IKLAN KAMI DI MUDAH.MY

Monday, July 20, 2009

penapis air..



sebelum nie aku ada citer pasal ayam mutiara pearl pied mati disebabkan salmonella... huhuhu. so, smlm abg din pasang penapis air yg aku beli kat jusco..

selama beberapa minit, kiteorang biar air mengalir melalui filter tu.. kiteorang dapati filter kaler putih tu telah bertukar ke kaler coklat cair.. nie kire ok laa.. kalau nasib tak baik.. mmg nampak kaler coklat air tu masa kuar kat kepala paip...

p/s bile syabas nak tukar paip lama kat beranang nie yer????

kambing akikah untuk adik mohd danish iman

danish & abangnyer aiman..

chef halim sedang beraksi...

melapah...

penyembelihan dilakukan oleh wak rustam...

wak rustam sedang terangkan pada abg rahman
pasal niat wakilkan akikah...

nie ler kambingnyer

selepas amik ayam eksperimen tu.. aku, abg halim dan ayid bersiap untuk uruskan tempahan kambing akikah siap masak. pelanggan kami kali ini abg rahman adalah partner business projek tanaman pokok gaharu aku..

abg rahman sampai beranang dalam kul 10.30am dan upacara penyembelihan selamat dilakukan pada pukul 11.00am... (lama sebab tunggu wak rustam).

kami mula masak pukul 2.00pm.. dan siap masak 2jam lepas tu.. kari kambing selamat sampai kat masjid ulu klang pukul 6.30pm.

terima kasih di atas kepercayaan abg rahman sekeluarga.

ayam free...


jumaat lepas... adik aku fauzi bgtau ada ayam eksperimen yg hendak dilupuskan. memandangkan aku mmg suka bender free.. hehehe (ada org tak suke bender free ker).. sabtu lepas 18/07/09 pukul 9.00am aku sampai kat upm.. dtg awal wooo.. maklumla bender free mesti ramai peminatnyer..

sampai kat dalam lab haiwan aku nampak arnab jer. sekor ayam pun takder. ruper2nyer ayam2 tu diorang kurung kat dalam bilik.. dalam bilik?? yup! dalam bilik berlantaikan tile lg... sesak nafas aku masuk kat dalam bilik tu... sebab air flow hanya melalui exhaust fan saiz 10inchi kot...

ada 32ekor semuanyer.. mula2 fauzi bg aku 15ekor jer.. tp memandangkan time tu takder lak umat kat situ yg nak amik ayam2 tu fauzi tambah 7ekor lagi... so, tinggal 10ekor jer kat reban ops! silap bilik tu..

dari 22ekor, 2ekor jer jantan, yg lain betina... sepanjang pulang ke beranang.. bulu ayam2 berterbangan dalam kete aku... huhuhu

p/s ayam tu untuk kajian student iran.. memandangkan student tu tak jaga kebersihan (jahanam aku tgk bilik tu).. dekan telah amik keputusan untuk batalkan projek student tu..

Wednesday, July 15, 2009

alahai...

mmg mengecewakan.. dah ler no. telefon pejabat perkhidmatan haiwan hulu langat kat website dieorang letak salah no.... patut laa aku call tak dapat2.. tak caye ko klik kat link nie:

last2 aku cari kat yellow pages (http://www.yellowpages.com.my/government/jabatan-perkhidmatan-haiwan/selangor/ ) baru jumpa no. pejabat tu. aku call terus sorang minah ni angkat pastu die pas kat mamat sorang nie. aku tanyer ler ada tak ubat untuk ayam yg kene coryza atau salmonella.. die jawab takde.. aku tanya lagi ubat apa yg korang ada? mamat tu jawab serbuk kaler merah tapi dah abis... kalau nak g beli sendiri kat kedai jual dedak... erk???? kalau ada pun aku tak nak.. kat stor aku pun byk ubat erythormycin tu...

dari Dr. Teoh cakap macam pejabat perkhidmatan haiwan leh tolong... tapi??? alahaaiiii... nasib baik aku tak terus g sana.. kalau tak membuang masa dan minyak motor aku jer.. hampeh!!!!

p/s aku plan nak g jab. perkhidmatan haiwan (DVS) putrajaya lak lepas nie... kat website DVS ada cerite pasal vaksin untuk unggas http://dvs.skali.my/web/guest/vaksin. mungkin dieorang leh bantu...

