IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Thursday, February 25, 2010

bukan bela tapi trading...

salam,

semalam member sejak dari kecil lagi along aka fadhli call selepas die baca dlm blog aku nak bela lembu... susah mie nak bela lembu nie, tak untung. sepupu bini aku pun dulu bela gak lembu sampai 80ekor last2 tak larat jual semua. x larat sebab dedak lembu mahal dan skang nie die dok supply dedak satu malaysia.. untung giler..

sebenarnyer ada kesilapan kat sini aku bukannyer nak bela untuk dibiakkan tapi bela sekejap (trading) untuk musim perayaan/perkahwinan dimana time tu ramai org nak untuk buat korban atau majlis kawin..

semalam petang aku amik half day g beranang.. beli dedak untuk anak ayam kat semenyih.. tengah lepak2 abg lim call ajak g kandang lembu abg rahman kat jalan enam kaki beranang.. aku sampai jer ngn ayid, dieorang tengah angkut lembu naik lori.. ada la dalam 4-5ekor yg diangkut. yg kesian nyer ada 2ekor lembu betina baka brahman terlentok tak bermaya.. dari mati camtu abg rahman jual jer kat brader yg datang beli tu..

dah abis mengangkut dapat laa jugak kiteorang komisen sebab org yg dtg beli tu kontek abg lim.. tengah melepak borak ngn abg rahman die citer susah bela lembu nie kalau tak cukup modal & mainpower.. byk kederat nak kena pakai sebab lembu kalau nak bagi maintain berat kene makan kurang2 25kg rumput sehari.. tu tak masuk nak bagi makanan samping seperti palet atau hampas soya... lain la kalau ada kawasan ragut yg luas cam kat UPM tu... dari raut wajah abg rahman nampak sangat die dah surender...

bukan nak kata bela lembu untuk dibiakkan tak bagus.. ramai gak berjaya tapi aku percaya yg berjaya mesti samada tak buat trading, jual susu lembu atau pun jual daging lembu fresh kat pasar2 untuk dapatkan cashflow.. membela lembu semata2 nie bagi aku kalau nak buat suka2 atau mengisi masa lapang boleh laa..

wassalam

No comments:

Post a Comment