IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Friday, October 23, 2009

tanah pajak...

nie ler tanah yg dipajak tu...
memanjang sampai ke pencawang tnb
teruja tul aku...


nie ler pokok pisang sebatang yg aku tanam


salam,
hari isnin lepas start ler kerja2 pembersihan tanah yg abg halim pajak dari sedara belah isteri beliau.. tanah tu dipajak selama 10tahun.. tanah tu selang 2lot dari tempat kiteorang bela ayam/kambing.. so permulaan nyer abg halim dan rakan kongsi beliau akan tanam pokok gaharu yg akan dibeli dari kenalan beliau di lenggeng, N9..

kalau ada lagi kosong tanah tu kiteorang plan nak tanam pisang.. melalui kenalan saya bekerja sebagai pensyarah kanan bidang pertanian/perladangan di Uni. Malaysia Sabah beliau menyarankan saya menanam pokok pisang lang/tanduk... benih/anak pokok die leh tolong carikan dan khidmat nasihat beliau boleh berikan secara percuma.. hehehe aku pantang dengan bender percuma nie..

mmg dari dulu lg aku plan nak tanam pisang.. sebabnyer aku tau pasaran pisang kat malaysia nie tak mencukupi.. mak n abah yg dah berniaga pisang goreng lebih 10tahun.. sejak setahun dua nie susah tul nak dapat pisang abu.. ada pun kat chowkit tu.. kecik2 dan rasanyer tawar bila dah digoreng..

aku ada tanam sebatang pokok pisang lang kat belakang reban ayam.. alhamdullilah dah berbuah 3hari lepas.. dari pengalaman aku menjaga pokok pisang sebatang tu... takder ler teruk mana pun.. lagipun aku guna baja taik ayam jer..

2 comments:

  1. salam.. zul.. aku ada org nak sewakan tanah kat aku dua ekar.. aku nak buat pertanian dan ternakan... tapi org tu tak tahu harga di kawasan tu .. tanah kosong.. semak samun... agak2 berapa sewa utuk setahun/bulanan...

    mintak nasihat..

    ReplyDelete
  2. tanah tu kat mana bro? tanah yg abg ipar aku pajak tu rasenyer rm500setahun... kalau dekat ngn umah ko.. pajak jer.. tak rugi bro.. baru leh berkembang bisnes ko bro...

    ReplyDelete