UBAT SALMONELLA & CORYZA (LARUT AIR)


salam,

pagi nie dalam kul 9.30am aku call sunzen biotech berhad. sebuah syarikat yg supply ubat2 untuk haiwan peliharaan dan ternakan. aku pilih sunzen sebab syarikat nie dulu subsidiary pfizer. setelah 2kali diorang pas line last sekali aku dapat bercakap dengan dr. teoh.

aku terangkan masalah aku kat die & dan ada beberapa cadangan yg beliau berikan untuk merawat penyakit salmonella dan coryza. die cadangkan campurkan clamoxyl dengan neotm25+25 untuk rawatan penyakit tu. clamoxyl harga rm38.00/100gram dan neotm25+25 harga rm17.50/200gram.

atas saranan dr. teoh, aku akan call jabatan haiwan kat kajang untuk mintak pendapat mereka gak. takder aral melintang aku akan g ke sunzen minggu nie... nie alamat dan no. telefon sunzen kalau korang nak g sana la..

Sunzen Biotech Berhad, No. 11, Jalan Anggerik Mokara 31/47, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Tel:+603-5121 8998 Fax:+603-5121 9922 Email: admin@sunzenbio.com

p/s dari umah aku kat seri kembangan nak ke sunzen 30minit jer.. ikut LDP

Tuesday, July 14, 2009

ayam berak kapur (salmonella infection)

LINDORES-30

salam,

minggu lepas tak ada perkara menarik sangat. operasi berjalan seperti biasa cuma ada beberapa perkara yg agak mencemaskan berlaku kat reban ayam.

ayam mutiara pearl pied yg berusia hampir 3week telah mati disebabkan salmonella (berak kapur).hmm.. byk2 ayam mutiara yg jenis nie lak yg kene.. mmg takde rezeki tul la.. aku dah asingkan ayam2 tu dari reban dan sembur pembasmi kuman LINDORES-30 kat reban ayam tu.

alang-alang dah sembur kat reban nurseri kiteorang sembur gak la kat semua reban ayam dan kandang kambing.

punca masalah salmonella nie datang dari air paip yg kotor masuk kat dalam kolah.. masalah sama gak yg berlaku pada 30 ekor anak aym belanda usia seminggu mati sebab berak kapur.. bukan nak kutuk laa tapi kualiti air paip kat beranang & kawasan yg sewaktu dengannyer mmg hampas kunyit tol.. kire kaler air tu cam air longkang laa.. tinggal bau jer tak macam longkang..

solution nyer??? mlm tadi aku g jusco beli penapis air jenis single filter.. mmg la filter tu tak boleh matikan kuman tapi sekurang2nyer air yg masuk kat dalam kolah air tu takder laa berkeladak... itu jer yg mampu aku buat masa nie...

masa tu gak ada 2-3 ekor lg ayam mutiara yg menunjukkan tanda2 nak kene berak kapur, aku mintak ayid bagi dedak campur ngn serbuk kunyit(extra dos). pagi td tanya ayid anak2 aym yg sakit tu dah nampak cergas balik.. Alhamdullilah.

harap2 semua berjalan lancar... amin..

