami tidak pening kepala nak cari baka bila masa kami akan bergiat aktif semula.. ramai yg bertanya tak untung ke bela ayam nie.. bela ayam nie untung kalau kene cara dan starteginyer... tapi apa kan daya kami, disaat ayam sedang banyak di reban.. pekerja plak berenti.. dek kerana kesiankan ayam2 comel kami yg agak terabai.. dengan sangat berat hati.. kami terpaksa lepaskan...huhuhu sedih sioott!!!

maklumat terkini.. hampir semua anak ayam kg kami telah dijual(tak sempat nak tunggu sabtu nie) dan tinggal beberapa kerat anak ayam belanda dan kampung yg masih ada.. pejantan & induk ayam belanda kalau ada yg berkenan sila2 lah datang..

kalau ada sumur di ladang
boleh hamba menumpang mandi
kalau ada umur yg panjang
boleh kita berjumpa lagi..

Bukit Tinggi boleh didaki
Lurah dalam berkala-kala
Penat kaki boleh berhenti
Berat beban siapa membawa

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

WASSALAM

Wednesday, May 12, 2010

LELONG!!! LELONG!!! MURAH GILER!!!

anak ayam kampung rm3.50 sahaja sekor!!! usia sebulan lebih

anak ayam kampung rm3 sahaja!!. usia sebulan

rm4.00 sahaja.. usia 2bulan!! amik satu reban
bleh nego lagi!!!



alahai comelnyer.. huhuhu rm3sahaja.. usia 3minggu-sebulan

AYAM BELANDA SEPERTI DALAM GAMBAR RM35SEEKOR

AMBIL SEMUA +-20EKOR RM30SEKOR JER.. ADA KALER
PUTIH PENUH TU..

ANAK AYAM BELANDA RM8SEKOR.. ANAK AYAM KAMPUNG RM2.80SEKOR.

TENGOK PUN TAHU ANAK AYAM BELANDA TU DAH UMUR BERAPA..

SAPE DAPAT TU UNTUNG GILER LER..

anak ayam kampung pure.. rm2.50sekor.. amik semua bleh nego!!


anak ayam mutiara ada 2ekor jer.. rm9sekor.. yg lain

ayam kampung rm2sahaja!!!!

nie bapak white leghorn+siam kesayang aku..huh

nak jual dengan 2ekor induk whiteleghorn+siam seperti dalam gambar

rm200 sahaja!!!




SALAM,

dengan rasa sangat DUKACITANYA, diistiharkan aku ank jual hampir kesemua ayam kampung, belanda & mutiara YG ADA KAT SERIBUMI. harga ayam tersebut adalah seperti pada gambar di atas.. layan.. zassss!!!

jualan akan dimulakan pada sabtu 15hb ini sehingga abis ayam dijual.. so, sape yg nak ayam2 terbaik kami.. sila laa datang seawal pukul 9pagi sabtu 15hb nie.. kalau dah abis nanti.. tak dapek den nak nolong...

UNTUK MAKLUMAN TUAN/PUAN, ayam kampung di seribumi semuanyer original yer.. yang kacuk semua kiteorang makan.. hahaha.. so harga yg ditawarkan sangat2 ler murah.. siap ada yg bleh nego lagi.. sebelum lupa:

lokasi jualan adalah direban kami sendiri iaitu di kampung sesapan batu minangkabau beranang selangor. kalau tak tau beranang kat mana sila laa tengok kat google map..

p/s pemborong ayam adalah sangat2 digalak kan.. tapi saper yg nak beli sikit2 pun kami sedia melayan dengan penuh ikhlas.. nak datang tengok pun bleh.. tapi tak jamin ler ayam ada lagi kan.. hehehe

sekian wassalam..

LAGI SATU JANGAN LUPA BAWA KOTAK ATAU SANGKAR SENDIRI YER.. KAMI TAK SEDIAKAN SEMUA TU... TQ