IKLAN KAMI DI MUDAH.MY
Saturday, November 28, 2009
ayam laga + ayam white leghorn
selamat hari raya aidiladha
saya mewakili seribumi ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha.. sempena raya korban nie kami mendapat byk tempahan untuk kambing akikah/korban.. terima kasih kerana berurusan dengan seri bumi ternak..
bermula hari ini juga semua urusan sembelihan kambing/ayam akan disempurnakan oleh en. abdul halim zainal yang telah mendapat tauliah sembelihan halal dari pihak Jabatan Agama Islam Selangor..
sekian terima kasih..
Tuesday, November 24, 2009
update
dah seminggu lebih aku tak menulis dalam blog nie.. agak sibuk skang nie.. tambahan plak byk bender nak dipikirkan...
so ada beberapa perkara yg nak bgtau:
1. inkubator dah direpair... mula2 dulu nak minta ms. ng buat complete set controller system.. tapi kos nyer boleh buat aku pitam tak jadi ler aku nak buat... last2 abg bedin gak yg buat semula system tu dengan harga yg jauh lebih murah... system tu siap dengan backup thermostat caem yg aku beli dari nizam dan masih menggunakan cotroller omron cume ada tambahan relay dan contactor.. dah abg bedin juga pasang alarm system kat inkubator.. siren tu dari alarm kete myvi. ayid beli alarm kete tu kat brother semenyih... dah test dan mmg berfungsi.. sesuai untuk ayid yg kalau tido mmg tak sedar diri... cume auto turner lak problem.. jap ok jap idak.. kene ler abg bedin datang lagi tgk inkubator tu... nak wat camner??
2. sabtu lepas, aku g maeps tengok junaidi aka hachiroku berniaga.. hmm walaupun kat maeps tak ramai umat yg datang tapi best ler sebagai platform untuk penternak bertemu pelanggan.. seronok gak melayan pelawat yg bertanyerkan pelbagai soklan.. byk gak junaidi jual inkubator/anak ayam kat sana..
3. jualan kambing nak dekat raya haji nie agak memberangsangkan.. berpuluh2 ekor dah ditempah... nie pun nak g amik lagi stok baru..
4. hujan yg agak kerap berlaku menyebabkan kadar pembiakan lalat yg agak merimaskan.. kat mana2 pun byk tul lalat.. sampai kat kete aku beribu lalat landing.. kuang ajar tul.. walaupun dah sembur e.m. tapi lalat masih tak kurang. walau bagaimanapun bau busuk dari reban ayam dan kandang kambing dapat dikurangkan dengan baik...
5. alhamdullilah.. walaupun hujan kerap sgt turun tapi ayam2 semua berada dalam keadaan sihat... bg memastikan ayam2 tidak terkene penyakit seperti coryza atau cocissdiosis.. aku akan larutkan serbuk merah keluaran sunzen dalam air minuman ayam dan bagi selama 5hari berturut2.. hasilnya ayam lebih sihat dan tidak berpenyakit.
6. semalam tenghari abg bedin call bgtau bakal pelanggan die En. Ubaidillah dari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) tengah tgk inkubator die. oleh sebab en. ubaidillah nie nak lihat sendiri org yg dah guna inkubator nie, abg bedin cadangkan kami.. aku dengan berbesar hati mengalu-alukan lawatan en. ubaidillah ke beranang. memandangka beliau sebelum nei dok kat kg sesapan batu minangkabau, tidak menjadi hal beliau untuk datang ke sini. dalam kul 3lebih dierang sampai.. oleh sebab aku dan abg halim terikat dengan kerja masing2.. ayid ler sorang2 bagi penerangan kat mereka.. alhamdullilah segala berjalan lancar. semoga abg bedin dapat bisnes dengan dierang.. (P/s: jgn lupa kiterang yer kalau dapat bisnes tu... hehehe)
wassalam..
Friday, November 13, 2009
kursus sembelihan halal...
salam,
semalam 12.11.09 abg halim baru sajer berjaya menamatkan kursus sembelihan halal anjuran JAIS yang diadakan selama 2hari di Pejabat JAIS Shah Alam. kursus yang dijalankan selama dua hari telah dihadiri seramai 23orang perserta dari pelbagai latarbelakang.. ada yg penternak dan ada juga pengusaha premis sembelihan/proses ayam yg mana mereka ini sedang berusaha untuk mendapatkan sijil halal bagi premis mereka..
kursus ini bukan hanya teori sahaja tapi para peserta juga diberi peluang membuat latihan praktikal.. abg halim dapat peluang sembelih seekor lembu semalam..(mmg die dah biasa wat keje tu).. so raya korban nie panggil abg halim jer ler sembelih lembu yer.. hehehe
kursus nie juga tak abis camtu jer.. para peserta akan dikehendaki menduduki peperiksaan bertulis dan lisan.. so, pengetahuan asas fardhu ain adalah wajib bagi setiap peserta yg nak amik dan lulus kursus nie..
bagi peserta yg lulus akan berjaya memperolehi kad tauliah sembelihan halal.. kire dah boleh keje kat rumah sembelihan ler.. walau bagaimanapun, JAIS akan memantau premis/ladang kite bagi memastikan syarat kemudahan tempat/ rumah sembelihan dipatuhi..
semlm petang abg halim call tanyer pasal pisau yg die gunakan untuk sembelih lembu tu bagus n minta aku carikan (pisau tu ada jual kat kursus tu.. tapi mahal sgt) selepas abg halim bg spec yg die nak aku terus call lazuli tanyer dieorang ada ke pisau sembelih.. lazuli kata ada brand F.Dick made in jerman panjang 12inch harga rm150 lebih..
Monday, November 9, 2009
ROSAK LAGI...




aku tak nak masuk balik dlm inkub.
manualsbbnyer kalau masuk menetas
pun anak ayam tu berkemungkinan
besar cacat/mati.. tak sanggup aku tgk
anak ayam cacat/mati.. sedih wooo..

Monday, November 2, 2009
ayam menetas tapi...
melalui pemerhatian yg dibuat dengan menggunakan thermometer suhu min adalah 36.5 dan maksimum boleh mencapai 46.0.. mula2 igtkan thermometer yg problem.. tapi bila dah ada masalah camnie.. sah ada bender yg tak kene dgn controller tu..
pagi sabtu lepas selepas solat subuh aku terus membelek manual controller tu.. dan aku buat semula initial setting inkubator tu.. setelah hampir 2jam buat pelbagai cubaan aku dapati 3 perkara yg boleh menyelesaikan masalah tu:
1. tukarkan mode controller dari on/off kepada PID mode
2. tukarkan control period(CP) dari default setting 20second kepada 30-35second
3. set value (SV) 37.8..
nah! dengan perubahan setting nie thermometer brinsea menunjukkan bacaan suhu 37-39 sama macam controller durostat aku yg rosak dulu.. nie kalau CP 35second kalau cp30second lagi cantik suhu die 37-38...
INSYALLAH.. lepas nie anak ayam yg menetas akan lebih sihat dan tiada kecacatan/kematian.. TAPI.. masih adalah kelemahan (ye ler mana ada bender dlm dunie nie perfect kan?).. mungkin jangka hayat controller tu x panjang sebab heater on/off setiap +-30second..
p/s setting ini hanya untuk penternak yg guna inkubator controller omron dengan sensor rtd100 omron.. kalau guna thermocouple type k maybe boleh adjust control period tu lebih tinggi.. tq