Tuesday, July 7, 2009

tak jemu mata memandang... eewaahhh!




rasenyer dah sebulan kot selepas aku posted citer pasal anak aym mutiara lavender.. nie ler gambor terbaru anak ayam mutiara tu.. mmg cantik kaler anak ayam tu... hehehe..




lawatan e-one dan arepit ke seri bumi ternak...

terima kasih kepada sahabat kami e-one & arepit kerana datang melawat seri bumi ternak sabtu lepas.

sebenarnya e-one & arepit selalu juga datang ke sini, cume kebelakangan ini mereka berdua agak sibuk dengan urusan masing2. senang2 korang datang ler lagi... aku nak ke melaka susah ckit. keje kat sini pun tak penah abis... huhuhu

p/s gambar kedua2 jejaka jambu tersebut aku terlupa nak amik.. lgpun kedua2 tu dah berpunyo... tak cayo tanya linda aka guppy.. hehehe jgn marah aaa e-one..

HEATER INKUBATOR ROSAK LAGI.. DAN LAGI.. DAN LAGI

org kuat seri bumi ternak baru jer abis pasang heater baru

dah ada 2 heater yg rosak...
apaleh buat dgn bender nie yer?

agak2 korang ler ada lagi ker waranty kalau
toaster tu dah jd camnie???
salam,

mmg jadi kebiasaan aku update blog hari isnin. oleh sebab inkubator auto tu problem lagi.. dan alat ganti heater tu aku kene cari sendiri ..... hari nie baru aku leh update blog nie...

aku perasan inkubator tu problem petang ahad tu dalam kul 6ptg... aku tgk durostat hanya tunjuk bacaan suhu 32 jer.. comfirmed heater problem lagi.. nasib baik aku ada 3 inkubator untuk backup inkubator tu.. amik ko penuh telo ayam kat ketiga2 inkubator tu... tu satu hal dah selesai.. hal lain plak.. oleh sebab inkubator backup tu dah lama tak on.. 2 jam aku dok kat situ semata2 nak adjust temperature... huhuhu..

keesokan arinyer dalam kul 10.30pg aku g tesco semenyih cari toaster untuk ambil heater kat dalam bender tu.. toaster paling murah pun rm24.90.. mahalnyer... lepas nie kalau rosak gak.. aku tukar pakai heat lamp. senang & yg paling penting murah...

aku ada gak call abg bidin komplen pasal heater nie asyik rosak jer... dulu kata, customer yg beli inkubator kat die tak penah komplen pasal heater rosak... aku rasa mesti ada masalah lain yg menyebabkan heater tu rosak.. aku mintak die datang ke beranang hari nie.. harap2 die datang laa...
poning kepalo den nie haaa.. :(

Monday, June 29, 2009

lawatan ke berapa puluh kali ke kebun pak itam... hehehe

cun kan?
salam,

aku percaya ramai gak reader blog ni kenal pak itam yg ada kebun kat klang. semalam dalam kul 10am aku sampai kat kebun die.. pak itam tak sampai lagi.. pekerja die nampak jer kenari merah aku terus jer bagi masuk kebun.. aku mmg selalu datang ke kebun pak itam nie.. rase2nyer sebulan sekali mesti aku g sana.. cume kebelakangan ni aku agak sibuk dengan urusan ladang sendiri.

Memandangkan aku dah lama sangat tak jumpa pak itam(selalu datang kebun die tak der.. maklumla pak itam ada macam2 bisnes) sanggup gak die datang dari umah beliau kat shah alam... terima kasih byk2 pak itam.

pak itam sampai kat kebun die dalam pukul 10.30am dengan keter mercedes cls baru nyer.. pergh!! gempak siot.. masih terbayang2 kete tu kat kepala aku nie... hehehe

tujuan aku datang kali nie aku nk beli beras temukut & angsa betina.. 3minggu lepas omel ada anta seko angsa jantan ke beranang sebab 2ekor angsa betina beliau dimakan ular.. oleh kerana aku boleh merasai kesunyian angsa jantan tu.. hehehe aku call pak itam kalau2 die nak jual angsa betina beliau.. hehehe.. mmg time aku tanya tu die nak jual.. alhamdullilah aku beli 2ekor kat die. perjalanan balik berteman 2ekor angsa mmg memeritkan sebab jahanam kete aku kene berak ngn angsa2 tu..huhuhu

p/s gambor kat kebun pak itam tak der... sebab aku terlupa nak bawak camera.. jadi aku masuk kan gambor kete mercedes cls macam pak itam punyer.. hehehe

brinsea incubator thermometer

salam,

mesti korang kenal apa tu thermometer & apa fungsinyer.. hujung tahun lepas aku ada beli thermometer khas untuk incubator. walaupun kecik jer bender nie.. tapi bender nie ler jantung pada inkubator..

thermometer nie hanya boleh kesan suhu diantara 32-42c sahaja. sangat sensitif pada suhu dan menggunakan bateri jam.. mmg tahan lama.. aku dah guna setengah tahun tak pernah tukar bateri & on 24jam.. bateri yg brinsea bagi hampeh.. tak sampai sehari pakai dah kojol.. aku tukar pakai bateri sony.. sampai skang ok...

harga? walau pun nampak cam.. simple giler..takde hygrometer tapi rege die rm170 import dari singapore.. harga termasuk kos penghantaran... kat asia tenggara brinsea hanya ada pejabat jualan kat singapore jer.. kat malaysia takde.. apa daa..

walaupun kat forum internet penternak kat UK tak puas hati dgn thermometer nie.. tapi bg aku nie ler thermometer yg terbaik dari ladang.. hehehe

p/s untuk pengetahuan korang aku bukan wakil jualan brinsea, sedara dekat mahupun jauh dieorang.. apa yg aku cite kat sini berdasarkan pengalaman aku menggunakan bender nie.. aku tak bertanggung jawab sekiranyer korang beli bender nie tapi tak berfungsi dengan baik.. wokey... harap maklum.

permintaan khas dari sahabat kami omel

nei ler ayam belanda (sebelah kanan) & ayam kg
selepas ditogelkan.. licin kulit ayam2 nie..hehehe

salam,

hari yg sama kiteorang sembelih kambing, omel nak 5ekor ayam kampung & sekor ayam belanda tapi nak siap proses. so abg halim sembelih semua ayam tu. pastu aku dan ayid g pasar basah mantin hantar ayam2 tu untuk diproses(buang bulu).

kan ker best kalau ada mesin buang bulu ayam nie.. tak sampai 10minit.. kesemua ayam2tu selamat ditogelkan... purata berat hidup ayam kg jantan 1.7kg & betina 1.4kg, ayam belanda jantan berat hidup 6.5kg jer.

memandangkan umah omel tersergam indah kat pinggiran taman tun dr. ismail.. selepas hantar kambing terus je kiteorg gerak ke umah die.. malang nyer kiteorang tak dapat tips sebab yg buka pintu gate umah orang gaji die daa.. hehehe


p/s ayam2 tu dipesan oleh jiran2 loaded di kawasan umah omel.. harap2 dieorang suke ler ngn ayam2 tu..

wassalam

KAMBING AKIKAH: QAISARAH BT MOHD KHAIRUL




jumaat 26.06.09 selepas solat jumaat pukul 2.30pm kami telah selamat menyembelih seekor kambing untuk anak perempuan en. mohd khairul.

kambing tersebut telah siap dilapah pukul 3.40pm dan di telah sampai ke rumah tukang masak di taman tun dr. ismail pada pukul 5.00pm. perjalanan dari beranang hanya mengambil masa sejam lebih sebab kite orang bawak motor.. hehehe

p/s kalau bawak kete mau malam baru sampai.. jalan LDP jam giler..huhuhu

Wednesday, June 24, 2009

info pasal ayam belanda..

salam,

kengkawan yg nak tau lebih lanjut lagi pasal pengurusan ayam belanda leh klik link kat sini http://www.cpdosrbng.kar.nic.in/TURKEY%20FARMING%20GUIDE.pdf

nak tahu diagram jantan dan betina ayam belanda leh klik link kat sini http://www.ansi.okstate.edu/resource-room/general/poultry/turkey.htm

tak sangka negara india hebat pasal ayam belanda nie.. bile plak malaysia nak buat panduan ternakan ayam belanda sendiri...

wassalam

Monday, June 22, 2009

ayam kampung+ayam eksperimen

nie ler anak ayam tu.. saiz lebih kurang anak ayam belanda

yg putih tu ler telur ayam eksperimen tu..

nie ler bapaknyer... ayam mutiara pun takut ngn ayam jantan nie

betina nie ler ayam eksperimen UPM, masa amik dulu kaler putih
tapi dah selalu main debu jadi ler camnie.. hehehe

salam,

tak silap aku awal januari lepas.. adik aku fauzi yg keje kat UPM ada bgtau kat aku ayam eksperimen kat lab die nak dihapuskan sebab pelajar iran amik phd yg buat kajian pasal ayam tu dah balik negara die..

oleh kerana ayam2 tu tak der sapa punyer dieorg nak bagi2 jer sapa2 yg nak.. aku dpt ler dalam 5ekor.. semua kaler putih. 4ekor aku sembelih.. sekor betina aku sajer jer biar tgk apa jd kat die nanti... pertengahan bulan 5 ari tu ayam betina tu dah start bertelur dan aku masuk kan telor tu kat dalam inkubator..

Alhamdulilah menjadi gak telur ayam tu.. tapi ada byk perbezaan yg aku perasan kat ayam tu.. 1st telor aym tu besar. kire kalau korang beli telo kat kedai gred a/b.. telor die kecik ckit dari telo aym belanda. 2nd anak2 ayam tu kaler putih dan saiz die besar/gemok betul...
kalau korang nak tau ayam jantan tu pun kaler putih kekuningan...

wassalam

sekor kambing selamat di akikah...




ahad lepas pukul 7am sekor kambing telah disembelih bagi menyampaikan hasrat En. Ahmad Naidi untuk akikah sekor kambing untuk anak perempuan beliau.

kambing tersebut telah dilapah & dipotong-potong mengikut permintaan beliau. kambing siap dipotong 8.50am dan selamat sampai ke destinasi beliau di seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor pukul 9.20am.

beliau jemput saya hadir ke majlis tersebut tapi memandangkan saya sibuk menguruskan reban ayam & kandang kambing. Tambahan pula orang kuat kami, ayid masuk pertandingan futsal di semenyih saya x dapar hadir ke majlis tersebut.

wassalam.

hu? nie ayam mutiara apa lak nie...

salam,

elok jer aku sampai kat beranang sabtu pagi lepas, terus aku g tgk nurseri sebab ayid ada bgtau aku ada sekor anak ayam mutiara kaler lain baru netas.. aku igt kaler kelabu gak.. rupe2nyer lain la.. Alhamdulilah.

best.. best.. nol bgtau aku tu pearl-pied guinea fowl... a'ah mmg sama pun cam kat dalam internet.. apa2 pun aku mmg x sabar nak tunggu anak ayam tu besor..

baru 2 hari netas.. ramai yg dtg melawat reban tanye nak jual ke tidak anak ayam tu... erk!! bukan x nak jual bro.. tapi tu jer ler sekor yg kiteorg ada.. sayang tu.. huhuhu

insya Allah ada banyak nanti .. kiteorang jualnyer.. wassalam..

terima kasih...

haffiz & ayahnyer dari teluk panglima garang

aku tgh terangkan kat eddy & azrul pasal anak ayam belanda

eddy & azrul kat dalam reban ayam
salam,

ucapan terima kasih x terhingga kepada Eddy, Azrul, Haffiz & Manan kerana datang melawat ke reban kami sabtu lepas. sambil melawat mereka semua juga berjaya menyapu bersih anak2 ayam belanda & mutiara... hehehe

Eddy & azrul datang pada pukul 12.00pm, Haffiz datang pukul 2.00pm & manan datang pukul 3.30pm.. den lupo nak amik gambar manan.. sebab stail tawar-menawar die mmg buat aku termenung jap.. borak punya borak baru tau yg die nie businessman.. patut laa... manan ada bisnes cybercafe dekat mantin, N9. tapi die nie dok kat Dengkil.

borak dengan eddy dan azrul baru tau yg reban mereka kat bentong.. dieorg ada gak datang kat reban kapten zaman.. mereka berdua nie baru berjinak2 dengan dunia penternakan & tak silap aku eddy technician TNB kat bentong & azrul keje kat TNB HQ.. azrul ada citer ngn aku prosedur nak dapatkan tanah kat bawah pencawang tnb.. tq azrul & eddy korang mmg best...

haffiz datang kali ke-2.. mmg pelanggan yg pertama kali datang ke reban kami pasti teruja & comfirmed diorang akan datang lagi.. dan lagi.. dan lagi.. hehehe

wassalam...

Friday, June 19, 2009

bourbon red...

nie pejantan yg ada.. skang nie tinggal sekor jer
sapa cepat die dapat...

nie pasangan sejoli bourbon red yg aku ada...
cube korang tgk betul2 induk btina bukan bourbon red kan kan kan?

ramai gak tnye aku.. anak aym bourbon red @coklat ada tak? untuk makluman korang, mmg aku ada pejantan bourbon red.. tapi induknyer bukan pure bourbon red.. minta maaf byk2... aku bukan tak nak jual anak hasil dari baka nie tapi kebarangkalian nak dapat anak pure bourbon red nie tipis bro... tipisss....

asalnyer aku ada 4 ekor jantan... sekor dah dibooking... dan sekor lagi dah jual kat nazri dari jenderam. sekor aku bela tinggal sekor jer lagi aku nak let go... sebab byk2 jantan pun nak buat apa..

aku harap semua reader blog nie paham ler yer... kalau betul ler ada anaknyer pastu banyak lak tu.. comfirm aku offer kat korang.. wassalam
p/s nol ada citer kat aku.. kat terengganu byk baka bourbon red nie..

Thursday, June 18, 2009

BAKA AYAM BELANDA...

spanish black turkeys

salah satu visi seri bumi ternak ialah menjadi pembekal utama anak ayam belanda berkualiti sekitar kuala lumpur/selangor/negeri sembilan & melaka. namun terpikir gak aku nak jadi pembekal anak ayam belanda tak susah sebab mmg bende tu lah yg aku tgk buat skang.. tapi persoalannya.. bila ada ayat kualiti kat belakang visi tu yg membuatkan aku berpikir semula..
berkualitikah anak ayam belanda yang aku jual kat customer kiteorang... buat masa nie mmg ok ler pembesaran ayam tu.. kalau ko bg dedak unlimited mmg sebulan leh naik sekilo (nie nol yg bgtau aku.. hehehe. ayam belanda kat beranang semuanyer free range & makan dedak 2kali sehari. mmg lambat sikit nak besor)
sebagai penternak aku tak boleh rase berpuas hati dengan apa yg ada.. kite mesti sekurang2 selangkah lebih maju kehadapan... so apa yg boleh kite buat kene usaha ler cari baka yg baikkkk punyyerrr... hehehe
aku dah usha.. kalau leh dapat baka spanish black mmg best.. besor betul baka ayam belanda nie.. baru2 nie ada gak aku memohon untuk dapatkan baka tu dari agensi kerajaan.. harap2 ada respon baik dari dieorang..
insya Allah kalau dapat baka ayam belanda nie.. semua customer kiteorang akan dibekalkan anak ayam belanda dijamin kualitinyer.. cepat besor & tahan penyakit... (tapi tgk camner korang jage ler jugak.. kalo dah jaga lebih kureng.. camno ayam tu nak cepat besor kan?.. hehehe)
wassalam